tag:blogger.com,1999:blog-29950632493854092642024-03-13T07:56:02.541+08:00PENCINTA MENCARI PENCIPTA _7Tertulis tentang Aku
@rosexannaAnna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.comBlogger236125tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-42018580530312369842019-02-21T10:33:00.001+08:002019-02-21T10:33:09.140+08:00BIsanya kata kataZR

As salam,

Kata-kata itu lebih tajam dari pedang, biar tersakit kerana luka pasti akan hilang pedihnya. Namun saat hati telah terluka kerana sebuah kata-kata, tiada yang boleh menyembuhkan.

Andai ada yang menyakitimu dengan hebatnya kata kata hinaan, senyumlah usah membalas,

ucapkan Alhamdulillah, kerana allah sedang memberi mu pahala.

andai ada yang memaki hamun mu, senyumlah jua. Tegurlah hatimu allah mendengar tiap apa yang diucapkan untuk mu.

andai ada yang mencela mu, jangan menangis didepan yang mencelamu, Tapi bangunlah pada malam harimu, ceritakan lah pada allah, adukan lah apa sahaja padaNYA.

Tiada yang lebuh dekat denganmu kecuali Allah.

Sehebat manapun mulut yang memaki mencaci mu, kelak mulut itu jua akan kaki. akan dimakan ulat, usah merasa sedih. La Tahzan.

Biarlah airmata mu cuma untuk mengadu kepada Allah.bukan kerana kata-kata yang dilemparkan untuk mu.

Halalkan maafkan tiap caci maki hamun sesiapa jua terhadapmu, biarkan kelak diakhirat dia akan menangis beroleh ehsan pengampunan dari MU, saat itu baru akan dirasakan.

Namun ingatlah pada yang dizalimi walau dengan kata -kata , ingatlah satu kisah pada zaman sahabat.

seorang wanita memohon doa kepada allah kerana ia sudah tidak tahan dengan sikap seseorang yang suka bercakap kasar, memaki hamun, hingga ia terlalu berkecil hati, dan atas asbab doa itu allah berikan ia bahagian untuk sipencerca tersebut dan ia meninggal dunia..

waspadalah ingatlah menzalimi itu bukan atas cuma perbuatan tapi kata kata itu lebih mudah membuat hati terpukul dan tersentuh.

walau sekuat mana pun suara, segarang mana pun ingatlah tidak selamanya nyawa di kandung badan.

Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-80726697441015905552018-10-23T17:13:00.000+08:002018-10-23T17:13:49.379+08:00Aku Ingin Mengalah

Dulu saat aku jauh dari jalan Allah, tiada yang menegur ku, malah saat aku leka dan lalai dalam arus dunia, ramai yang turut gembira selangkah. Aku hanyut dalam membelai dunia, masa jua keadaan diri.

Dunia dirasakan laju waktu tiada yang mencukupi, tapi tiada siapa yang merasakan aku salah,terus leka dan leka.

Kini saat aku mula merasa sepi, sunyi aku merasakan kekosongan dan aku mula mencari, dan dalam caraNYA pencarianku menemukan aku dengan sebuah cinta. Cinta yang tiada mampu aku tafsirkan,

cinta yang terlalu indah seumur hidupku hingga aku merasa sangat rindu,

Dalam ruang ku tiada lagi masa untuk mengisi apa yang pernah aku kejarkan, kakiku sudah tiada rasa untuk menjelajah, bukan lagi keperluan diri.

Dulu aku leka kini aku sentiasa menantikan saat Allah memanggilku, untuk aku sujud, dulu aku tidak mempedulikan DIA yang sentiasa ingin mendengar keluh kisahku, ingin aku bercerita..aku leka leka pada yang tetap setia menanti aku..

Kini aku merasa bahagia, bahagia dengan cinta ini tapi, kerana cinta ini aku semakin disakiti, disakiti kerana memilih jalan ini, disakiti kerana banyak yang harus aku tinggalkan dari jalanku yang dulu,

aku terus dilukai kerana cinta ini, apa yang aku perbuat kerana aku gembira namun tidak menggembirakan pada yang memandang.

Bila saat apa yang aku persembahankan kerana rasa rindu menjadi bebanan pada yang memandang, kata kata jua herdik adalah hiasan telinga.

kadang aku bagai ingin mengalah, ingin membuat yangmemandanku gembira dengan apa yang menggembirakan mereka, namun bagaimana sanggup aku korbankan cinta ini?

Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-63934129527665850332018-09-14T11:49:00.000+08:002018-09-14T11:49:56.371+08:00HIJRAHKAN AKU ZR

Assalam..Bismilahirohmanirohim

Alhamdulillah Allah masih meminjamkan nafas ini untuk merasa nikmat udara ditahun baru ini,

tiada apa yang lebih bererti bila mana Allah masih memilih diri ini untuk sujud padaNYA, itulah nikmat yang terindah.

Aku insan yang memiliki banyak dosa jua khilaf, aku bukan seputih mutiara mahupun sejernih air, malah jauh dari memiliki kilauan yang bergermelapan.

Aku seorang Hamba yang banyak berbuat dosa dulu dan kini, tidak pernah terhitung malah sering alpa jua leka, barangkali aku ini hitam.

Namun jauh disudut hati aku jua memiliki sebuah kerinduan, rindu untuk dekat dengan MU yang menciptakan aku, rindu untuk bersama orang orang yang merindui kekasihMU, tapi aku tahu siapalah aku ini yang sentiasa larut dlam dosa.

Wahai yang menciptakan aku, aku meminta dipintu RahmatMU, meminta kurniaan Hidayah jua Taufiq MU buat ku, Hijrahkanlah aku dari yang tidak KAU suka pada yang KAU sukai, jauhkan aku dari sesiapa jua yang menjauhkan aku dari MU, lepaskan aku dari setiap perbuatan yang tiada REDHA MU, betapa aku terlalu lemah tanpa pertolongan dan pelukan MU.

Ya Allah, yang berlalu dalam hidupku walau pun penuh dengan dosa, namun usah aku dijauhkan dari pandanganMU, izin kan lah aku MendekatiMU mendampingi kekasihMU.

