Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, August 26, 2011

LAMBATNYER PUKUL 5PTG

ZR

Tajuk skima sikit arini, sebab memang jiwa kacau sebab bukan patah atau atau patah tulang. Tapi sebab mood balik kampung dah melanda jiwa dan kalbuku.

Malas betul datang kerja arini, tapi dah tanggungjawab kalau nak cuti memang boleh tapi potong ler gaji yang tak seberapa ni.

Bawa keta dengan slow motion hari ni, tanpa sebarang gangguan. Oh tak sabar nak balik kampung nak redah jem. Mak pun dah call semua adik beradik dah tunggu lagi ler tak sabar dah terexcited dah.

Kalau boleh pusing jam ke kul 5, atau ada doraeman dengan daku dah tentu minta tolong dia. Tapi kalau masa terus ke kul 5 rugi juga.

Cepatlah..cepatlah...semangat raya ni mengalahkan kanak-kanak nak beraya . Tapi ah namapun raya kena lah semangatkan? tapi dalam sebulan puasa ada ker daku semangat begini...he..he.. tepuk dada tanya sendiri lerr.

Mesti ada orang yang tak senang macam daku juga kan? jadi perasaan kita samalah arini.....Bagi yang dah bertolak tu


Hati-hati bawa keta tau....kalau jem tu sabo-sabo ler ingat bukan awak sorang nak balik semua atas jalan raya nak balik kg juga..

Wednesday, August 24, 2011

HANNA SI MERAH JAMBU ~ TERIMA KASIH

ZR

Dalam dah lama tak bagi salam untuk blogger -blogger ni saya dah excited balik bila tetiba jer i menang peraduan yang dianjurkan oleh http://hanna-simerahjambu.blogspot.com. I suka -suka jer sebab blog i nih tak glamour mana pun yang ade-ade jer.

Keratan dari Blog HANNA SIMERAH JAMBU ( Minta izin yan cik hanna )

Pengumuman!! PEMENANG Peraduan Cer Teka..

Tadaaa...........

Wah bermacam jawapan yang aku terima semlm.. lapik mejalah, pasu bungalah, daun jambu rosaklah,
lace langsirlah...
Seronok jugak kan memerah minda benbulan posa ni... yalah daripada pikir nak masak apa nak makan apa.. sesekali kita mencabar minda la pulak...

Sekarang dengan bangganya aku memberikan jawapan kuiz semalam
Maka Tahniah Kepada Zanna Rohim
Walaupun Jawapannya sipi2 tapi berkat kesungguhhannya aku dengan bangganya mewartakan
Zanna Rohim sebagai pemenang Hadiah Utama berupa Top up RM10.00


Buat Hanna Si Merah Jambu TERIMA KASIH BERBAKUL-BAKUL yer........

KACAK ? ROMANTIK? KAYA? BERIMAN?

ZR

Tak tau nak merapu apa jom layan jer penilain daku tentang hero macho kat malaysia nia bukan hancur yer..memang ada yang lain tapi tak mencapai target kot......layannnnnnnnnn


TOP 1 : EN.FAHRIN AHMAD
Mengikut penilikan tok nujum, dia ni very gentelman dan beriman tapi $$ tak tau.....muka pun hencome lerrrrr. Memang lakonan tak menghampakan tapi belum rezeki nak menang award kot ( sebab aku tak mengundi kot ..keh ..keh ) c. Apa pun you the best bro..







TOP 2 : MR.ROSYAM NOOR
Hero dah berusia tapi $$ masyuk ada house production sendiri. Caring and loving kat Family. Tepuk dada tanya Iman.....tetap suka dengan sikap dia yang senser of humor and humble...Makin berusia makin tinggi value..untung selalu dapat berlakon ngan awek cun -cun.



