Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Thursday, June 30, 2011

YA RABBI

ZR

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah


Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah


Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi


* Lirik Lagu Wali Band.

Wednesday, June 29, 2011

SEPOHON POKOK

ZR

Sepohon pokok penuh dengan cerita, rimbun dengan pelbagai bentuk daun yang membawa seribu tafsiran.
Dibalik ranting tersimpan tiap maksud yang menceritakan kisah poko itu tercipta.

Begitulah ibarat manusia rambut sama hitam  tapi hati memang akan lain kerana disebalik hati ada perasaan dan didalam perasaan akan ada dengki, hasad dan hasutan

Tidak semua yang disampaikan menceritakan luahan sebenar apatah lagi seikhlas niat penyampaian, maka usah diukur pada kata-kata tapi fahami, dengari dan cari sendiri pasti jawapan ada pada diri....

BATU TERAPUNG ~ ( SEKADAR PERKONGSIAN )

ZR
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.




Dicopy dari Googles untuk renungan bersama.....

Tuesday, June 28, 2011

NAFSU, AKAL ATAU HATI

ZR

Seseorang pernah bertanya kepada aku :~
Yang mana satu pilihan Antara Nafsu, Akal dan Hati??

Fikiran ku:-
Ikut kata hati kata orang mati, ikut kata nafsu kata orang binasa.
Tapi kata hati adakala benar dan kata nafsu terkadang yang menguasai hati.

Akal itu tunjang pemikiran, tapi selalu waraskah akal bila tiada pertimbangan.

Aku sendiri tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana bagiku Nafsu, Akal dan Hati saling berkait dan saling memerlukan.

Akal dapat menasihati Hati namun, belum tentu Nafsu akan tunduk pada Akal...



Monday, June 27, 2011

HARI BAPA

ZR

Tiap tahun yang berlalu daku semakin dewasa dan daku semakin tahu akan arus dan ribut yang melanda, walau terkadang daku hampir jatuh dan daku hampir terluka namun itu bukan penamat sebuah kisah.


Hari itu tiba lagi...Hari Bapa hari yang sungguh indah buat insan yang bergelar bapa, tiada yang mampu daku luahkan hanya secebis kata dan doa buat Bapa yang tersayang. Sungguh rasa kasih dan cinta ini hadir tanpa perlu daku paksa dan bukan dalam dendam.


Bapa..mungkin daku tidak meniti ditangan mu disaat daku memulakan langkah, mungkin tika daku terjatuh dan luka dikau tidak menyambut ku. Namun itu tidak mencalarkan perasaan sayang ini padamu. Sungguh dulu daku keliru, dan terkadang rasa marah hadir mengapa diriku dibiarkan sendiri tanpa mereka yang sepatutnya bernaung sebumbung denganku.


Bapa..masa demi masa berlalu dan daku melangkah dalam rasa sunyi, rasa yang menghantui rasa yang seakan menjerut tangkai hati. Daku seakan menjadi hamba pada perasaan yang tak pasti. Ingin daku melaungkan agar dikau mengerti namun mampukah suaraku menyentuh hatimu.


Bapa..Rembulan dan bintang pantas berlari menukarkan rentak hidup yang terkadang cerah dan terkadang sepi begitulah daku yang terulit oleh rasa, hingga pernah rasa rindu pada mu hilang begitu sahaja dan angin yang hadir merentap rasa sayang padamu, Berdosakah daku kerana pernah merasai begitu, salahkah daku kerana terlalu menikmati kasih pinjaman buat ku.


Bapa...sungguh hingga detik ini walau tanpa pengakhiran cerita yang pasti, tanpa kamus yang terbentang untuk ku ketahui maksud yang ada, daku telah menanam benih hormat padamu. Dikaulah bapa ku didunia dan akhirat mungkin daku tidak merasai kasih yang sepenuhnya namun, yang bersisa itu tetap daku hargai kerana daku tahu tanpa dikau tidak akan wujudnya daku.