Hijrahkan aku ini yang kerdil, tanpa IzinMU tak akan aku boleh meghijrahkan diriku.

Kebelakangan ini hati aku kerap sunyi, kerap merasa sepi aku resah dan gelisah mencari MU,

derai airmata sering hadir merobek tangkai hati, rindunya aku padaMU.

adakah KAU sudi memandang aku, adakah ini tanda KAU jua rindukan aku, atau kerana bebanan dosa dosa ku cuma?

Hijrahkan aku dari mencintai dunia kepada cinta mutlak kepada MU, letakkan pada setiap nafas, nadi denyut jua hembusan ini untukMU, jadikanlah aku mendahului MU dalam apa jua perkara jua urusan, janganlah KAU biarkan aku merasa takut kepada makhluk, kecuali ketakutan kepadaMU, dan janganlah KAU biarkan aku berharap selain dariMU.

Sambutlah kerinduan ku, penuhilah kesepianku, hiasilah kegelisahan ku dengan jawapan dariMU, aku menunggu setiap waktu Wahai Pemilik KU.....

Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-53274201153978794182018-07-30T16:46:00.001+08:002018-07-30T16:46:32.103+08:00UHIBUKKA YA RASULULLAH ZR

Asalamualaikaayuha nabiyu warohmatullahiwabarokatuh..

Assalamualaika Ya Rasulullah,

Assalamualaika Ya Habiballah

Assalamualaika Ya Rahmatan Lilalamin

Wahai Kekasihku Ya Rasulullah.

Wahai Yang aku cintai Ya Rasulullah,

Pandanglah aku ini, lihatlah aku ini seorang dari umatmu, yang mula merasa rindu kepadamu,

aku tidak memiliki apa apa wahai Rasulullah untuk aku tebus dan buktikan rasa rinduku, yang ada padaku adalah kefaqiran, kehinaan, penuh dosa dan noda.

Wahai Kekasihku,

Dulu aku terlalu jauh dari menyebut namamu, malah langsung tidak aku memikirkan mu,

kini hati aku diusik, ibarat aku sedang dilamun cinta, bagaimana untuk aku khabarkan rasanya,

terkadang terlalu perit terlalu sayu, sebuah kerinduan yang tidak mampu aku luahkan.

Ya Rasulullah,

Bagaimana aku mungkin melupakan mu, kerana dari cahaya mu alam ini dicpitakan,

cahayamu sebahagian dari diri ini, denyut nadi jua tiap darah yang mengalir memiliki cahayamu, bertapa angkuhnya aku dahulu..

Ya Rasulullah,

Aku membaca coretan coretan dari pencintamu,

tidak ada doa yang itdak termakbul atas namamu,

berapa banyak hajat yang tertunai kerana barkahmu,

berapa orang yang disembuhkan kerana mu,

wahai kekasihku,

maka aku tidak percaya jika kau tidak mendengar kerinduan ku, kerana setiap salam untuk mu pasti tersambut, aku tahu setiap aduanku, setiap cerita yang aku sampaikan, sampai padamu.

Wahai kekasihku,

aku tidak layak meminta untuk memandang wajahmu, kerana aku ini terlalu hina,

namun izinkanlah aku mencium haruman wangian mu didunia ini sebelum diakhirat.

wahai kekasihku,

Jangan tinggalkan aku walau sejauh mana aku pernah tinggalkan mu, jangan biar aku melupakan mu sekali lagi, ajarkanlah aku untuk terus merinduimu, letakkan aku sedekatnya denganmu didunia ini sebelum diakhirat.

Ya Rasulullah,

Andainya airmata ku boleh menjadi saksi saat aku merindukan mu, maka jemputlah aku untuk memberi salam pada mu dibumi madinah, namun aku tidak memiliki apa apa untuk aku sampai kesana.

Ya Rasulullah,

Pasti wajahmu cahayanya melangkaui bulan purnama, matamu pasti bagaikan pancaran bulan saat menyuluh di kolam.

Ya Rasulullah,

angkatlah segala kesulitanku, angkatlah segala kesepianku, angkatlah segala laraku, aku ingin bersama mereka mereka yang mencintamu, merinduimu....

Allahumasoliala Saidina Muhammad

Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-90224610818550886972018-06-04T11:16:00.003+08:002018-06-04T11:16:55.972+08:00RINDU LAILATUL QADARZR

As Salam,,,Salam Lailatul Qadar. Ramadhan makin pergi, dlm belum sempat merasa manisnya. Diri yang alpa dan leka terbalut dengan dunia, dari manusia jua keadaan mahu pun kenikmatan.

Sebuah malam yang sangat dirindui, berbalaskah rindu ini, wahai Allah yang menciptakan malam da siangku, meletakkan taqdirku, memberi jalanku. Andai sudi KAU tuliskan namaku bersama kalangan yang terpilih bertemu malam istimewa MU Lailatul Qadar.

Melihat bulan dilangit pada hening malam, indah namun dibalik indah bulan yang menyinar di bulan Ramadhan pasti makin bersedih, perpisahan makin hampir, entahkan bertemu lagi di tahun yang lain.

Ya Allah bangunkan lah jiwaku dan orang yang aku kasih, agar dimalam hari kami bangkit kerana KAU menyeru nama kami untuk mendengar rintihan, doa jua keampunan yang kami inginkan. Sebanyak mana pun dosaku, kehinaanku, kealpaan aku, kelemahan jua keabaiban diriku, tetap dihatiku memiliki setitis rindu pada Lailatul Qadar, walau tidak sejernih dan sebersih seputih hati insan lain.

Rindunya pada satu pertemuan, barangkali mustahil namun tiada yang tidak akan berlaku tanpa izinMU.

Semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir......Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-50114288584417817022018-03-06T12:14:00.000+08:002018-03-06T12:14:18.681+08:00Bilamana ZR

As Salam,

Bismilahirohmanirohim,

Bilamana kita menyangka kita ini baik, lihatlah pada saat orang melukakan hati kita, adakah kita akan memaafkan dan melupakan.

