Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, December 4, 2013

Doakan untuk aku

ZR   Aku tidak mampu menipu lagi. Aku kini cuba untuk belajar tentang apa yg aku rasa. Sukar untuk aku rulis mahupun bicarakan. Namun kini aku pasti jalan teah diberi olehNYA. Kini aku berserah cuma@pada DIA. Aku tahu hati ku makin pasti, bukan kerana benci tapi rasa sayang maka aku memohon yang terbaik.Usah ditanya apakah tiada yang manis, ada masih kekal tapi aku sudah menyimpan rasa manis itu dalam kenangan. Aku tahu bukan syurga tempat ku tapi aku pasti Allah mengetahuai apa yang hati aku lalui, aku tidak pandai merungkai kata untuk membuka kerana pada mata yang melihat segalanya sempurna, benarkah aku terlalu mengikut kata hati? atau aku terlalu mengambil hati. Hati aku puas ciluba bertahan, puas ku pujuk tapi makin ku ubat makin timbul luka yang ada. Aku tahu aku tiada sempurna malah wajahku masih ada cacat celanya begitu juga sikap ku. Tapi aku tahu Aku secantiknya  dicipta Allah dan Allah lebih mengetahuai sebaik mana riak ku kerana itu aku bersyukur dgn apa yang milikkun Walau banyak kurangku melevihi org yang lain tapi aku pasti ini terbaik buatku. Kini aku cuma mengharap agar aku mampu untuk menerima apa juga penghujungnya, walau menyakitkan tapi jika itu nikmat buatku , maka aku mensyukuri. Maaf aku sudah cukup berlakon menjaga hati mahupun memberi rasuah pada hatiku dgn kata kata manis.Kini aku mendoakan jalan yang terbaik untukku. Benar sayang untuk ku lepaskan, tapi jika ini yang diizinkan maka aku percaya akan baiknya seribu rahsia. Maka teman doakan untuk aku jika baik kekalkan, jika tidak jauhkan.Aku akan terus berdiri walau perlu aku lalui dibalik kata yg hina walau dengan memakan kata caci tapi aku akan tetap berani kerana aku yakin Allah mendengor doaku. Walau lambat walau masih menyakitkan aku tetap menyakini Allah akan membantuku, memudahkan jalanku. Aku percaya dan aku sgt percaya Allah bersamaku. Doakan untuk aku duhai teman, walau satu doa namun lebih mustajab dari seribu kata. Doakan aku. InsyaAllah..

Thursday, November 14, 2013

Duhai Hati

ZR    Bila sebut tentang hati, ramai yangmembayangkan tentang perasaan, mahupun rasa cinta.Memang itu yang berkait dengan hati. Sebut hati pasti golongan hawa yakni wanita yang sinonim dengan hati. Walhal hati bukan ada pada semua kehidupan. Tapi maklumlah wanita ni kan sensitive kaedahnya . Apa yang ada pada hati kita bukan kita yang tahu tapi Allah lebihbtahu. Sekumit mana jua rasa mahupun tiap keluh kesah kita, segalanya DIA tahu. Hati kita ni penuh rasa, penuh kata kata yang kita ucapkan walaupun tanpa zahir, susah untuk menjaga hati, lebih susah kerana hati kerap leka, kerap alpa dengan apa yang dilihat mata. Hati itu kadang benar, tapi terkadang banyak khilafnya.. Duhai hati bukan mudah kita ingin menyatakan hati kita ini baik, agak mustahil kerana hati kita bukan tidak pernah berhenti bermonolog tentang apa sahaja, kesilapan, kekurangan, keaiban orang, malah hati kita kerap merintih rasa tidak pernah cukup, rasa serba kurang pafahal yg ada pada kita lebih dari cukup. Itulah kita bibir dan hati tidak selari.Cakap dan niat susah untuk sama. Kita kerap menipu pada diri sendiri, tidak jujyr tapi kita mudah marah bila orang tidak jujur pada kita, tapi hati kita selalu tidak benar mengapa pula tidak kita marah, kerana apa hati kita akan memujuk kita dengan kata kata@manja.Duhai hati bukan mudah untuk menjagamu.Tidak senang untuk mendidikmu, kerana aku sendiri kadang keliru dengan hati. apa yang hati mahu. Terlalu banyak permainan dalam hati. Mainan peradaan mahupun odi.Maka duhai hati janganlah kau bersifat ujud apatah lagi bersifat riak mahulun alpa.

Sunday, October 20, 2013

Makruh mencabut uban.

ZR   Sebut sahaja uban mesti kita akan teringat atau nampak dimana sahaja rambut yang berwarna putih. Kalau kat kampung selalu sangat para-psra mak yang duduk di atas tangga dan mengadakan sessi mencabut uban.Saya selalu juga disuruh mak supaya mencabut ubannya tapi keran mata yang sudah kerabunan maka memang saya akan terlepas tugasan itu. Anak jiran yang akan selalu secara sukarela maklumlah diupah rm 2.Budak mana tak nak.                                                                   Tapi memang kita tak pernah nak ambil tahu betapa uban dikepala itu adalah cahaya diakhirat. Larangan mencabut uban seperti diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W , baginda bersabda  Janganlah kamu cabut uban, kerana ia adalah cahaya seorang muslim pada hari kiamat kelak“ diriwayatkan Abu Dawud, Al tarmizi dan Al Nasie . Saya mrmbaca tentang ini dan sesungguhnya ini satu ilmu pengetahuan yang saya sendiri tidak pernah terfikir yang mencabut uban iru dilarang.Walhal ini yang sering saya lihat didepan mata. Tapi saya sekadar berkongsi apa yang saya baca, dan jika ada yang lebih ariff maka tegur-yegurlah saya yang madih dalam mencari ilmu.   kisah uban ini ada diceritakan tentang sasa zaman Rasulallah yang mana baginda mengarahkan mewarnakan uban tidak terhad kepada mereka yang pergi berperang sahaja.Namun baginda melarang diwarnakan hitam pada rambut yang beruban. Malah bagi lelaki boleh mencukur namun memadai dengan mengunting bagi wanita.Banyak rupanya yang saya tidak tahu tentang uban. Alhamdulillah saya diberikan sedikit ilmu yang amat berharga ini.Rasullahsendiri perah ditanya oleh Abu bakar‘ Wahai Rasuallah, kamu sudah beruban?, “ubanku ini disebabkan olehsurah Hud, al-Waqeiah, Al- Mursalat, An-Naba Dan at- Takwir“.Banyak lagi yang diceritakan namun saya tidak pandai untuk menulis tentang itu selagi saya memahami sepenuhnya.Apa yang saya itu yang saya coretkan walau sedikit. Tapi  tentu kita terfikir habis orang cakap ada uban gatal. Tak kan tak boleh cabut sediit pun. Imam Nawawi berkata hukun cabut uban adalah makruh seolah menghilangkan cahaya yang diberi Allah. mencabut uban sama ada dikepala, misai atau janggut hukumnya makruh yanyang boleh jadi haram. Rupanya amaterat juga benda yang kita pandang ringan.