TOP 3: MR.AARON AZIZ
Hero malaya yang berasal dari singapore...Menjadi top semenjak dua menjak ni sejak sejak penangan drama Nora Elena. Ikhlas cakap ler drama tu tak thrill lagsung cuma mungkin sebab watak Seth Tan yang romantik habis maka ramai ler para jelitawan kat malaysia mendambakan begitu. Mungkin sebab lelaki malaysia tak romatik atau mungkin suami tak romantik..gitu ler. Apa pun respect cara dia layan wife and anak-anak.



TOP 4 : EN.ASHRAFF MUSLIM
Naper dia tak famous pun? sebab dia low profile, memang berlakon tak seberapa namun beberapa sikap dia boleh diambil contoh. Muka memag hendsome dalaman tak boleh x-ray lerrr





Ni untuk suka-suka jer tau tak sebarang motif politik...


Sebenarnya saya juga amat mengagumi insan ini. Dengar celoteh hilang tension.


Aku kalau diberi pilihan pilih yang kaya, kacak , berduit dan beriman....emmm nak semua boleh ker atau memang aku tamak ......

SAYANG AWAK ~ PART 4

ZR

SAYANG AWAK~ PART 4

Hakimi tersenyum sendirian sambil melihat cincin yang indah didepan mata, angan-angannya berbunga betapa jiwanya gembira kerana cincin itu bakal menjadi tanda kasih dan cintanya pada sidia.
Ligat otaknya berpusing sambil ligat mencipta imaginasi melihat wajah sidia yang pasti akan cuak ataupun melompat kegembiraan. Tapi jika benar dia melompat kegembiraan bagaimana haruskah hakimi juga gembira. Berbelah bahagi pula perasaan yang ada, haruskah aku gembira atau bagaimana?
Hakimi termenung sejenak rasa sayang dan cinta tetap utuh biar apa pun halangan dan rintan keran sehingga kini belum pernah ada dan dia sendiri tidak pernah memberi ruang kepada hatinya buat gadia lain. Biar pelbagai ragam yang datang menerjah, biar apa jua rayuan hatinya nekad pilihannya tetap dan tetap cuma dia.
Seandai dia tahu betapa diri ini terlalu menyanyangi dan menyintai dia pasti dia tidak akan begini, adakah salah diri ini yang terlalu memanjakan cinta dan perasaan atau sememang nya cinta itu perlu menerima gelombang badai untuk mengetahuai keutuhan cinta.
Hakimi memandang ke luar beranda, dipandang awam yang berarak indah sungguh ciptaaNYA,
Insyaallah awam itu akan dijenguknya sentiasa nanti bersama dia yang bakal menjadi suri dihati.
Tanpa ucapan tanpa kata hakimi tetap yakin dia akan memahami, dia akan mengerti diam bukan bererti benci tapi diam terkadang lebih baik untuk meletuskan rindu dan perasaan yang tersimpan didada.
Perasaan debar didada terkadang hadir jua, benarkah tindakan yang bakal diambilnya ini, adakah ada hati yang akan terluka, relakah dia bersediakah dia dengan ini semua, bila difikir balik kecut juga perut hakimi bukan apa lain yang diharap lain pula nanti yang menanti, maka hakimi sentiasa memohon moga tiap yang bakal dilaksanakan akan dipermudahkan.
Segala persiapan telah diatur oleh keluarga, hakimi menyerahkan segalanya, baginya tiada yang lebih penting hanya sidia yang menjadi idaman tak sabar rasanya tapi hakimi masih waras masih sedar untuk berdiri dilandasan ajaran agama yang telah diterapkan sedari kecil oleh ibu dan bapanya.
Hakimi mengenggam erat cincin yang bakal mencipta sejarah dalam hidupnya sambil memandang potret yang setia disisi....sayang sabar rindu ini sentiasa menemanimu.

Tuesday, August 23, 2011

BISKUT RAYA

ZR

Pejam celik, celik pejam dah berada diakhir-akhir ramadhan. Permulaan ramadahan duk pening soalan bonus daku hari-hari kat pejabat "nak masak apa yer arini?" . Sampai kawan pun dah tahu soalan aku bila jam menghampiri kul 5 petang.