Bilamana kita menyangka kita ini ikhlas, lihatlah saat mana ada orang yang berkata buruk terhadap kita, dan kita masih boleh tersenyum kepadanya.

Bilamana kita merasa kita ini jujur, lihatlah saat sesuatu aib itu disampaikan pada telinga kita, kita boleh menahan bibir dari membuka aib atau jemari dari menyebarkan aib.

Bilamana kita rasakan kita ini dipihak yang benar, lihatlah adakah kita ini benar, atau kerana kegegilan jua keeogaan hingga menolak setiap teguran kerana merasakan kita ini lebih dari benar.

Bilamana kita rasakan kita ini sedang diuji, lihat samada kita redha atau tidak, bila kita redha kita akan mencari allah dan berserah, namun adakah kita akan merungut dan menangis dengan kata-kata kenapa aku diuji begini.

Kita adalah tidak sempurna, kita cuma melihat untuk diri kita, namun allah letakkan mata hati insan lain agar melihat kekurangan dan kedaifan kita. Usah cepat amarah saat ditegur, usah cepat melenting saat dinasihati, barangkali itu yang baik baik sebuah peringatan dari Allah, tanda kasihNYA.

Bersahabatlah dengan orang boleh melihat khifatmu, dan boleh mengingatkanmu, berbanding orang yang menyembunyikan khilafmu dan dalam diam berbicara atas khilaf itu, sahabat adalah ibarat cermin.....

Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-28091190803905259122018-02-09T12:26:00.001+08:002018-02-09T12:26:47.216+08:00SabarZR

As salam,

Saat kita diuji baru kita faham, perkataan sabar itu umpama pisau yang menikam kalbu.

pasti akan terbit rasa, yang tidak melalui tidak akan memahami,pasti kita akan rasa marah.

Sabar itu indah namun tidak semua mampu bertahan untuk menikmati keindahan itu, jika cuma berkata benar akan mudah untuk dinikmati.

Kerana itulah Sebagaimana Rasulullah S.A.W berkata, bila mana seseorang ditimpa musibah jangan disuruh ia sabar, tetapi doakan ia, kerana perkataan sabar itu ibarat pedang.

ujian dalam hidup itulah kehidupan, yang tidak diuji pasti tidak kenal apa itu kehidupan, bertabahlah pada yang allah pilih untuk sentiasa diuji. Bukan bahu untuk menangis tapi sujudlah kerana Allah ada walau saat manusia meninggalkan mu.

Allah itu Maha Lemah Lembut, saat berombak jiwanya kerana resah panggillah Allah, saat sebak kerana hilang arah serulah Allah, saat terduduk dalam keliru panggilah allah. walau bagai dihiris ditikam hati perasaan genggam Allah seeratnya, manusia itu diciptakan lemah. Kita tidak kuat tapi Allah itu memiliki segala kekuatan, yakin lah yakinlah percayalah genggam janji Allah, setiap kesulitan ada kemudahan. faina maal yusri yusran.....

Allah tidak akan biarkan hambanya menangis.................Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-47303581203000390622018-01-29T13:43:00.002+08:002018-01-29T13:43:48.179+08:00Saat Allah MerinduiZR

As Salam,

Dalam kehidupan ini, kita selalu tersenyum dan bergembira, saat siang bertukar malam jua tanpa kita sedar kerana hidup kita dikelilingi dengan hilai tawa dan keseronokan.

Namun kadang kita akan merasa kekosongan dan kesunyian dalam diri, puas kita mencari apakah penyebab perasaan kita begitu. Kadang kita cuba memujuk hati dengan memenuhi masa dengan apa yang boleh menggembirakan kita, Tapi tetap hati terasa sunyi dan kosong.

Saat begitu adalah saat Allah mula memanggil kita dengan sebuah kerinduan, Allah rindu untuk mendengar rintihan demi rintihan jua cerita demi cerita dari kita.

Kita masih lagi tidak tersedar akan panggilan itu kerana kerasnya sekeping hati, kerana kita insan yang faqir yang terbalut dengan dosa, dan berbuat zalim terhadap diri kita sendiri.

Hati kita ibarat cemin yang mana, saat allah memantulkan cahayaNYA akan bersinar pantulan itu memercikkan keindahan demi keindahan. Hati kita ini milik Allah, kita sendiri tidak tahu bagaiamana hati kita, ikhlas atau tidak semua hanya dalam pengetehahuan Allah, bohonglah andai kita berkata hanya kita yang tahu hati kita. Kerana hati itu umpama taman taman yang indah, yang perlu disiram dan baja dengan kasih sayang terhadapNYA.

Bila kita dalam kesedihan itulah saat Allah menantikan kita, untuk mengadu bersimpuh dan meminta apa jua, walau mustahil pada pandangan manusia, salah pada kata manusia namun disisi Allah tiada yang mustahil.

usah bersungut saat diuji, barangkali itulah satu ujian kerana terlalu lama kita jauh dari Allah, untuk Allah menarik kita adalah melalui ujian. Terlalu lama kita mendongak langit sesekali harus memandang rumput..............

Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-22755364119062673182018-01-26T12:04:00.000+08:002018-01-26T12:04:13.117+08:00Meminta DOAZR

As salam, Bismilahirohmanirohim..

Allahumasoiliala Saidina Muhammad.

Di hari Jumaat yang Barakah ini, saya meminta ehsan dari yang membaca penulisan saya ini, saya memiliki satu hajat doa untuk membawa sahabat saya mengunjungi maqam Rasulullah S.A.W.

Saya berharap kalian yang singgah di teratak ini agar doakan hajat saya termakbul terlaksana, inilah keinginan saya yang ingin saya tunaikan selagi ada nafas yang allah pinjamkan..

Saya pecaya doa seorang muslim kepada muslim lain adalah sangat mustajab, walau kita tidak saling mengenali dialam maya ini, namun kita adalah tetap bersaudara. Persaudaraan itu bukan cuma atas darah mahupun ikatan. Malah persaudaraan itu lebih dari itu...