Tuesday, October 8, 2013

Mulut orang macam tempayan.

ZR   Tak tahu nk buat tajuk apa, jadi tempek tajuk ini sahaja.Benda ini hari hari kita hadapi dalam sedar atau kita buat buat tak sedar. Saya tak niatkan sesiapa tapi ingatkan diri sendiri. Itulah pandangan kita pada orang yg di sekiling kita, terutama yang kita benci.Sedap aje kita cakap mulut org@macam tempayan kerana kita cepat melatah dengan apa yang kita dengar. Kita ada kelebihan iaitu nampak akan kekurangan orang lebih dari kekurangan sendiri. Dengar aje orang cakap lebih mulalah kita menggap orang itu mulut tempayan. Kita pula sibuk menjadi perencah ajinomoto atas apa yang kita fikir mulut tempayan.Pendek kata tak payah nak simbolik sangatlah kata kita ni tak suka mengumpat.Apa beza mengumpat dan mengata tsk sama ke?。 Memanglah tak sama sebutan dan ejaan yang@berbeza tapi maksudnya dan macam adik beradikkan. Jadi kalau kita kata mulut orang macam tempayan silap-silap orang kata kita mulut macam kawah.。Wah lagi hebat rupanya kita. Kita bandibgkan orang@dengan tempayan tapi diri kita dinilai seperti mulut kawah. Kita bukan baik sangat untuk langsung tidak berkata kata, dalam hati kita pasti tidak pernah sunyi dari berbicara tentang kekhjlafan orang lain. Jadi kita jangan sangat bermurah hati untuk memberi award pada orang lIn mulut tempayan.

Monday, October 7, 2013

Muqarabah

ZRSalam ku kepada semua yg masih sudi untuk mengunjungi rumah ini.Walau mungkin aku bukan penulis yang tegar. Namun aku masih sayang pada rumahku ini. Walau tanpa hiasan indah.Tapi banyak yang aku hiaskan sejujurnya melalui hati aku yang benar.                                               Aku ingin sesama kita saling mengingati , saling bertukar ilmu walau mungkin tidak selayak mahupun setinggi para soleh mahupun solehah tapi yg dipandang adalah niat kita. Alangkah indah jika kita merasakan akan Muraqabah pada diri kita. merasakan Allah selalu ada, selalu merasakan akan kewujudan DIA. Tapi kita tidak mudah untuk bersifat begitu kerana kita kerap alpa dengan kesenangan.Kerap lupa untuk berkongsi rasa syukur dengan DIA . Itu hakikat pada aku juga begitu.Untuk ada rasa Muraqabah perlukan rasa kasih yang tinggi, melebihi segala rasa yang afa untuk segala didalam duniawi ini.Aku tahu aku tidak layak untuk berbicara tentang ini. Aku terlalu daif terlalu miskin dengan ilmu.Tapi aku harap moga afaNur buat ku dan sekalian teman.Moga Akan ada jalan untuk hati kita menjadi Muraqabah.Walau mungkin lambat tapi moga akan hadir juga buat kita.Aminnn

Friday, August 30, 2013

Pencinta mencari Pencipta

ZR

Taju sama dengan trademark blog ni, tapi itu adalah tentang diri aku sekarang, aku ingin mencari apa yang telah lama kosong dan perlu ku isi didalam hatiku. Aku tahu aku banyak yang tertinggal, banyak yang aku alpa namun aku syukur kerana aku makin ingin mencari DIA, aku tidak malu untuk mengaku yang aku ingin masih terlalu jauh untuk mengenal DIA, aku masih banyak kurang dalam mengenal kekasihNYA.

Aku tahu bukan mudah untuk aku bermula kerana Fitrahku sebagai wanita, banyak yang harus aku fikirkan, bukan sekali malah berkali aku ingin menambah apa yang perlu namun cabarannya perit dan payah, aku tahu ini bahagianku. Namun aku masih mengharapkan DIA melapangkan jalanku, memudahlan aku.

Aku pencinta mencari pencipta kerana aku tahu lebih indah rasa dihati jika lebih mengenal DIA. pintaku agar akhlakku, lidahku serta tiap gerak geriku berada diatas landasanNYA.

Akulah sang pencinta yang cuba untuk mengenal Penciptaku, aku tahu aku terlalu daif, malah terlalu kurang tapi aku tetap mendoakan moga HIDAYAHNYA kekal milikku, dan moga aku akan berada di jalan yang dirahmatiNYA, doakanlah aku, doakanlah kelapangan buatku, doakanlah kemudahan buatku dan segala yang baik menjadi milkku, agar rasa kosong, gelisah serta kelukaan yang bertalu akan hilang.

Wednesday, August 28, 2013

Cantik itu Sempurna

ZR

Semua mahu cantik tidak kira siapa, tapi yang nyata wanita memang ada naluri untuk cantik dan untuk menawan dimata sendiri atau mata siapa yang memandang.

Cantik itu satu anugerah yang terlalu tinggi nilainya, apakah cantik itu sudah cukup untuk yang memandang atau cukup bagi kita menilai dari mata kasar kita.

Mengapa kita rasa cemburu bila kita dipandang sepi kerana tidak cantik?, adakah benar kita memang tidak cantik atau kita tidak sendiri tidak percaya dengan kecantikkan yang ada pada kita.

Sesungguhnya apa yang kita pandang dicermin setiap hari adalah kita, yang lebih cantik dari sekalian yang kita rasa lebih cantik. Cantik kita bukan perlu cantik dimata orang, biar nampak buruk namun lebih sempurna dari yang cantik.

Mengapa kita bersusah untuk cantik jika hati tidak senang. untuk cantik carilah ketenangan dari dalam, ketenangan yang sudah ada namun kita tidak mengambil berat dan mengambil tahu, yang ada lebih cantik dari yang terlihat oleh mata zahir, cantik itu dari hati cantik itu secantik kita menunaikan tanggugjawab sebagai khalifah, bukan hanya cantik dengan segal solekan yang melekap diwajah bila dilisa sir ia hilang dan wajah kita yang asal yang kekal jadi untuk apa kita memaksa diri menjadi seperti orang lain?.
 yakinlah jika terlebih cantik pun belum tentu sempurna namun mungkin penuh cacat celanya, mungkn tidak cukup sifatnya dari yang tidak indah dimata.