Bapa..mungkin dikau tidak mengerti kasihku padamu bukan dimata sahaja, tidak mampu daku melakonkan segala rasa cukup ku titipkan pada DIA yang dikau ku cintai.


Bapa...tika ada ruang dan masa masih berdetik sungguh ku harap daku mampu melaksanakan segala hutang yang belum berbayar padamu..mungkin tidak semua namun daku akan berusaha, kerana bagiku senyuman mu itu penawar segala duka, dan senyuman mu itu amat bernilai...........

BENARKAH BEGITU

ZR

N : Awak, benarkah sayangkan saya?

T :Mengapa awak bertanya begitu?

N : Kalau sayang mengapa mesti hati saya awak lukai,

T : Melukai hati awak? mungkin tidak sengaja, mengapa? saya melukai awak ke?

N : Betulkah hanya saya dihati awak?

T : Betul bagaimana harus saya buktikan, atau apa yang mesti saya lakukan.

N: Jika benar mengapa perlu terkadang saya ditinggalkan?

T : Ditinggalkan? adakah awak merasa rindu bila sendiri, adakah awak sentiasa mengingati saya?Bukan kah itu indah untuk dinikmati.

N: Mengapa bertanya begitu? jawapannya telah ada disebailk   soalan.

T: Jadi jika benar awak mengetahui mengapa perlu awak bertanyakan semua soalan itu, jika cinta tidak hanya perlu mengucapkan, cukuplah walau sekadar merasakan dan cukuplah sekadar memahami.Yang pasti tanpa rindu akan hilang rasa cinta, tanpa sakit kerana cemburu akan pudarlah cinta dan tanpa sakit kerana sesekali terluka akan kuranglah cintai..................

Friday, June 24, 2011

RENUNGAN ~ UNTUK PERMUDAH URUSAN DAN HAJAT


Ya Allah,
Janganlah kau biarkan pada diri kami ini dosa, kecuali Kau telah ampun akan dia, dan tidak ada kesusahan kecuali Kau leraikan, tidak ada sakit kecuali Kau sembuhkan dia, dan tidak ada kesesakan kecuali Kau beri kesejahteraan akan dia, dan tidak ada orang yang sesat kecuali Kau beri petunjuk akan dia, tidak ada orang yang susah kecuali Kau permudahkan dia, tidak ada orang yang fakir kecuali Kau beri kekayaan dan tidak ada orang yang memohon kecuali Kau tunaikan dia, dan tidak ada yang jauh kecuali Kau hampirkan dia, dan tidak ada musuh kecuali Kau binasakan dia, tidak ada orang berjihad kecuali Kau penuhi kehendakinya, tidak ada orang bujang kecuali Kau kahwinkan dia, tidak ada hajat daripada hajat-hajat dunia dan akhirat yang Kau redhai padanya dan ada kebaikan bagi kami, kecuali Kau tunaikan dia, dan permudahkan dia Wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk, mudahkanlah urusan kami Ya Allah, permudahkan jangan disulitkan kerana Engkau yang maha memudahkan , segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah sempurnakan dengan segala kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Allah wahai yang paling mengasihi daripada segala yang mengasihi.

Ya Allah,
Kuatkanlah Iman Kami, satukan saf-saf kami dan kumpulkan hati-hati kami diatas kecintaan kepada Mu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, kasihanilah kami Ya Rahim, mudahkanlah urusan kami dan luaskan rezeki kami dengan rahmatMu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Thursday, June 23, 2011

BILA JATUH CINTA

ZR
Al kisah ramai manusia pernah jatuh cinta dan ada yang sedang angau bercinta. Tika dilamun cinta tak pandang keliling semua cukup sempurna bak kata orang ketiak busuk pun wangi......