Semoga allah jua memakbulkan tiap hajat dan keinginan yang kalian inginkan, allah tunaikan tiap hajat yang telah lama terpendam, yang lama kalian idamkan..

"SUDAH LAMA HATI MERINDU,

PADA KEKASIH YANG SATU,

BILAKAH MASA DAPAT BERTEMU,

DENGAN KEKASIH AGUNGMU.

JAUH BENAR KU TERPISAH,

DENGAN NABI DI MADINAH,

JANGAN PULA KU DIPISAH SAAT DIPILIH KE JANNAH,

BANTULAH CINTAKU YA ALLAH.

NAMAMU KAN TERUS TERPAHAT,

DIHATIKU WAHAI MUHAMMAD,

MOGA LISANKU TERUS SELAWAT,

HINGGA SAAT DIJEMPUT MALAIKAT.

AKAN TETAPI TERIMALAH,

JASADKU YANG SEMAKIN LEMAH,

IZIN PADANY DAPAT ZIARAH,

KUBURKAN IA DIMADINAH.

AGAR ROH BEROLEH SYAFAAT,

DARI PENGHULU BUMI MADINAH,

HADIRLAH YA RASULLAH,

SAAT KU DI ALAM BARZAH..

JEMPUTLAH AKU YA RASULLAH,

JEMPUTLAH AKU KEKASIH ALLAH.Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-5630715685041518302018-01-17T11:27:00.001+08:002018-03-06T12:15:06.767+08:00PERJALANANKUZR

As Salam, Bismilahirohmanirohim...

Alhamdulillah masih lagi ada nafas pada jasad ini, ada lagi mentari untuk dilihat atas pinjaman Allah.

Sedikit perjalananku untuk perkongsian, perjalanan yang aku sendiri tidak terfikir akan melalui dan berjalan dengan cara ini, Namun Allah jualah penentu segala dan berhak atas segala.

Aku seorang insan yang jauh dari mengenal allah dan rasullullah S..A.W, malah untuk aku menunaikan yang fardhu juga terkadang aku bermalas dan mengambil mudah, apatah lagi untuk memuji kekasih Allah.

Hingga suatu saat seseorang memberi aku sekeping kertas dan ia cuma nyatakan bacalah, aku menyambut kertas tersebut dari tangan seorang insan yang selayaknya aku gelar sahabat.

Aku membuka lipatan dan melihat setiap tulisan yang aku memang tidak tahu untuk membaca apatah lagi untuk menyebutnya.Yang aku tahu disaat ia memberi ia menyatakan ini adalah selawat sultan, bacalah selalu, saat itu aku cuma tersenyum walhal dalam hatiku berkata, aku tidak mengenal apatah lagi untuk membaca setiap huruf yang tercatit, Aku simpan selawat itu yang aku terima dari tahun 2012. Selama dua tahun aku cuma melihat tanpa membaca, setiap hari aku pegang dan setiap hari dia akan menyuruh aku membacanya pada setiap pagi. Hatiku melihat dan dari situ timbul rasa malu, malunya aku apabila sering diingatkan untuk membaca selawat itu, walhal aku buta tanpa mengenal satu huruf pun qalam qalam Allah saat itu, air mataku jatuh. Bermula dari selawat itu aku mula merangkak membaca satu demi satu untuk aku kenal, dan detik itulah boleh dikatakan Allah mengetuk hati aku untuk aku kembali pada fitrahku, kembali mencari iman.

Perkenalan dengan sahabatku disulami dengan dia membawa aku mengenal qasidah qasidah serta selawat dan burdah, setiap hari tanpa jemu setiap hari tidak pernah dia lupakan akan dibacakan untuk aku dengari, lantunan lantunan pujian untuk kekasih allah.

Aku mula jatuh cinta walau cuma dengan bacaan qasidah, burdah yang tidak pernah telinga aku dengari sejak aku dilahirkan hingga saat allah temukan aku dengan sahabat tersebut. Dia mengenalkan aku pada majlis Maulidur Rasul yang sungguh indah dengan lantunan mahalul qiam jua, bertemu dengan ulama jua kalangan orang soleh. Asbabnya sahabat tersebut aku allah letakkan dijalan ini, Jalan yang tidak akan orang fahami, hanya aku yang mengalami meraskakan kenikmatan keindahan jalan ini. Persahabatan ini terus berjalan telah ke 11 tahun dan dia masih setia membacakan qasidah kepadaku setiap hari.. Allah, nikmat apa lagi yang ingin didustakan.

Aku sang buta yang diberi setitis cahaya permulaan jalan ini dengan selawat cahaya kekasih Allah Rasullullah S.A.W, tiada yang seindah jalan ini, yang membuahkan sebuah kerinduan membuah kan rasa.

Fitrahnya aku asbab seorang sahabat dan kerana Rasulullah S.A.W. Persahabatan yang tidak akan mampu diterangkan , malah untuk membuat orang faham, kerana tiada kata dapat menceritakan ajaibnya jalan ini. Allahumasoliala Saidina Muhammad..

"KENAPA KEDUA MATAMU TETAP MENCUCURKAN AIRMATA, WALAU TELAH ENGKAU KATAKAN: TAHAN, JANGAN MENANGIS, DAN MENGAPA HATIMU TETAP GELISAH PADAHAL TELAH KAU KATAKAN PADANYA , TENANGLAH JANGAN GELISAH.

APAKAH ORANG YANG DIMABUK CINTA MENYANGKA, BAHAWA CINTAKAN DAPAT DISEMBUNYIKAN DISEBALIK CUCURAN AIRMATA DAN KEGELISAHAN JIWA.

BAGAIMANA HENDAK DISEMBUNYIKAN LAGI SUATU CINTA YANG TELAH DIBUKTIKAN OLEH SAKSI ADIL, BERUPA CUCURAN AIRMATA DAN BADAN YANG MENDERITA MENANGGUNG RINDU.

RINDUMU SUDAH TIDAK DAPAT DISEMBUNYIKAN LAGI, BILA TELAH TERUKIR DIPIPIMU KESAN MERAH CUCURAN AIR MATA LAKSANA RANTING ANAM .