Maka syukur andai kita tidak terlalu cantik sekurangnya riak kita berkurang, mungkin allah tahu jika kita cantik kita bukan menajdi kita yang sekarang, lagikan sedang-sedang pun kita lupa akan diri kita apatah lagi jika kita ini mempesonakan dimata insani?

Syukurlah apa yang ada, sayangilah apa yang kurang kerana itu adalah kelebihan kita dan bukan yang hina semata.

Tuesday, August 27, 2013

Baik kah kita?

ZR

Baiklah diri kita tika kita sentiasa melihat akan buruk dalam diri orang lain, baikkah kita andai terlalu banyak hina orang dihati kita. kita mudah menudah orang tidak sempurna tidak sekuat iman kita tapi hakikat kita menuduh tanpa kita mengenal akan diri sendiri. susah untuk mencari salah dalam diri kerana mata hati buta dan telinga menjadi tuli untuk mendengar kata hati.

Kita rasa diri baik, walau kita banyak tidak amanah, banyak melukakan orang sekeliling, selalu menyakiti perasaan orang tua kita sendiri.

Jika kita baik, mengapa selalu melihat yang buruk sahaja atas tiap apa juga perbuatan insan lain, apakah kita ini terlebih mulia untuk menilai, adakah kita beanr jujur dalam membuat penilaian atau cuma kita mentafsir atas apa yang kita dengar semata.

Sukar untuk kita mengakuai kekhilafan diri kerana baik yang ada dalam diri membayangi rasa diri yang kurang. kita sama sahaja tak akan ada yang cukup akhlak mahupun akalnya kerana kita adalah insan dan kita diciptakan olehNYA. Maka janganlah mudah merasa riak dengan sifat kita yang pemurah mahupun sikap penyanyang, mahupun sikap merendah diri kerana dalam kita rasa ikhlas akan timbul jua riak yang sentiasa menghasutv dengan kata-kata indah yang membuatkan kita  rasa baiknya diri kita, banyaknya amalkan, walau hitam didahi namun belum tentu putih akan perasaannya, perasaan susah untuk dikawal akan sentiasa berdetik, sentiasa mencari jalan untuk menonjolkan betapa baiknya diri.

Perasan kah kita andai merasakan diri baik? itu hak kita itu adalah rasa kita , siapa mereka untuk menilai kita kembali, sedangkan banyak kebaikan hati kita dari mereka? apakah layak mereka menilai kita? jika begini soalan\kita pada mereka, habis kita sendiri bagaimana? maka renugkanlah untuk menjadi baik mudah namun untuk benar-benar baik adalah dari zahir mahupun batin.

Tuesday, July 2, 2013

Ramadhan Kian Hampir

ZR
Pejam celik dah nak masuk Ramadhan, kejap aje masa berlalu rasanya baru aje sambut raya. Kat Pejabat masing-masing dah sibuk cerita biskut Raya dan Baju Raya wah semuanya macam esok nak raya, tapi itu namanya persediaan awal. Orang kata beli sikit sikit lama lama jadi bukit.

Tapi masing-masing lupa bulan Syaaban yang penuh dengan pahala akan makin meninggalkan kita, bulan yang memberi ruang untuk menambah pahala. Sayangnya bulan ini makin penghujungnya, akan berganti demgan Ramadhan bulan untuk mencari apa yang kurang.

Sesungguhnya keindahan dibulan Ramadhan itu tidak ada bahasa yang mampu untuk dicoretkan. Apa pun bila Ramadhan pasti banyak yang ingin dilakukan bukan sekadar untuk hari raya tapi untuk mencari ibadat.

Seronok juga masa bulan Ramadhan tentu banyak kenangan pada rakan-rakan blog ingat nak buat contestlah hantar kisah lucu pendek kat blog saya dan undi cerpen siapa best nanti saya bagi hadiah best juga ni. Insyallah first puasa aje saya akan buat pengumuman ...he..he.. nanti sudi-sudikanlah.

Friday, June 14, 2013

PENGALAMAN SAKIT MISTIK

ZRKali ini aku ingin berkongsi satu kisah yang pernah aku alami, kerana sampai sekarang aku masih lagi belum se namun mbuh sepenuhnya.

Aku menulis bukan untuk mrosakkan minda atau sengaja mereka khayalan tapi sekadar perkongsian dan sekadar sebuah kisah aku yang benar. sakit tradisional atau mistik dalam bahasa melayu. Sehingg sekarang aku masih belum sembuh dan sehingg sekarang aku tidak mmapu untuk menghampiri jenazah mahupun menaiki rumah yang ada jenazah, aku tahu mungkin aku terlalu mengikut perasaan atau penakut namun puas aku cuba kuat kan diri namun aku masih tidak mampu, sudah banyak tempat aku beubat dan sudah beberapa kali aku ke Darul Syifa tapi tetap aku masih begini. Semua ini bermula pada suatu malam aku melawat jenazah saudara kul dalam pukul 2pagi, bila balik terus aku mengalami sesuatu situasi yang pelik, aku seperti melihat bayangan aku disemadikan, aku dikapankan terus ketakutan menyelubungi aku. Bermula detik itu aku mempunyai satu perasaan yang terlalu takut akan mati. Setiap saat aku cuma fikirkan aku akan mati, airmata tidak pernah henti rasa takut. Aku tidak mampu membuat apa sahaja kerana fikiran asyik celaru seperi dalam aku selalu bergaduh dengan diriku. Setiap kali aku akan merasakan aku akan meninggal\. Memang agak teruk sakit aku waktu itu. Setiap malam aku akan terbangun dan menangis dan akan terfikirkan mati. Begitu lah aku menjalani hidup setiap yang aku buat dan pandang semua mengingatkan aku tentang mati.

Ketika diuji begitu, aku masih cuba kuatkan semangat namun aku kerap tertewas, ketakutan berjaya menawan minda dan jiwaku. Aku tidak mampu untuk berfikir secara tenang hingga aku meminta nasihat doktor dan beliau menyarankan agar aku menjalani ujian di Hospital HKL untuk tekanan. Aku mula tertanya adakah aku ini sudah hilang waras atau terlalu tertekan, Dikala itu baru aku kenal mana kawan yang sebenar dalam seratus cuma seorang dua yang benar-benar faham situasi aku dan sentiasa memberikan aku semangat. Akhirnya aku sudah tidak mampu untuk memberikan fokus kepada kerjaya maka aku terus berhenti kerja, aku mohon Istikarah dan aku tahu itu yang paling baik.