Itu soalan wajib sebenarnya..tapi sekarang giliran soalan biskut raya..fening..fening sampai sekarang tak beli pong lagi. Yang latest beli biskut bangkit dari HANNA SI MERAH JAMBU..itu jerr..tak ada mood ker tak ada duit??? he..he...he. kalau ada duit ada ler moood bukan begitu ker....Nak rasa bonus company tak ado....dah bertahun tak dapat bonussss..sedih dan sadis sungguh raya ini.







Nanti tengok ler kot mood raya hadir disaat last minute kata orang kan??


Apa pun raya tetap kena raya tak salah rasanya kalau raya tanpa biskut raya ke memang wajib???


My favourite Tart Nenas pergi ler rumah sesiapa pun itu yang i ngap dulu........nanti nak terjah mana tart nenas best.

PENGALAM HIDUP ~2

ZR 
Sambungan penceritaan daku menjadi perantau kat KL ni.

Episod sebelum ni daku kejakunan melihat lampu dan pemandangan bagunan tinggi kat Putrajaya, Tengok semua menarik tertarik deboom.

Dah tunggu dekat 30minit kat Putrajaya, Akhirnya datang lah seorang pakcik bermisai dengan seorang jejaka hendsome. Pengurus dan Senior Staff A&W katanya. Masing-masing apa lagi terus naik van menuju ke destinasi. Sepanjang perjalanan geng wanita lebih banyak senyap maklum lerr majoriti geng lelaki ramai. Kita orang ni dah jadi mangsa buli terutama aku ni ha. Semua duk perli aku pasal asyik muntah sepanjang perjalanan atas bas tadi, aku buat bodo jerr, dalam hati aku berbisik kalau aku tahu aku muntah atas diaorang biar padan muka. Tapi itu imaginasi jelah mana aku berani kenal pun idok.

Akhirnya dalam tempuh setengah jam sampai ler minah dan mamat dari kampung ni kat hostel. Nama tempat tu Pandan Indah, kat PJ. First time aku dengar nama tuh.Tapi jangan salah sangka rumah staff perempuan teres 2 tingkat yang lelaki teres setingkat jerr jadi bukan tinggal bersama.

Sampai jer sessi suai kenal dengan penghuni rumah tu semua staff A&W Pandan Capital dan Fajar Indah..Oh semua mesra alam. Aku dan geng aku Zai, dan K.ani  pulak yang over malu sebab kekampungan kan?? waktu tuh kira suci murni ler.

Dah siap masuk bilik kemas mana patut apa lagi pengsan ah........penat wooo..esok nak kena pergi tranning pulok......mata pejamlah mimpi yang indah-indah ekkkk..

Bersambung lagi ler ni...........

Thursday, August 18, 2011

PENGALAMAN HIDUP

ZR

Setiap orang pasti ada sesuatu yang ingin dilakukan, dan mesti ada juga yang harus dilakukan.

Memang banyak yang kita kena tempuh, walau kekadang sampai bergolok gadai.

Aku masih ingat saat pertama aku menaiki bas datang KL. Waktu tu memang budak kampung habis.
Dengan pakai baju Blous dan seluar besar dah kira bergaya sakan dah tuh.

Aku ingat lagi naik bas transnasional. first time naik bas tuhh, excited betul. Kira bas tu untuk kakitangan staff
yang nak datang kerja A&W kat KL. Waktu tu tak ramai pun dalam 20 orang dan aku 4 orang je gadis-gadis yang comel. Orang lain semua mamat macho ler..