YAH DIKEHENINGAN MALAM KHAYALANKU JAUH MELAYANG KEPADA KEKASIH, SEHINGGA NAK TIDUR PUN SUSAH, BEGITULAH SEBENARNYA CINTA APABILA IA TELAH BERTAPAK DIDALAM HATI IA AKAN MENUKARKAN SEGALA KELAZATAN MENJADI DERITA.

WAHAI YANG MENCELAKU, TENTANG CINTAKU, SEPATUTNYA ORANG YANG DIMABUK CINTA INI DIMAAFKAN SAHAJA ATAS KETERLANJURANNYA. ANDAI ENGAKU SEDAR TENTANG DERITA ORANG YANG BERCINTA SUDAH PASTI ENGKAU TIDAK AKAN MENCELANYA.

( nota: secebis rangkap qasidah burdah) Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-26172598067096403692018-01-16T12:07:00.001+08:002018-01-16T12:07:06.112+08:00Hilang Dalam TerangZR

As salam....Bismilahirohmanirohim,

Hidup ini tidak mudah bila saat kita mula cuba untuk mengenal Allah, hidup ini tidak akan senang saat hati kita rasa kekosongan dan kesunyian, kerana apa kita sunyi dan kosong? kerana saat itulah Allah mula memanggil kita dengan panggilan rinduNYA terhadap seorang hamba yang telah lama jauh dariNYA.

Saat sunyi air mata kita akan jatuh dengan mudah, segala yang diperbuat akan cuma menambahkan kegusaran dan ketidak tenteraman jiwa, kerana apa? kerana kita tidak mencari, mencari Allah yang setia menantikan hambaNYA untuk bercerita tentang kesunyian kekosongan hati.

Benarlah saat kita hanyut dalam arus dunia, kita akan disukai oleh ramai orang malah setiap kegembiraan dunia yang kita lalui akan diambut dengan gelak tawa dan hilai.

Bila saat kita mula meninggalkan keseronokan dunia sedikit demi sikit akan hilang teman dari gengaman, saat itulah Allah akan temukan kita dengan Sahabat, sahabat yang akan membawa kita pada jalan yang jauh dari dunia, malah akan lebih membawa kita untuk mula kenal akhirat, dijalan ini kadang kita akan dibenci malah ditolak jauh dari kalangan teman teman, kerana apa, kerana Allah akan memberi petunjuk kepada orang yang Allah kehendaki dan tanda kasihNYA allah, hadirkan sahabat yang padanya ada sesuatu yang akan bawa kita mengenal cinta Ilahi dan kekasihNYA rasulullah S.A.W.

Saat kita mula gemar sujud akan terlihat salah, namun teruslah sujud, kerana Allah ada walau tidak ada bahu untuk menampung air mata saat dalam kesulitan di jalan ini, biarlah airmata menjadi tanda antara kita makhluk dan Allah yang menciptakan kita. Jangan kita cuma menangis kerana manusia , menangis jua kerana Allah.

Moga allah pertemukan kita dengan sahabat yang padanya saat memandangnya membuatkan kita mengingati allah dan saat berbicara dengannya membuatkan kita makin merindui Rasulullah S.A.W, dan moga kita insan yang terpilih jua yang bergelar sahabat.

Persahabatan kerana allah dari allah untuk allah dan akan kembali pada allah, moga akan bersua allah ditempatkan allah di Jannatul Firdaus dan dipayungi Jannatul Aftar....

Kata Imam Al Ghazali mendapat seorang sahabat yang padanya ada akhirat adalah sukar namun untuk kehilangannya adalah mudah...

~ CUKUP BAGIKU UNTUK PENGETAHUAN TUHANKU, DARI DOA DAN USAHAKU.

YA TUHANKU PEMILIK KU,

DIKAU TAHU SURATANKU,

YANG TERSIRAT DIJIWAKUKU, KEPAYAHAN DAN KEPEDIHANKU,

BANTU AKU SEHALUSNYA,

MAHA DEKAT, MENDENGARI,

KU AKUI KELEMAHANKU,ITULAH KESEDIHANKU.

QOD KAFANI ILMU RABBIAnna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-45753279045150818202017-05-09T13:49:00.001+08:002017-05-09T13:49:32.211+08:00ANAK YANG SOLEHZR

As Salam,

Seorang anak yang soleh adalah anak yang selalu mendoakan buat kedua ibu bapa mereka, tidak kiralah anak itu lelaki atau perempuan. Selama mana bergelar anak walau telah menjadi isteri atau suami tidak terputus ikatan itu, kerana itulah dikatakan bila meninggal seseoarang anak adam, maka salah satu yang boleh menolongnya adalah anak yang soleh.

Sesuatu yang selalu kita dengari bila mana seorang wanita yang telah berkahwin, keutamaannya untuk suaminya, iya benar. Namun harus diingat lakukan jua amal dan apa jual berniat untuk kedua ibu dan bapa, kerana itu diajar supaya kita selalu berdoa moga allah mengampunkan dosa kedua ibu dan bapa yang melahirkan, yang menjaga dari kecil hingga dewasa.

Jangan jadikan tirai sebuah perkahwinan untuk berbakti dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu dan bapa, sebelum kita dimiliki oleh pasangan kita, kita allah letakkan dalam jagaan seorang ayah dan ibu, asbab mereka allah hadirkan kita. Tanpa anak anak yang soleh bagaimana mereka ingin memiliki cahaya saat mereka berada di alam barzakh, kasihanilah kedua ibu dan bapa.

Kita ini didunia tidak dimiliki mahupun memiliki apa -apa jua sesiapa, kita adalah milik Allah dan memiliki Allah, selama mana allah berikan nikmat untuk bernafas, tanamalah tanaman yang ranum agar menjadi pohon yang rendang untuk ibu dan bapa kita di Jannah nanti.

Semoga Allah meletakkan kita di kalangan anak anak yang soleh dan solehah di dunia mahupun akhirat.....aamiin aamiin aamiin Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-19344988888285247842017-03-15T12:37:00.002+08:002017-03-15T12:37:44.353+08:00Bersua KembaliZR As salam dengan Rahmat Allah jua kasih sayangNYA, memasuki kembali rumah yang usang ini, setelah sekian lama ditinggalkan.