Bila hati sudah jatuh cinta pelbagai ungkapan sering terucap yang tak terduga dek akal dan kadang-kadang memang tak logik langsung, antara ayat yang tak boleh blah yang selalu didengari  :

1 ) Untuk you bintang pun i sanggup petik ( Hilang akal apa bukan ke jauh tu )

2 ) Kerana cinta lautan api pun sanggup renangi ( Berani cuba lah kena api sikit pun dah menjerit )

3) Kalau dikau menjadi bunga biarlah daku menjadi rama-rama ( sanggup ke hilang nikmat sebagai manusia......)

4 ) Cinta ku padamu lebih tebal dan panjang dari tembok besar china ( Kalau boleh diukur baru tahu betul ke tak )

5 ) Jika dikau menangis daku lagi sengsara, biarlah daku merasai ( Tak kena memang le cuba le kena menangis tak berlagu )

6) Cinta ku pada mu selamanya ( Sebab tak jumpa orang lain, cuba jumpa org lain mesti say BYE..BYE )

Pendek kata bermacam lagi ungkapan yang memang menyedapkan halwa telinga dan yang luar biasa, tapi itulah kenikmatan bercinta kan..pada yang bercinta memang selalu le guna ayat jiwang melainkan yang hati keras tu memang layan rock jelah tapi hakikatnya ayat-ayat sebegini ibarat sudah sinonim atau sebati bila jatuh cinta .....

Apa pun seronok bercinta ni bukan kata suruh budak bawah umur bercinta, cuma hargai cinta yang anda rasai kerana saat itu hadir sekali je tak tahu le kot hari-hari jatuh cintakan .....romantiknya....

REDUPAN

ZR

Tika hati resah mana ingin ku tadah, biar cuba menyerikan dengan warna pelangi namun rimbunan cahaya tetap pudar.

Bila jiwa redup dalam kelam ku cari cahaya, namun kabus jua yang melingkari.

Saat duka menghimpun diawangan, tetap mengharap sinaran rembulan, biar sedikit kabur namun cukup untuk memecahkan kebuntuan.

Friday, June 17, 2011

KEMAAFAN DAN MEMAAFKAN

ZR

Perlukan menghulurkan kemaafan andai hati tidak merelakan, sudikah memaafkan jika sering kali terluka.
Kemaafan itu sungguh satu keindahan namun sucikah niat itu jika tiada keinginan untuk memaafkan.



Kemaafan terlalu senang untuk dipinta namun memaafkan terlalu sukar untuk dilafazkan walau bibir ingin menyatakan...........

Thursday, June 16, 2011

OH BULAN

ZR

Oh bulan dari jauh kau mencuri pandangan ku, biar bermusim namun indahmu tetap dikalbu,
Indah cahayamu seindah sinar yang terpancar, cemburu daku akan kelebihanmu,
Mungkin daku belum cukup mensyukuri atas apa yang ada, mungkin jua daku seakan ingin menawan seperti rembulan.

Dikau bagai dekat untuk kugapai ibarat bisa ku sentuh, namun hakikatnya terlalu jauh untuk ku jejaki.

Oh Bulan biarkan sinarmu menerangi tika tiap detik yang kelam agar kelambu ku berhias cahaya mu yang terang bisa memalapkan kesuraman tika mendung dan pekat awan yang hadir.



* Indah itu tidak semestinya cantik kerana cantik itu tidak kekal yang kekal cuma kenangan walau sepahit mana pun ia.


BERFIKIRAN POSITIF

ZR

Kita sudah terbiasa mendengar orang bercerita tentang keburukan diri kita, lantas kita cepat melenting dan terkadang sehingga menjejaskan emosi kita sendiri, terkadang kita lupa untuk menilai apa yang negatif dalam diri kita.

Memang setiap manusia tidak lepas dari kesilapan namun hakikat yang nyata manusia memang suka mencari silap yang lain.

Setiap kata yang selalu kita dengar kebanyakkan tentulah yang buruk walau banyak mana pun kebaikan yang dilemparkan tetap dipandang sepi yang wujud cuma ketidaksempurnaan dimata insan yang memandang.