Akhirnya ibu bapaku beriktiar membawa ku pulang kekampung untuk setelah aku disahkan cukup sihat. Semasa dikkampung aku dibawa ke rumah seorang bomoh wanita yang amat dikenali kata orang kampung. Sewaktu mula-mula sampai dirumahnya aku sudah merasa pelik kerana beliau berpakaian serba kuning, bilik juga kuning, aku ingin berpatah balik namun ibuku memujukku untuk cuba berikhiar. Dia meminta kami membawa 2 batang colok Arab. Semasa aku dirawat colok dipasang di hujung kaki aku dan pintu biliknya yang menghadap kedalam semak dibuka, agak seram pula aku. Sepanjang sessi dia menekam beberapa bahagian di tubuhku. Aku bukan salit kerana apa tapi sakit kerana dia menekan sangat kuat mahunya tak sakit. Setelag beberapa ketika beliau mengatakan dibadanku ada seorang perempaun tua rambut panjang mengerbang dan bila ditanya dia memaklumkan yang mahluk tersebut suka tinggal dibadanku. Aku sangat susah untuk menerima.

~ P/s nanti sambung ada nak settlekan sesuatu.



Saturday, June 8, 2013

YAYASAN AL-JENDERAMI

ZR

Penulisan kali ini aku ingin bercerita tentang sebuah Yayasan yang terletak di Jenderam Hilir, sepang iaitu YAYASAN AL-JENDERAMI. Mulanya aku tidak pernah mengambil tahu apatah lagi mendengar akan nama Yayasan ini, mungkin aku kerana aku terlalu jauh dari orang-orang yang ingin menambah ilmu agama. Aku tahu diriku bukan seorang yang hebat untuk memperkatakan tentang agama, bukan pandai untuk membentangkan sebarang hadith atau dalil, aku cuma layak untuk menjadi pendengar sahaja, ilmu ku dalam agama belum mampu untuk aku lebatkan dalam diriku apatah lagi untuk memberi ilmu kepada insan lain, perjalanan ku masih jauh aku masih kerdil, banyak yang perlu aku cari vanyak yang perlu aku isi, aku mengaku aku masih serba kekurangan, serba cetek.

Berbalik kepada Yayasan Al-jenderami, aku seronok mendengar dari bibir teman-teman sepejabat yang kerap mengunjunji tempat tersebut, ya banyak yang boleh ditimba disana, penuh dengan aktiviti dan pengisian untuk santapan jiwa dan rohani, Yang penting untuk kita mengenal diri sendiri dan Pencipta kita serta Insan teragung Nabi Muhammad S.A.W.

Mungkin kerana keikhlasan teman-teman berbicara, aku tergerak untuk kesana, aku tahu aku bukan sekerap mana mengunjungi tempat yang penuh barakah itu, kerana aku wanita terikat dengan Fitrah dan tanggugjawab, maka aku merasakan betapa ruginya jika kaum hawa tidak selalu mengunjungi tempat sebegini.

Kali pertama aku kesana, pada malam. Benar-benar memberikan aku satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan, terasa sejuk dan tenang diri mahu[un hati ini, Aku pandang langit yang dipenuhi seribu bintang amat cantik. Tika aku memijak akan lantainya, hatiku menjadi sayu, entah mengapa. Kerlipan lampu yang menghiasa serta nyamannya angin yang bertiup benar-benar memberikan aku satu perasaan yang tidak bernilai. Airmata ini turun saat aku selesai mengerjakan solat didalam Masjid. Aku terasa banyak kerugian dalam hidup selama ini, banyak yang aku tertinggal.

Itu serba sedikit pegalaman ku semasa pertama kali berkunjung kesana, buat rakan atau sesiapa sahaja jika ada kelapangan dan masa kunjungilah Yayasan ini walau cuma untuk menunpang Solat Fardhu, mana tahu ada yang boleh kita kongsi bersama. Apa pun layarilah laman yayasan tersebut :


http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/

Wednesday, June 5, 2013

INDAHNYA SYAABAN

ZR

As salam buat yang masih setia untuk membaca coretan di rumahku yang tidak berhias cantik seperti rumah orang lain. Walau masih ada cacat cela namun terima kasih kerana masih ada yang sudi untuk mengikuti setiap penulisan ini. Apa yang aku tulis itu adalah pandangan aku bukan aku memperlekehkan sesiapa.

Terima kasih juga buat seorang follower yang tiba-tiba menyedarkan aku perlunya untuk aku terus menulis, terus untuk bercerita walau ceritaku bukan sehebat karya agung namun cukup andai kita dapat saling berkongsi tentang ilmu, tentang apa saja.

Ilmu itu milik Allah, jika hari ini kita cerdik pandai namun tidak mustahil sekelip mata akan ditarik DIA, jadi lebih baik kita berkongsi ilmu kerana Ilmu tidak akan habis sehingga nafas terakhir kita. Ilmu ada dimana sahaja ilmu Allah itu luas banyak yang perlu kita cari banyak yang perlu kita fahami bukan semata cukup apa yang kita ada namun perlu jua untuk kita mencukupi apa yang tiada pada orang lain itulah amanah yang allah berikan kepada kita " sebarkan walau sebaris ayat".

Bulan Rejab semakin meninggalkan kita akan hadir bulan Syaaban bulan yang pernuh keberkatan, bulan yang amat dikejar pahalanya oleh kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W. Penuh dengan lubang pahala.
Pernah seorang sahabat bertanya kepada Baginda mengapa bulan tersbut dinamakan Syaaban?' jawab Baginda kerana didalamnya mengandungi seribu kebaikan. dan bulan itu juga diperbanykkan kebaikan. didalam bulan syaaban adanya malam Nifsu Syaaban malam yang terkenal nikmat ganjarannya selepas malam Lailatul Qadar. Kisah banyaknya kebaikan dibulan Syaaban juga pernah diceritakan yang Baginda tidak pernah berpuasa banyak didalam bulan tertentu dalam satu tahun, melebihi puasa Baginda ketika bulan Syaaban.
Selain itu ada beberapa perkara yang ingin kita bersama kongsi untuk bulan Syaaban:

1- Turunnya perintah selawat keatas Nabi

2- Rasullallah berkahwin dengan Hafsah pada tahun ke 3H

3- Lahirnya Saidini Hussain

4- Lahirnya Abdullah Ibn Zubir

5- Perang badar terakhir.