Bukan melupakan namun keadaan dan masa yang memisahkan, namun sebagaimana suratan taqdir hidup. Sejauh mana berlari, sekuat mana cuba bersembunyi, jika telah tertakluk akan bertemu , bersua . Maka Jodoh itu tetap akan tiba, walau lambat jua pernah menjauh.

Itulah suatu ketetapan yang Allah berikan, untuk kita makhuk memahami yang hidup ini adalah suatu perjalanan, permulaan benar dalam perjalanan kita . Namun hujungnya dan mendatang adalah dalam genggaman Allah jua.

Semoga Allah meletakkan taqdir jua suratan kita memberi manfaat pada sesiapa jua.

Pintalah setiap sesuatu dari Allah, walau mustahil pada pandangan manusia, kerana yang menciptakan adalah adalah Allah, pemilik yang memiliki setiap sesuatu.

Terima kasih pada yang masih sudi bertaut di teratak ini, semoga kalian sentiasa dalam jagaan Allah..Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-34595708777983499792016-03-31T17:54:00.000+08:002016-03-31T17:54:01.000+08:00lihat dari hati bukan pakaianKita mudah menilai, meletak pandangan atas sesuatu dengan cuma memandang dari luaran, mata kita cepat meneka, petah mberi andaian, yang tersarung itu benar pada mata, namun jarang kita mencari dibalik yg ada , yakni hati. Kebaikan atau keburukan janvan dijatuhkan pada apa yg terlekat dibadan, kerana kita jua bagai mereka cuma manusia, tidak akan kita mampu, melingkari menyusuri sekeping hati. Pandanglah bukan yg terzahir cuma kerana mata nudah tertipuAnna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-20824901219247675602016-03-25T17:47:00.001+08:002016-03-25T17:47:22.440+08:00MelangkahlahZR Terkadang dalam kehidupan, yang terlihat indah itu cuma hiasan, senyuman terkadang penuh lakonan, hati menjaga sendiri, kedukaan demi kedukaan tersimpan,tidak akan sama yang melalui dgn yang cuma petah berkata- kata, jika mampu bertahan, tehugkan segala, jika seakan berpira pura maka melangkahlah, benar buruk dimata manusia namun belum tentu burul disisi Allah, kita tidak memiliki apatah lagi dimiliki, kita miliki Allah dan Allah jua yg memiliki kita, carilah redha Allah bukan cuma redha@manusia ..Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-88861915311584086042016-03-23T17:57:00.000+08:002016-03-23T17:57:05.956+08:00Sanah Helwah Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah,jua dgn RahmatNYA..bersua kembali, Sanah Helwah buat ibunda tercinta ...dari asbab rahim ibu Allah letakkan, lahirnya aku , dari peluh yang mengalir, dari taruhan nyawa yang berbaki, dari kudrat yg tertinggal..kami anak yg tidak miliki harta jua kekayaan akhirat, semoga kami boleh membuatkan bonda terus tersenyum, terkadang hati bonda kami lukai, dalam tangis ada luka, bonda maafkan kami, semoga kami anakmu blh memberikan taman taman syurga yg indah buat bonda nanti..Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-36984723633332262212015-11-05T17:54:00.001+08:002015-11-05T17:54:40.535+08:00Carilah Diri Yang HilangZRSejauh mana kita berjalan, kita tetap adalah sama bergelar manusia yakni makhluk yang diciptakan oleh Allah, usah kita melihat ada lebih dan ada kurangnya kita mahupun insan lain, kesempurnaan itu milik Allah jya, perlahan saya berjalan dibalik relung kosong, tersungkur dan.jatuh kadang tanpa sebarang pengharapan, diri ini pernah jauh terlalu jauh dari mengenal diri mahupun yang menciptakan diri ini, uleka benar terleka tanpa cuba untuk melihat akan dibalik nikmat yang diberi, Allah itu melihat , Allah itu sentiasa ada , walau kita ini bukan sesiapa namun kasih sayang Allah tetap ada, carilah disetiap hela nafasmu cinta Allah, usah berpaling kerana manusia, kerana manusia akan meninggalkan mu yang tinggal cuma Allah jua, ....carilah carilah ...dirimu sebelum.hilang ..........Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-85617069100022990942015-10-23T18:04:00.001+08:002015-10-23T18:04:28.404+08:00Bersua kembaliZR Assalamualaikum dengan kasih sayang Allah dan selawat ke atas Rasullah.S.A.W , dihari sepuluh muharam bersua kembali, setelah sekian lama, pondok buruk ini sunyi , oinsyaAllah moga akan selalu dipenuhi cahaya ...yang membawa kebaikan dunia dan akhirat...Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-65633196069928925292014-12-18T15:08:00.000+08:002014-12-18T15:08:25.207+08:00PANDANGLAH DARI HATIAkhirnya terbuka pintu hati ini untuk memaksa jemari ini menaip butiran- butiran di teratak usang ini, benar agak lama menyepi, bukan tiada hati tapi kadang sukar untuk meluah dengan kata- kata. Manusia suka melihat dan memberi tafsiran, tanpa sebarang persoalan terusan kata - kata himpunan cerita dibuka, mengeluh kadang, tapi tiada guna, saat yg terlihat pada kita cuma kekhilafan dan kekurangan,yg dibalik senyuman itu tiada terlihat. Payah bila mata itu menjadi mulut, ruang penafsiran itu cuma yg ada pada zahir hakikat ? mata itu buta..kenapa kita gemar membuka cerita dengan cuma melihat? apakah kita ini bergantung pada mata tiada akal?, akal itu ada tersimpan. Kebenaran yg hakiki kita mudah terlihat yg buruk..cepat benar meneka, walhal saat orang ditimpa musibah tidak pula kita sedari, kita tahu namun kita diam membisu, dan kita tidak mengambil tahu, kita cuma memandang untuk