Usah terus hayut oleh rasa rendah diri, usah rasa bersalah. Tanamkan segala yang positif, ambil tiap yang pahit untuk kita maniskan, ambil yang masam untuk kita tawarkan.

Tanamkan postif dalam diri, biar apa jua pandangan kuatkan minda, yakinkan hati kita mampu mengharungi usah cepat melatah, jangan terlalu murah menitiskan airmata yakinlah setiap kesalahan yang terlihat dimata insan lain bukan lah kelemahan kita semata, kerana mata merkea belum tentu mampu menceritakan yang sebenarnya.

Memang benar kita ada salah namun jadikan iktibar,  jadikan renungan untuk membina yang positif dalam pembawakan.



* Renungkan tiap keburukan yang membawa seribu pengertian bukan semua yang indah itu berkilau.




Jangan takut pada kata-kata yang menyakitkan, biarkan ia umpama mimpiyang berlalu positifkan dalam nurani yang kita mampu menghadapi. 

Tuesday, June 14, 2011

TIKA AKU JATUH

ZR

Bila berjalan daku terlupa untuk melihat kebawah,
Daku seakan lupa untuk tunduk melihat langkah kaki ini,
Langkah demi langkah ku atur cemerlang ibarat seorang jaguh,
Selaju mungkin daku berlari tanpa menilai tanah dan batu yang dipijak,
Tanpa amaran tanpa petanda daku terjatuh,
Perasaan marah bercampur malu mengapa daku boleh terjatuh?
Mata melihat dikaki lantas aku bertanya sendiri mengapa boleh daku terjatuh,
Terasa kesalahan dibahu sendiri,
Egokah daku sebelum ini kerana tidak menghiraukan segalanya,
Sombongkah daku kerana hanya bermimpi untuk terus kedepan tanpa melihat jalan yang harus daku lalui,
Daku berperang sendiri tika terjatuh sebenarnya itu kekuatan yang sebenarnya,
Jika daku terus berlari dan tidak terjatuh tidak akan ada detik kesakitan,
Kemenangan tidak akan ada kenangan kerana jalannya lurus,
Sesungguhnya saat tika aku jatuh begitu bernilai,
Luka yang tercipta pembakar semangat yang baru,
Kepayahan dalam kesenangan itu sebenarnya nikmat,
Betapa manisnya tika aku jatuh....................

Monday, June 6, 2011

MENJADI BIASA

ZR

Mungkin jiwa daku jiwa romantis kerana itu daku lebih senang untuk berpuisi, entah berapa kali cuba untuk menulis seperti biasa..adus pecah usus perut tapi masih tak mampu untuk menulis.
Bila cuba nak berjenaka bimbang jenaka tak lucu entah le nak tulis apa.

Sebenarnya suka melihat blog yang ada gambar coklat, bunga atau kek dan resepi. Resepi tak payah cakap le dah bersusun asyik print je tapi bila buat hampehhh..tak jadi. Hish kekadang rasa cam pelik sedangkan dah ikut setiap sudut sukatan. rasanya memang tak berseni kot..seni makan memang cepat tak payah cerita banyak laju je.

Aku pasang angan-angan nak buat kek dan segala jenis makanan yang nampak best untuk orang yang tercinta dan insan-insan yang penuh makna dalam hidup ku.

Hari ni nak cari lagi resepi donut ( sedangkan dah berpuluh aku print ) nak cari yang senang al kaedahnya.ada ke ???

Friday, June 3, 2011

HAPPY BIRTHDAY RAZIQ DAN ZULAIKHA

ZR

Ditabir tirai yang sepi,
Tika lena datang membawa mimpi,
Taman hati ini menyanyi,
Penuh dengan bunga indah,
Hadirmu membawa rasa bahagia,
Lahirmu membawa senyuman,
Walau perit tika kau bersatu di nadiku,
Walau payah tika kau didalam kantungku,
Tapi tetap nikmat merasai gurauanmu,
Tika ku lena kau jaga,
Tika ku jaga kau terlena,
Bila kau diam terkadang daku gelisah,
Gerakan mu menghanyutkan kedukaan,