Dalam perjalanan apa lgi aku dah pening lalat..al-maklum ler first time naik bas..Jauh tu. Dalam malu-malu kucing aku cuba tahan tapi tak daya. Akhirnya hu muntah aku rnuntah berapa kali tah. Sampai mamat-mamat macho asyik duk jeling aku. mesti cakap aku ni budak kampung. Hampeh tul dalam ramai-ramai ada yang aku cukup meyampah cara dia pandang aku macam apa tah. Ingat apa lu hendsome sangat.

Malu aku tolak tepi dah. perut sakit kepala pusing, seksa betul tapi sebab nak cari pengalam kat KL sanggup.

Akhirnya dah terperok dalam 8jam kat bas.Sampai aku kat KL. Saat pertama jejak kaki kat hentian Putrajaya. Terlopong mulut aku. Cantiknya lampu-lampu dengan pemandangan highway yang meriah. terpegun aku. Kawan-kawan yang lain pun sama. Maklum ler kat umah aku mana ada lampu, ada mungkin ado tapi malap je dah nama pun duduk kampung. Ada pokok getah jer..walau pun gitu kampung tetap indah.

Terus jer aku tepon kat mak bapak aku. Apa lagi aku cakap ler lampu semua cantik betul-betul cam jakun kan? tapi nak buat cam na dah memang aku jakun. Bercakap dalam tepon pun suara kemain kuat. Lepas tu dok pandang langit macam ler langit kat kampung tak sama dengan langit KL.

Waktu pertama datang KL ada perasaan sukar nak digambarkan, sedih, seronok, excited.

Tapi aku kena tahan ler dengan sikap mamat-mamat yang perasan macho yang memang akan kerja ngan kita orang. Nasib ler kena sabar. ......walau aku dah menyampah dengan lagak hendsome sorang mamat tuh..


To continue part 2


Tuesday, August 16, 2011

PUASA DULU DULU

ZR

Sudah pertengahan Ramadahan. Suasana seronok makin terasa. Penat tak usah cakap lah dah menjadi menu harian, nak tak nak kena telan.

Tapi bila melaluai puasa diusia ini teringat puasa waktu stay kat kampung. Best sangat suasana lain memang amat berbeza.

Memasak tak payah banyak lauk cukup je untuk 4 orang punya perut, tapi nanti kiri kanan jiran hulur.
Huh dah macam masak untuk bagi makan 6 orang. Macam-macam maka penuh le meja yang tak seberapa besar .

Sessi balas membalas memang best waktu tu selalu jer tertanya -tanya apa akan dapat sebagai balasan. macam tak ikhlaskan? tapi dah otak budak itu jelah. Tapi itu dah jadi macam satu budaya dan pergaulan dengan jiran-jiran pun amat mesra tanpa batasan agama dan kaum.

Sebelum berbuka nak air tu nak warna tu hah..bila dah lepas buka dah terlentang tak daya dah nak makan. Ikut nafsu mata memang lerrrr.

Best banyak yang manis, tapi sekarang jiran-jiran kat bandar ni tahu jelah. Kita pergi kerja jiran dah tak ada. Kita balik jiran belum balik tau-tau dah nak balik kampung raya. Tak merasa suasana best cam kat kampung.

Budak -budak zaman sekarang memang rugi banyak yang mereka terlepas nak salahkan teknologi pun tak boleh sebab memang kita memerlukan teknologi dalam hidup baru kita kan sentiasa maju. Tapi berguna kah teknologi andai adat, budaya dan agama dipinggirkan dan dilupuskan?



Friday, August 12, 2011

TERKENANG SEMASA DULU

ZR
 Ni Nama tempat daku menunjukkan kehandalan daku dulu ~ TEMANGAN~
Signboard ni kat stesen keretapi temangan betul-betul depan umah aku......

Tersenyum sorang-sorang hari ni, entah mengapa fikiran teringat kat zaman hingusan dulu, zaman sedang seronok main baling-baling tin.