mencari titik satu yg kurang dimata kita, tapi kita lupa, yg terlihat itu bukan yg benar, bukan yg pasti, ibarat sebuah cerita dongeng dan kita mula menulis skrip. Kita senyum dengan bangga, dengan megah saat kisah dijual, kita leka seronok dengan perencah ajinomoto selepas itu, sayangada hati yg menangis kerana kita, ada hati yang terluka kerana kita, tanpa pembelaan hati yg disakiti berdiam diri, kita hanya memandang, mereka yg melalui tidak akan sama, jadi saat melihat biarlah mata terbuka, melihat dari hati berpundi diakal, berpandu...Biarlah apa jua yg dilihat usahmelempar tafsiran sepantas kilat, kita ini selagi ada nafas yg buruk tidak mustahil milik kita kembali, apa jua yg tidak memyenangkan..lemparkan ketepi, biarlah ........carilah disaat mereka dalam kesusahan, saat mereka perlu tangan untuk memberi kekuatan, tapi tutupilah mata dari rasa.....kita ini manusia, mereka jua manusia , jika kita tidak rela diperkata tanpa belas, begitu jua mereka,Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-40104335321354118152014-08-13T16:17:00.000+08:002014-08-13T16:17:01.385+08:00TerkadangZRSaat merenung bulan, hati pasti sepi. Sebuah kehidupan itu sentiasa berputar, kadang bersumbu kadang gelap yang ada. jika mencari yang indah cuma, maka layakkah diri, kerana banyak yang kurang apatah lagi yg khilaf, termenung dalam sebuah kehidupan, mencari sebutir bintang walau malap tetap berharap, kekosongan itu bukan sendiri tapi terbiar dan terbias oleh bayangan yang kerap kunjung tiba. Jauh berharap dibalik yg tertimbul baik atau terbaik, mengeluh tiada akan bertemu jalan. Ada cuma pengharapan untuk sebuah kepasrahan. Ada sayu namun ada jua rindu namun andai bukan jalan itu, berserah pada Pencipta yang membuatkan jalan cerita, keliru itu adalah permainan, tetap menadah yang mengetahuai apa sebaliknya cuma DIA, jika mendekatkan, menyenangkan, melapangkan untuk RedhaNYA, maka cahaya itu hadirkan, tapi andai menjauhkan dari Redha, dari syukur dari menerima Qada Dan QadarNYA maka, terima kerana rahsia itu milik DIA. Tekadkan tabahkan untuk memahami skrip yang ada.Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-10767365123607409932014-06-30T11:31:00.003+08:002014-06-30T11:31:41.515+08:00Ramadhan..Adakah ini yang terakhir.ZR Tajuk hari ini, lain macam pula, tapi maksudnya tak lain.Ramadhan tiba lagi, agak ramai yg merindui ramadhan. Mustahil untuk tidak merindui ramadhan.Bulan yang penuh Rahmat dan kasih sayangNYA. Tapi sayang dibalik kenikmatan itu, ramai yg ternampak Aidilfitri cuma, ramadhan tiba setahun sekali begitu juga dihari raya. Kita mengejar untuk yg sebulan yakni dipenghujung ramadhan. Kita buta untuk mengejar di setiap hari ramadhan. Sedangkan itu setiap hari kemeriahan nikmatnya. Hari raya nikmatnya kadang sehari cuma meriahnya. Aku juga begitu alpa untuk mencukupkan apa yg kurang dihari raya. Alpa untuk cukupkan,selalu mendengar kata ilmuan.Beribadatlah dibulan Ramadhan bagaikan ini ramadhan terakhir. Tapi hati aku tidak sebegitu baik untuk menyahut kata ilmuan.Mungkin hatiku belum benar terisidengan rasa cinta yang benar benar utuh pada Allah . Alangkah indahnya jika kita mampu menjadikan kata itu sebagai dinding kita. Merasakan kesayuan andai ini Ramadhan terakhir kita, apakah kita tidak akan berhenti bersujud, atau tiap malam air mata akan hadir memohon Allah temukan.kita dengan ramadhan? sungguh kita ini selalu lemas, lemas oleh kenikmatan yg belum pasti milik kita.Andainya ini ramadhan terakhir kita,........Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-31212307575112245642014-06-05T11:03:00.000+08:002014-06-05T11:03:00.222+08:00Hati yang ResahZR Bukan mudah untuk kita damaikan hati yang resah, tidak mudah untuk kita membiarkan hati yang resah itu begitu sahaja, payah untuk kita tenangkan. Benar kita jangan melayan hati yang resah kerana hati itu bukan benar jua sifatnya. Apakah yang harus kita lakukan? susah bukan..Tarik nafas pejamkan mata dan senyum. Tenangkan hati dengan senyuman. Walau resah masih ada, tetap senyum, ingatkan hati, kita ini bertuah Allah berikan hati yang resah moga kita meminta dari dia. Saat kita resah saat Allah ingin kita mengingati DIA. Allah berikan resah kerana kita Alpa dengan keresahan pada sikap manusia sesama kita, hingga kita melupakan akan dihati kita perlu ada resah pada Allah, resah kerana kita ini tidak menyusukuri nikmat Allah. Ucaplah zikir zikir cinta saat resah..lapangkan hirup udara segar ini. Yakinkan yg resah ini dari Allah peringatan dari DIA.Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-25945907040323080472014-06-04T22:26:00.001+08:002014-06-04T22:26:46.349+08:00Cukup...cukup sudah...ZR Tajuk bagai bait lagu..itulah yg aku rasa kini. Cukup cukup sudah, banyak yg membuatkan aku berkata begitu, dalam hidup ini, banyak yg berlaku tipulah jika kita ini kuat, tak jua. Nampak saja tenang tapi hakikat cuma ada airmata. Itulah wanita mudah menangis, tapi kenapa wanita menangis? kerana manja atau apa?airmatakan teman wanita Allah ciptakan untuk mengubat luka diberikan airmata,agar luka wanita terubat. Aku ? cuba berdiri dibalik kesamaran perasaan yg berbekas dengan sakit yg berkali kali. Wanita apa jua yg diperbuat tetap akan dipersalahkan. Seindah rama rama tidak akan dipandang, cuma yg khilaf itu terlihat..bagaikan tiap yg dilalui itu tiada nilai. Itulah barangkali nilai wanita.cuba untuk bercerita akan disangka membuka aib. cuba untuk meminta tapi akan dikatakan meraih simpati. Sukar bergelar wanita. Mengeluh itu biasa, termenung itu bagai kawan. Tak mudah kerana yg tersimpan itu akan dinyatakan palsu. Cukup cukup sudah, bukan sekali tapi berkali kali, dalam diam itu lebih bisa dari berkata kata. Usah dicakap wanita ini remeh,suka memeningkan kepala walau perkara itu sekecil cuma. Tapi usah takut pintalah dari Allah . hajatlah seikhlasnya, mungkin bukan hari ini, mungkin esok tapi mungkin akan termakbul dengan penuh kebaikan..insyAllahAnna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-81693897935097396692014-06-02T14:30:00.001+08:002014-06-02T14:30:46.561+08:00Cerita tentang JodohZR Bila bercerita tentang jodoh, pasti kita sedar jodoh itu termasuk dalam salah satu rahsia Allah,kita cuma mampu merancang, berdoa dan berharap tapi kita harus berbalik pada PenciptaNYA yakni Allah. Jodoh itu bukan bererti saat kita diijab qabulkan itulah jodoh kita hingga ke akhir nafas kita. Maaf mungkin ada yg tidak bersetuju dgn kata- kata saya. Kita tidak tahu apa yg menanti kita, setiap kita sentiasa mengharapkan pengharapan yg baik- baik. Namun Allah penentu segala, jika apa sahaja tanpa kita pinta hadir menerjah, ditinggalkan kan didepan mata atau hilang dari mata, atau terputus apa yg ada, terapkan redha dalam diri dan sebagaimana Rasullullah S.A.W damaikan ummu salamah saat kematian suaminya. Menyatakan Allah akan menggantikkan dengan lebih baik. Bercerita tentang jodoh.Banyak yg berlaku didepan mata saya. Contoh seorang rakan jodohnya tertakdir dengan suami orang dan isteri pertama dilepaskan. Saya tidak berani untuk menuduh perampas atau apa jua, kerana@yg tahu kebaikan dari, itu cuma Allah, kasihan saya melihat dia diperkatakan oleh teman teman.di tempat kerja, tapi siapalah kita untuk menghukum? itu mungkin cara jodohnya, sedangkan nasib jodoh kita? tiada sesiapa dalam dunia ini meminta untuk terjadi yg tidak membahagiakan, tapi jangan kita lupa, semua ini milik Allah jadi teserah pada Allah bentuk bagaimana jodoh kita berjalan. Ada juga kisah seorang wanita yakni isteri orang,diceraikan dan berkahwin dengan suami org dan menjadi isteri kedua. Apakah kita ingin mengatakan dia gatal? saya tahu mesti saya dikecam dan mungkin ada yg akan menyatakan mungkin ini.kisah saya. Tidak cerita ini adalah apa yg saya lihat dan apa yg saya pelajari, jika kita letakkan Allah dihati kita mengatasi kasihpada manusia,nescaya kehilangan manusia tidak akan menyakitkan kuta, kerana kita tahu Allah yang menciptakan manusia, setiap sesuatu perjalanan jodoh kita tersimpan di luth mahfuz . Berbaliklah.pada hakiki, lihat dengan mata hati bukan lihat yg buruk itu cuma, setiap jodoh itu walau kita yg dilafazkan, namun bukan pasti.milik kita hingga akhirnya. Usaha kita adalah berdoa dan meminta selainnya terserah pada DIA. Setiap ujian itu Allah simpankan ganjaran yg besar.Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2995063249385409264.post-56575136310191314632014-05-30T09:28:00.001+08:002014-05-30T09:28:25.268+08:00Mencari yang HilangZR Saat kita sendirian, apa yg kadang terlintas atau terfikir dibenak hati kita? Tentu banyak yang kita fikirkan, duit, keluarga, hal hal dunia yg tidak pernah surut. Itulah yg kita tenungkan walhal banyak yg hakikat lebih dari nyata untuk kita cari. Saya bukan insan yg baik, malah jauh dari baik, namun saat sendiri saya rasakan sayu, rasa amat kosong, tiada penghujung perasaan itu, Kadang air mata laju mengalir merasakan betapa jiwa ini terlalu lama terbiar tanpa cuba untuk mengenal diri. Saya tahu banyak dugaan yg kita hadapi, tapi jangan kita mudah mengalah teruskan sujud, teruskan meminta kerana DIA menguji kita kerana kita mampu untuk ujian itu. Kerap hati ini berkata sakit ujian ini adalah penebus dosa- dosa yg silam. Sungguh aku tidak mampu untuk menatap gambar gambar ditanah suci, akan jatuh air mataku, bilakah akan tiba aku kesana. Rindu dan benar berharap. Moga kekasih Allah menyambut salam cinta kita semua dan memudahkan kita kesana. Sentimentel sedikit aku kerana penangan perkongsian cerita dari beberapa teman yg pernah kesana. Bertuah mereka. Aku??? moga ada rezekiku , jika bukan untukku moga rezeki ku itu diberi pada kedua ibubapaku untuk sana. Moga dapat mereka berdoa didepan Kiblat yang satu dan didepan Makam Kekasih kita semua. Penulisanku bukan untuk memberi gambaran akan aku ini insan yg solehah. Tidak sahabat, terlalu jauh perkataan itu buat aku yg sangat kerdil ini. Aku cuma ingin mencari cahaya, ingin mengenal KEESAANNYA yg aku terlalai. Aku dalam ruang untuk berdoa moga diriku, hatiku dibalikkan bagai Fitrah agar aku kenal Cinta yang SATU. Moga cinta dihatiku buat DIA melebihi cinta pada manusia, bukan aku angkuh tapi inilah hakikat cinta manusia akan pergi dari kita. Namun cintakan DIA itulah yg kekal.Anna Zannahttp://www.blogger.com/profile/00467688217342530086noreply@blogger.com0