Cukup indah detik itu,
Setiap saat begitu bernilai,
Sejak daku dikhabarkan memiliki mu,
Terus daku menantikan saat kehadiranmu,
Ku usup dengan panggilan,
Ku belai dalam titisan airmata kesyukuran,


Tiba detik indah itu,
Daku berjuang hanya kerana mu,
Rasa yang tidak sabar menerjah,
Gembira yang semakin mekar untuk menyambutmu,
Biar peluh mencurah,
Biar keringat habis tetap ku lakukan,
Kesakitan ibarat tiada makna,
Perjuangan ku memang untukmu,
Setiap nafas membawa kekuatan,
Walid yang menemani mengenggami erat jemari tanda kasih.


Putera dan Puteri ku tika saat pertama kau menghirup udara dunia,
Saat pertama kau diletakan di perut umi dengan darah yang bersisa,
Terasa betapa sejuk perasaan ini,
Kesakitan hilang bagai sakti,
Tangisan yang baru bergema bagai memakukan perasaan umi dan walid.


Kau disambut dengan debar yang bertalu,
Merenung wajahmu bersama walid,
Ada titisan jernih dipipi umi dan walid,
Perlahan-lahan kerdipan mata kau buka menambah syukur dihati kami,
Dahi ku dikucup dan pipi mu dikucup umi dan walid,
Kebahagiaan ini begitu bernilai,
Putera dan puteriku,
Engkaulah permata dihati umi dan walid.....

JIKA HATI TERLUKA

ZR

Andai hari ini hati terluka usah selalu merintih,
Biarkan luka itu menjadi nadi sebuah kekuatan,
Yakinlah luka itu seribu rahmat,
Biarkan mereka berbicara agar kita dapat mengetahui dimana silap sendiri,
Usah melontar kemarahan, usah melaungkan rasa geram,
Sabarlah andai segala aib kita dipermainkan kerana DIA sentiasa disisi,
Andai airmata luruh lepaskanlah keluhan pada DIA,
Luahkan segala perit, luahkan segala terbuku pasti cahaya indah akan menemanimu,
Biar sengsara terlalu hebat, biar luka terlalu berat DIA pasti memahami,


Maka usah takut jika hati terluka, kerana penawarnya ada dibalik kelukaan itu.

Thursday, June 2, 2011

Kata

ZR


Sayang itu bukan lahir dari kata semata namun akan terlahir dari mata, biar kusam namun cukup untuk meluahkan segala cinta yang ada

KEPUTUSAN YANG MUKTAMAD

ZR

I
JIWA INI KEMBALI RESAH, HARI INI GELODAK BERIRAMA KEMBALI,
ENTAH MENGAPA MUNGKIN JIWA INI TERLALU SENSITIF ATAU MEMANG MNAH JIWANG,
MENGAPA TIAP KALI MELIHAT WAJAH MEREKA HATI INI PILU,
MENGAPA ADA RASA SEDIH YANG BERNYANYI,
SEDANGKAN MEREKA TETAP TERSENYUM,
OH SUNGGUH TERKADANG AKU BOSAN DENGAN PERASAAN INI,
MENGAPA DAKU SEAKAN SELALU BERFIKIR YANG BUKAN-BUKAN,
ADUH PERIT  UNTUK MENETAPKAN JALAN YANG PASTI,
BAGAIMANA HARUS AKU LALUI,
GETIR DAN PERIT HINGGA SESEKALI AKU SENDIRI BUNTU,
SUNGGUH DAKU INGIN SEBUAH KEPASTIAN,
NAMUN JIWA TIDAK PASTI DAN BELUM TENTU YAKIN,
KEPUTUSAN YANG MANA HARUS DAKU LEMPARKAN,
HANYA YANG ESA MENGETAHUI AKAN SEGALANYA,
MOGA AKAN DIBERIKAN CAHAYA KEARAH MANA HARUS DAKU LALUI...