Best sangat waktu dulu, main pondok-pondok, panjat pokok jambu ala-ala tomboy gitu, main kat sawah bendang dapat pengalaman nak tanam dan tuai padi. Huh penat waktu tu pakai seluar cerut dan baju kurung kedah siap ada topi kat kepala. Kena semai, cabut dan semai balik aku pun tak faham apasal nak semai cabut dan semai tak boleh ker terus je tanam dalam berani ada juga takut bimbang lintah yang ada dalam sawah, tapi bila mandi sungai tak ingat dunia. Siap buat aksi terjunan BEST sangat waktu ni kekadang lupa diri sampai kena kejar dengan rotan sebab maghrib pun tak balik-balik lagi.

Parit cam ni le aku panggil sungai kat bendang tempat daku dan sepupu papat berendam.




Sebelum balik cari siput banyak dapat. Kata orang tua musim menyemai padi musim siput.

Cam ni le daku menyemai sawah dulu....kena ikut je garis.


 Detik yang manis bila padi dah berbuah..Uh bila dah kekuningan bermulalah episod nak menuai padi. Kena sabit dulu. apa lagi miang ler badan kena daun dia. Dah le musim ni biasanya panas terik. Tahan jelah dengan topi makcik jual sayur tu sambil menyanyi-nyanyi.

Seronok waktu tu tengok burung-burung yang terbang, pemandangan sawah cantik sungguh. Ramai jiran -jiran kat petak bendang masing-masing. Dulu-dulu tak pakai jentera yang membantu pakai tangan je siap sabit terus tuai kat balang ( Buatan sendiri petak empat segi ) kena hempas kuat-kuat bagi padi terlerai. Hu waktu ni kalau tak peluh tak sah.

Bila dah penat mula le geng seangkatan datang, apalagi bentang tikar mengkuang duduk bawah pohon bamboo tepi sungai ohhhh romantisnya.....ada ke lagi tempat tu. Cantik sangat rasanya kalah photo shoot drama Nur kasih. Ha macam gambar ni....



Apa lagi mulalah sessi makan..waktu ni wah kemain banyak makanan terhimpun yalah bila dah semua datang melepak masing-masing buka bekal. Tak ada beza dan sebarang darjat semua sama rasa tak ada dengki dan segala bagai kekadang kita orang nyanyi ramai-ramai ingat lagi lagu -lagu waktu Exist tengah TOP.

Bukan main masing-masing penuh feeling siap bila ada budak-budak lelaki kacau kita orang ada geng main balas lagu. Zaman sekarang boleh ker main can gitu jer tanpa sentuh dan usik-usik???

Tapi yang paling best kat kawasan tu ada sepohon pohon Ara.. tak tahuler kat sini orang panggil apa ..Ni gambar buahnya.



Pokoknya kemain besar, selalu jugaler gaduh ngan budak-budak lelaki berebut buah dia yangd dah masuk merah maniss sangat. Ingat lagi i yang tukang panjang pokok tu walaupun pokok tu betul-betul bawah dia sungai dalam, tapi sebab semangat patriotik tu terlebih sanggup....





Indah sungguh indah..tapi itu semua kenangan ..Nanti sambung lagi .....


Tuesday, August 9, 2011

KEKOSONGAN DALAM DIRI

ZR  


kepala berpusing-pusing sekarang..idea asyik tenggelam dan beberapa saat je timbul. Itupun idea yang entah apa.

Bila dalam situasi kelabu begini, tiada apa yang hadir dalam minda, segala kosong. Jemari memang ketagih nak menaip tapi kehampaan sebab tiada sebaris ayat yang hadir.

Mungkin kerana hati ini kalut atau fikiran ini banyak terbeban dengan persekitaran atau masalah yang dicari sendiri. Entah banyak benda nak fikir sekarang. Kiri kanan semua ada tanda soal???, nak mengeluh perlukah itu kalau sekadar mengeluh tapi jawapan yang dicari tiada.