Banyak lagi tentang Bulan Syaaban yang perlu kita cari akan apa yang ada didalamnya bukan hanya kita berfikit tentang kebaikan Ramadhan, kerana Allah mmeberikan kita ruang untuk mencari diri kita dan untuk mencari ibadat.

Semoga kita saling untuk sama mengingati.

Saturday, April 27, 2013

MIMPI

ZR

Sebenarnya aku sendiri tidak tahu mengapa otak dan akalku gagal berfungi sebaiknya, mungkin kerana terlalu banyak minum air yang bersemut mungkin, puas aku taip dan delete, tidak tahu apa yang ingin aku sampaikan dan tuliskan, aku tahu aku tidak sehebat blogger yang lain yang mampu menarik minat orang utnuk membaca blog ini, aku mungkin tak akan mampu untuk menjadi seorang penulis yang akan meninggalkan kesan pada yang membaca kerana aku tiada kebolehan itu, aku mungkin bukan berjiwa seni dan halus kata orang tapi bukan makhluk halus.

Tentang mimpi pasti semua tahu kan? mimpi aalah mainan tidur yang mana proses ini terjadi  bila kita mula tidur, namun kadang-kala mimpi itu akan kita rasakan benar bila kita menyedari sesuatu terjadi dialam nyata.

Mimpi banyak jenis mimpi, ada mimpi yang benar ada mimpi yang menjadi permainan, ada mimpi kebenaran, kadang-kala kita lupa yang Allah itu maha besar segala Zatnya merangkumi alam semesta sedar mahu pun jaga.

Mimpi itu akan penuh dengan cerita, kadang kala bila kita tidur roh kita merayau,rayau dan kita mengalami mimpi diluar sedar. Kerana itu sebenarnya kita mengalami perkara tersebut. 

Salah satu lagi bila bermimpi binatang berbisa, dulu saya selalu mengalami mimpi begini, ular, kala jengking, lipan yang datang mengigit, saya tidak pernah mengambil peduli,tapi bila saya mengalami beberapa perkara yang tidak terjangkau dek akal, saya mula mendapatkan pandangan dan bertanya dengan orang-orang yang Ariff, nyata mimpi juga membawa alamat untuk sesuatu yang tidak elok, walau saya tidak mempercayai namun orang kata lebih baik kita berikhtiar sebelum terlambat sebelum menjadi parah. Alhamdullilah berkat bacaan zikir-zikir dan surah Ruqyah, mimpi makin hilang apa yang saya rasa makin pudar, walau kadang kala ada lagi mimpi binatang berbisa datang namun makhluk tersebut tidak mempu menghampiri aku. Alhamdullilah.

Kalau difiirkan mimpi adalah permainan tidur namun apa jua isyarat mimpi yang dirasakan tidak menyenagkan eloklah kita melakukan solat istikarah mahupun solat hajat memohon petunjuk, mahupun bertanya pada yang bijak pandai.

Namun harus kita ingat Iblis mahupun Jin tidak akan mampu untuk berupa atau menyamar sebagai Nabi Muhammad S.A.W walaupun didalam mimpi, mereka tidak boleh melakukan itu. Kerana nabi adalah insan yang amat terpelihara.



 

Monday, April 22, 2013

BILA KAWAN MAMPU MELIHAT MAKHLUK HALUS

ZR

Malam-malam ni tulis entri yang macam ni agak-agak seram tak, bagi aku tidak seram sangat pun cuma kalau tiba-tiba bunyi sesuatu yang agak pelik tu memang aku takut. aku memang penakut aku tak malu untuk mengaku, dah jenuh aku pergi jumpa ustaz, darul syifa nak pulihkan semangat aku yang dikatakan lemah. Memang aku penakut yang amat, orang offer sejuta suruh lalu aje tak perlu tunggu kat kubur pun aku tak nak wehh.. tak apalah memang aku penakut. Orang tak akan faham kenapa aku ajdi penakut.

Tapi kali ini aku nak cerita sedikit sebanyak tentang seorang hamba Allah yang telah diberikan Allah sedikit kelebihan yang mana dia mampu untuk melihat makhuk halus jin/ bunian. Dia juga beroleh kelebihan untuk menolong orang yang sakit mistik mahupun moden. Aku ni sebenarnya aku kuno sedikit, kalu sebut bomoh aje secara automatik aku ingat semua bomoh kaki temberang, kaki jin ada khadam, aku memang tak akan ke rumah bomoh melainkan ke pusat perubatan islam, tapi itu dulu sebelum aku tahu selok belok ilmu perubatan islam. Rupanya aku silap, ilmun Allah itu luas bagi aku yang kerdil yang tidak mengambil tahu memang segalanya nampak sempit. Sejak aku sakit tak hilang-hilang akhirnya aku minta bantuan kawan aku, Alhamdullilah aku dah sihat, aku tahu bukan dia yang menyembuhkan, dia cuma penyebab yang menyembuhkan adalah Allah, tiada yang lain melainkan Allah.

Mulanya aku sangsi dan was-was bila dikatakan dia mampu melihat benda dialam lain, alam alalh kan luaas dari langit pertama hingga ke7, cuma bagi aku yang cetek ilmu agamanya mungkin tidak pernah mengambil tahu. Pernah bebrapa kali aku melihat dia menolong orang yang sakit, tak perlu kemenyan, ke pengera ke segala bagai, cukup cuma bacaan ayat-ayat suci al-quran kerana mnurutnya kita sering lupa didalam al-quran pelbagai penawar untuk penyakit kita.

Kerana sifat aku yang suka bertanya, aku sering kali bertanya tentang hal pelik=pelik, macam mana nampak makhluk tak takut ke?  dia cakap bukan nampak seperti kita zahirnya, tapi nampak seperti dalam kepala, tergambar begitu, aku memang tak faham. Dia cakap tak ada istilah takut bila terjadi begini, bila dapat melihat sesuatu yang tidak terjangkau lagi membuatkan diri ingin mendekatkan diri pada Allah, terasa begitu kerdil diri.

akan ku sambung kisah ini mata ini dah tak boleh nak bukak dah...

Saturday, April 20, 2013

HATI INI TERLUKA LAGI

ZR
Kalau dah namanya perempuan semestinya tidak dapat lari dari sifat sensitif serta sifattidak mampu membendung perasaan, seperti orang lain aku jua begitu kadang-kala tidak terlepas bila sesekali diri dikhianati. Aku tahu aku bukan terlalu bijak mahupun bijaksana untuk menasihati mahupun membimbing kerana aku cuma seorang insan biasa seperi kalian yang akan rasa pedih bila hati terluka.


Aku tidak akan mampu untuk membohongi diri sendiri yang aku juga punya perasaan, punya jiwa, berkali=kali cuba bertahan namun sesekali akan tertewas juga. Aku tahu aku bukannya seorang yang sempurna kerana aku hamba yang kerdil pasti akan ada silap dibalik kesempurnaan ini. aku sudah berulang kali dilukai, namun aku masih jua tersenyum, aku cuba sedaya untuk tidak menjadikan diri sebodohnya, biarlah aku nampak sedikit cerdik dengan lebih banyak berdiam walau pun luka ini terlalu parah. Entah mengapa airmata tidak gugur untuk luka ini, mungkin kerana aku semakin menyedari tentang ketentuan dan Qada dan Qadar, aku lebih tenang kini tidak untuk merintih mahupun merayu, yang ada cuma rasa lapang dan tawakal, kali ini aku merelakan jika benar ini adalah jalan hidup ku, walau pelangi itu adalah impian ku namun aku ljupa pelangi jua akan hadir sementara sahaja, jadi mengapa aku perlu membohongi diri sendiri. Aku tahu aku harus tabah walau apa jua tanggapan orang nanti, biarlah apa jua yang dilemparkan cukuplah cuma aku dan dia yang tahu cerita sebenar. aku jua sudah terlalu buntu dan terlalu berharap agar diberikan kelapangan dan petunjuk yang benar. Aku benar tidak ingin mencipta sebuah dendam, aku cuma inginkan \kedaimaian dan ketetapan agar aku menjadi tidak lemah.

Hati ini bukan terlalu mudah untuk terluka, namun setiap kali jua aku terus dilukai walau dalam sedar atau tidak. Aku sudah rela untuk dilepaskan, biarlah aku terbang jika itu yang membahagiakan dia mahupun aku. Aku bukan mendoakan apatah lagi memohon, aku cuma mengharapkan pengakhiran yang baik yang bersih.

Aku mengharapkan yang terbaik dan doakan yang terbaik buat aku, walau mungkin kalian tidak mengenali diri ini .

Saturday, March 16, 2013

POLITIK VS AGAMA

ZR

Aku tahu aku tidak ada setitik ilmu pun untuk memperkatakan tentang politik, apatah lagi menjatuhkan hukum hakam seseorang berkait dengan politik, memang aku tidak layak teramat jauh. kadang kala pening kepala bila berdepan situasi rakan-rakan yang sampai bergaduh semata mata mempertahankan kebenaran tentang politik, ada yang kata begitu dan tak kalah begini masing-masing berlandaskan agama, hujah-hujah semua memang hebat.

Maaf sudut dan pandangan aku berbeza dalam hal ini, aku tahu memang aku bukan sesiapa untuk membantah, aku jua manusia biasa yang punya suara, punya kata hati walau mungkin kadang kala akalku tidak begitu tajam, namun aku masih mampu untuk mendengar dan mengambil yang mana elok. Aku teramat sedih bila mana banyak teman-teman mengguna pakai hadith atau dalam semata-mata mempertahankan hak dalam berpolitik, bagi aku tak salah tapi alangkah bagusnya andai kita benar-benar faham maksud yang ingin disampaikan melaluai sesuatu hadis itu, banyak yang tersirat yang kita tidak selami yang kita nampak cuma pada permukaan dsarnya tidak pernah kita cari.

Aku tidak memihak kepada mana-mana, aku tidak mahu menuduh itu dan ini, aku ingin ringankan kepala. Tak ingin terlalu taksub terlalu yakin terlalu menyokong kerana aksu masih mentah, masih rabun untuk menilai. Sayang bila ideolagi yang diguna pakai kekadang tidak masuk dek akal kerana semuanya tidak menggunakan akal yang digunakan hanya nafsu.

Sunday, March 10, 2013

DIA MASIH DIHATIKU

ZR

Alhamdullilah sudah menganjak le bulan March untuk kita dalam tahun ini, pejam celik sekejap masa berlalu, rasa seperti tidak puas untuk menikmati alam remaja yang dulu, walau kita cuba menahan, walau kita cuba menikmati 24jam namun masa tidak akan pernah terhenti. Matahari dan bulan akan tetap berpusing atas paksinya. akan terus menerangi dan memberikan mimpi-mimpi pada insan-insan.

Bila tiba bulan ini, aku tahu yang dia telah pergi dari hiduplu genap 10 tahun, mesti aku dikatakn terlalu mengikut perasaan, terlalu memandang pada kenangan, namun apa yang harus aku lakukan memang hanya tinggal kenangan dan seribu seselan yang tidak pernah akan aku lupaka.

Hingga hari ini aku tidak sanggup menatap potretnya, bukan aku tidak mengingagtinya, namun airmata ini mudah hadi\r. jiwa ini akan terus tersentuh. Aku terlalu merindui kasih dan senyuman dia, Benar aku tidak harus mengikut perasaan namun aku masih dirundung rasa terkilan, terkilan tidak mampu untuk membahagiakan dia, terkilan tidak mampu untuk menjaga dia. Sungguh aku tahu aku tidak dilahirkan dia, namun kasih sayangnya membuatkan aku lupa bahawa aku bukan menumpang dalam rahimnya.

kadang-kala aku benar-benar sunyi. walau zahirku penuh senyum namun batinku menangis, teman hanya da tika aku ketawa, sukar untuk menemani tika aku jatuh mahupun sakit. Lantas itu aku tidak pernah mengharapkan teman, bukan aku mengungkit namun bila ku sudah berfikiran dewasa aklu mula sedar aku selalu dipergunakan saat diperlukan, namun disaat lain namaku tidak membawa sebarang maksud.