Rasa perit dan muram membayungi rasa, mood mengawal diri, rasa ingin menjerit namun waraskah? Nanti hanya akan menjadi satu isu dan nama akan meletop. Gila glamour tidak mungkin kalau ya dah lama pergi audition Mentor ke paling kurang AF, kenapa tak pergi AQ??? huk...huk..huk..aku tewas. Hibanya aku.

Rupanya itu jawapan mengapa jiwa aku kosong, ada yang masih perlu aku pelajari, ada ruang yang tertinggal. Mengapa daku tidak menyedari itu semua, atau memang aku tidak mengambil berat. Hu perdih tak tertanggung. Rindu aku untuk melagukan hikmah-hikmah yang terkandung, sayu rasa bila mengamati dalam sunyi.

Ceriakan kembali petak jiwaku yang suram dan iramakan kembali rumahku yang sunyi, dendangankan kembali bait-bait cinta agar terus menjadi temanku.

Kekosongan dalam sebuah kehidupan bukan hanya kerana miskin harta tapi fakir dalam ilmu ALLAH.

Tuesday, August 2, 2011

KISAH DONGENG

ZR

Seperti insan lain aku juga telah disajikan dengan kisah dongen  sedari kecil,
Tanpa kita sedari jiwa kita turun mereka mimpi untuk mengecapai sesuatu yang diluar akal, rasanya rata-rata mempunyai mimpi yang indah mimpi yang luar biasa yang tak terduga dek akal kerana itu dikatakan mimpi.

Namun tanpa kita sedari terkadang ada jua apa yang kita anggap dongeng berlaku dalam hidup kita, cuma kita tidak menyedari.

Tidak perlu untuk berkhayal tentang putera berkuda, nenek kebayan, kuasa sakti atau sebagainya, kerana terkadang ada yang berkait dengan hidup kita mungkin dalam pembawakan yang berbeza. Usah mengimpikan magis untuk menukarkan segala mengikut kata hati kerana kata hati itu belum pasti.

Kisah dongeng putera dan puteri yang selalu menjadi cerita, atau mungkin kita selalu mengimpikan hidup kita ibarat romeo dan juliet, laila majnum atau shah jehan yang membina istana untuk mumtaz. Terlalu taksub dengan khayalan yang meledak dihati, hingga terlupa yang ada itu perlu dihargai walau mungkin tidak seromantis pujangga.

Hakikat yang nyata segala yang ada disekeliling kita dan apa yang kita miliki bukan khayalan semata, tidak guna cuba merubah realiti menjadi fantasi dan tidak guna untuk berlakon seperti dialam mimpi kerana tidak semua mimpi itu indah.....

Monday, August 1, 2011

KISAH RAMADHAN

ZR


Ramadhan datang lagi, bulan penuh cahaya, bulan penuh rahmat dan nikmat.

Ramadhan pernah ku lalui dengan dia, dia yang teramat ku sayang walau tanpa perlu aku berbicara atau meluah rasa. Hanya aku dan dia yang tahu.

Ramadhan daku dengan dia begitu indah begitu banyak yang manis, walau dalam seribu kepayahan namun tidak akan mampu menandingi kisah kami.

Perpisahan daku dan dia bermula di bulan Ramadhan, detik yang telah ditentukan NYA, aku redha walau dalam titis airmata, detik yang mula menjarakkan kita namun bukan kasih sayang ini.

Keindahan ramadhan yang selalu kita kecapi seakan hambar walau penuh mukjizat dibulan itu, hati ini menajdi pedih dan sakit namun aku Yakin ada Hikmah dibalik ujian antara kita.

Segala yang telah menjadi diari hidup antara aku dan dia aku terus semadikan penuh warna penuh kilauan walau sepanjang perjalanan hidup kita serba kekurangan namun daku tetap bahagia..daku gembira kerana kasihmu mengatasi segalanya.....

Ramadhan ini ku lalui tanpa dirimu lagi..moga ketenangan dan dikau diberkati...

Aminnn............