Aku sedar aku harus melepaskan dia, memang telah aku lepaskan, walau mungkin hanya jasadnya, kerana aku masih menyimpan rasa kasih dan belaiannya. Airmata ini sering hadir bila ku mengunjungi pusaranya, akan kuusup pohon yang tumbunh rendang dipusara, ibarat aku membelainya seperti detik terakhir dia pergi meninggalkan aku, aku tidak putus mengajarnya ucapan kalimah, setitik pun airmata ini tidakl hadir detik itu, pervaya atau tidak disaat jenazahnya ingin dikebumikan aku tidak langsung menghampirin tempat persemadianya, aku hanya memandang dari jauh. Entah mengapa aku tidak sanggup melihat tubuh yang dulu selalu aku peluk, wajah yang dulu selalu aku kucup akan hilang, tiadarasa harumannya,,,

Perginya dia meninggalkan keakitan yang tidak terperi memang aku redha namun jiwaku tetap sakit kerana dikelilingku tiada seorang pun yang memahami aku seperti dia, bukan kerana aku tidak waras tapi tiada yang bersifat seperti dirinya penuh kasih sayang penuh jujur dan penuh ikhlas.......selamanya dia yang memiliki hati ini, dia yang masih ada dihati ini..Al-Fatihah

Friday, March 1, 2013

SUKARNYA MENJADI WANITA

ZR

Inikah ayat yang sering keluar atau keluhan kecil dari seorang yang bergelar wanita, walau berjuta kali lelaki menyatakan faham akan sifat wanita namun hakikat yang harus mereka tahu mereka tidak akan faham. Susah untuk memenangkan pihak wanita kerana dimata lelaki semua nampak mudah, semua nampak senang.

Wanita bukan terlalu meminta untuk diberikan kata romantis setiap hari cukuplah walau sepatah ungkapan yang jujur tentang hati. Tidak perlu sejambak bunga memadai dengan sekuntum ungkapan cinta yang benar ikhlas, tapi itu pun susah lelaki bila dicakap EGO seperti terkena renjatan elektik. Wanita sifatnya ingin meyelami dan ingin belajar, kerana jtelah tertulis jiwa wanita itu halus. Tapi lelaki masih tidak sedar, apa jua yang diperbuat wanita penghargaannya cuma sementara. Maaf wahai lelaki bukan cuba untuk mencari gaduh cuma sekadar memberikan sedikit pengertian untuk wanita,

Dalam tiap keputusan sebenarnya wanita fikirannya lebik uni lebih matang kerana mereka adalah bakal ibu atau sememangnya seorang ibu. Mengapa lelaki sukar menerima kenyataan bila wanita lebih tinggi kedudukannya. mengapa rasa tercabar adakah waniat tidak mempunyai hak untuk menakluki, lupakah wahai lelaki setinggi mana dikau berdiri lahirmu dalah melalui rahim seorang wanita memang hakmu terlalu tinggi untuk seorang isteri namun kau tetap dibawah telapak kaki ibumu. Ketahuailah jika kamu berbuat baik untuk wanita yang ada dirumahmu isteri serta anak perempuan melebihi kaum lelaki hidupmu akan beroleh rahmat dan redhanya, kerana sesungguhnya Rasullallah S.A.W juga berpesan supaya mendahulukan isteri dan anak-anak perempuan diikuti lelaki begitu besar penghargaan yang diberikan/.

Benar ada lelaki yang menjaga wanita seperti nyawanya, beruntunglah wanita tersebut. Terima kasih pada lelaki yang tidak pernah meletakkan penghalang atau keegoan demi melahirkan rasa cinta, bukan perlu diyar atau dikenakan tol semuanya percuma cuma perlukan ruang dan hati.

susah benar susah menjadi seorang wanita, tapi nikmatnya melebihi alam semesta. betapa nampak wanita itu tidak sekuat lelaki namun sudah pasti sabar wanita tidak mampu ditandingi oleh sepuluh lelaki, kerana rasa sabar itu allh memberikan rahim untuk wanita membawa kepayaham dan kepenatan saat mengandungkan zuriat untuk insan tercinta. Memang lelaki terbukti kuat tapi mengapa kekuatan wanita yang lebih jelas terbukti masih dianggap lemah. Wanita menghabiskan seluruh sisa tenaganya, meyerahkan nyawanya sebagai galang ganti untuk melahirkan zuriat. Setitik peluh yang hadir, saat sakitnya menahan untuk memberikan ruang insan kerdil mengenal dunia kekuatan mana yang mampu untuk ditandingi, sejernih air sungai pun tak mampu untuk melawan jernihnya titisan airmata saat pertama menatap insan yang pernah bernafas melaluinya.

Bercerita tentang wanita tak pernah habis..InsyAllah bersua kembali.

Thursday, February 21, 2013

UMUR MENINGKAT

ZR

Meningkat lagi umur ini, Alhamdullilah, masih lagi diberikan udara untuk aku mengisi paru-paruku, masih lagi ada denyutan untuk jantung ini berfungsi, rasa syukur yang teramat buat DIA.

Sepanjang perjalanan umur ini, pelbagai sudut dan ruang yang telah aku temuai, walau ada yang sempit, ada yang kotor namun itu semua suatu pembelajaran dan suatu kenikmatan yang bukan percuma zatNYA.

Tak guna aku mengharap semata sinarNYA, kerana sinar itu telah lama ada cuma aku yang membutakan mata akal dan hati untuk mengenali sinar itu.

Rasa banyak benar kezaliman yang telah aku lakukan pada diri sendiri, banyak sungguh aku bersifat tidak adil dan besar sungguh tanggungjawabku yang aku cuaikan.

Betapa terkadang aku rasa diri lalai dengan amanah yang diberikan, cepat melatah tika ujian hadir tapi aku tetap cuba untuk berdiri dilandasannya, makin aku dewasa makin aku matang, makin aku cuba mengerti tentang apa yang kurang dalam perjanan aku ini.

Ya Allah, berikan aku hidayah serta Nur MU,tingkatkan rasa rindu ku yang utuh buat Mu. Sungguh aku sudah jauh meninggalkan MU namun aku yakin KAU akan selalu memayungi ku dengan rahmatMU.

Moga aku diberikan kekuatan untuk menempuhi tiap ujian MU, moga aku menjadi anak yang diredhai oleh kedua orang tuaku dan moga aku akan menjadi bidadari yang kekal buatnya disana nanti.

Wednesday, February 20, 2013

APA YANG KITA CARI

ZR
Itulah soalan saya pada diri saya sendiri, dalam kehidupan ini dan waktu ini apa sebenarnya yang saya cari? adakah saya ingin mencari kehidupan semata? ataupun saya ingin mencar\i kesenangan semata?, susah untuk saya mencari arah tuju hati sendiri, walau kadang-kala saya nekad tapi tetap akan berbelah bahagi juga. ruang pemikiran saya memang bukan sempit tapi terkadang tidak cukup ruang untuk saya bernafas.

 Bukan saya bersifat tamak tapi ini hakikat hakiki, yang saya juga terkadang alpa apa yang sebenarnya saya cari dalam perjalanan ini, makin hari makin jauh saya berjalan namun noktahnya maasih samar, masih dalam tanda tanya yang tidak berjawap.

Mungkin tak semua orang seperti saya, seorang yang masih mencari apa yang terkurang dan apa yang perlu dalam hidup ini, jika dikirakan pada zahir tentu nampak sempurna namun yang batinnya? banyak yang terkurang banyak yang perlu saya fahami dan selami.

Hidup ini bukan sekadar penghidupan namun sebuah erti kehidupan yang penuh rahsia, saya \, kamu dan sekalian belum pasti tahu apa yang kita cari walau kita merasa yakin yang kita telah cukup sempurna cukup melebihi nilai seorang jutawan atau dermawan.

Pokok pangkalnya apa yang kita cari dalam hidup, jika cinta maka hidupkan cinta itu bukan hanya seseama insani namun jua buat Pencipta yang Agung, jika rindu yang kita cari maka kuatkan rindu kita untuk lebih mengenali DIA.

Hanya kita yang tahu apa yang kita cari simpangnya didepan kita, terpulang pada kita, segalanya bermula dari kita...dan perjalanannya kita juga yang mencorakkan walau hakikat DIA yang merencanakan .

Setinggi mana pun ilmu dan bijaksananya kita cari dalam sedalamnya apa yang kita cari, fahamilah apa yang perlu kita cari dan dimana harus kita mencari, tak perlu malu untuk memulakan pencarian, kerana malu itu jua punya harga.

Tuesday, January 29, 2013

ILMU HITAM, ALAM GHAIB & PANCAINDERA 6

ZR

Wah topik hari ini lain sikit kan? ILMU HITAM dan ALAM GHAIB. Memang ramai yang tidak percaya tentang kewujudan benda ini dizaman serab canggih bak kata muda-mudi sekarang zaman IT.

Saya pun begitu juga memang susah nak percaya tentang benda ni, tapi bila saya dijatuhkan ujian yang tidak begitu hebat namun cukup untuk mengujikan.

Sememangnya wujud tentang benda ini, tak perlu kita cuba untuk menolak.

Pengalaman saya sehingga kini belum pulih sepenuhnya, kesannya amat nyata, sehingga kini saya masih lagi ketakutan untuk beberapa perkara.

Tapi saya anggap ini adalah ujian Allah untuk mendekatkan saya pada dia, bila kita disituasai tersebut kita akan lebih mudah untuk mencari apa yang kurang dalam diri kita, bermual disitu kita akan makin hampir pada DIA. Bersyukur sebenarnya bila ujian itu datang, walau permulaan amat menakutkan namun berkat kesabaran dan doa orang sekeliling saya makinmampu untuk melawan rasa itu.

Tentang alam ghaib memang tak terjangkau dek akal, tapi mengapa kita menidakkan alam ini wjud, rahsia Allah dari langit satu hingga langit ke7, hanyan hamba yang terpilih ada kelebihan untuk melihat.

Mahluk iblis, jin atau sebagainya semua wujud, semua seperti kita mahluk Allah, mereka jua seperti kita merata-rata cuma pancaindera orang tertentu sahaja mampu membuka hijab atau hamba Allah yang mempunyai Kasyaf.

Masih tergiang kata seseorang kepada saya, bila Allah mengkehendaki dia tidak akan memilih sekadar dari golongan ulama, walai atau sufi, DIA akan memberikan tidak kira kepada sesiapa kelebihan itu bertujuan untuk menyedar orang tersebut tentang kewujudan ALLAH.

Saya mula membaca dan memahami tentang ini bila saudara terdekat saya boleh melihat makhluk -makhluk yang pelik, memang saya penakut tapi saya seorang yang ingin tahu. Jadi nak atau tidak saya akan berusaha untuk mencari sedikit ilmu dan pengetahuan tentang sesuatu benda yang tak terjangkau dek akal.


 Jadi pada teman yang ada pancaindera ke-6 atau kasyaf, gunakan sebaik mungkin jangan terlalu riak jangan mula menjalinkan hubungan dengan benda-benda yang boleh menkufurkan dan membuatkan kita menyekutukan ALLAH. Kelebihan yang dikurniakan bukan satu bonus untuk kita bersikap takbur. ingat yang baik itu akan memudaratkan jika kita manfaatkannya sebaik mungkin.

Ingat walau kita merasakan kita hebat, tapi DIA lagi hebat. Jika tidak kerana Redhanya mustahil apa yang terselindung boleh dilihat tanpa tabir.

*Lihatlah dengan mata hati bukan sekadar mata nafsu semata.

Monday, January 28, 2013

Kembali Bersua.

ZR

Setelah lama menyepi, alhamdulillah kembali lagi menitipkan tinta dirumah usang ini.

Apa yang perlu saya coretkan, benar saya amat merindui semua teman saya amat menyanyangi semua teman.

Hakikat yang nyata teman, sahabat atau kawan maksud yang sama walau perumpamaan berbeza.

Saya dalam pencarian, pencarian tentang erti kehidupan dan erti sebuah hidupan.

Terima kasih pada yang sudi membaca coretan di teratak yang tak seindah mana ini, jika ada yang tidak menyenangkan kalian maka tegurilah saya.

Banyak yang saya alami diakhir ini hingga kadangka\la merubah hidup saya 110 darjah, tapi saya yakin Allah sayang maka Allah menguji kita , maka rugilah pada sesiapa yang tidak dijatuhkan ujian.

Saya juga sekarang dalam proses menyiapkan karya saya yang telah tertangguh lama, doakan lah agar saya akan terus berjuang hingga ke hujungnya dan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam, mungkin agak terlewat untuk saya maklumlah saya bukannya tergolong dalam kategori remaja lagi, namun saya yakin setiap insan harus diberi ruang untuk merealisasaikan impian atau cita-citanya.
InsyAllah.

Jika ada ruang saya juga ingin menyalurkan beberapa kata -kata indah untuk dimelodikan. Jika lah ia menjadi kenyataan..sungguh indahkan? Namun mimpi itu memang mainan tidur, jadi bukan susah untuk kita bermimpi kerana bermula dari mimpi pasti akan ada nyata.

Cukup coretan untuk kali, sekadar coretan luahan perasaan saya, sebenarnya bukan senang untuk saya bercerita tentang diri saya, memang jawapan selama ini bila orang bertanya tentang hal peribadi saya adalah P&C, tapi kali ini saya kongsikan sedikit. Inilah saya yang menjadi pemilik laman ini, saya bukan seseorang yang misteri apatah lagi sukar didekati. Cuma terkadang suka berteka-teki.

Tak kenal maka tak cinta.....tapi bila kenal bukan semestinya kena bercinta.