Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, January 31, 2012

OBSES, MINAT ATAU KEMARUK

ZR

Berjalan dan membaca di blog sekarang majoriti demam..aku pun tak faham kemaruk pada lelaki yang nakal, jahat tapi romantis itu tajuk yang amat ketara..mulanya aku tak mengerti bila ku baca baru ku fahami ..la..tergoda dengan lakonan yang dilihat..musim barangkali.

Ingatkan di blg sahaja, buka FB pun ramai yang berstatus begitu..apa masalah sebenarnya ni??? sungguh aku tak faham..sampai kat office ader juga berperangai begini siap bercerita sambil senyum dan tersengih-sengih..al  kaedahnya hati berbunga..bunga lah kata.

Entah aku membuat tafsiran sendiri barangkali para wanita dimalaysia agak kurang merasai sifat romantis dari lelaki melayu, lelaki melayu agak ego untuk terus bercinta selepas kahwin, lelaki melayu agak kaku untuk menyampaikan rasa. Para wanita cepat jatuh cinta bila melihat watak lelaki yang romantik, manja, suka mengusik siap ada jatuh cinta ...walau hakikat sudah berpunya....OBSES sudah....

Aku ada juga angau , ada juga bermimpi namun hakikat yang didepan mata lagi indah...

Musim kemaruk nih seronok juga kan..buat hati berbunga-bunga, ada juga cerita untuk dikongsi tak perlu forum kata-mengata.

Apa pun buat kekawan yang faham layan lah perasaan anda tuh...jangan terlebih menaruh gula bimbang kena kencing manis pulak siapa susah..sendiri juga......

Wednesday, January 25, 2012

SYUKUR .....IBU DAN BAPAKU MASIH DIDEPAN MATA

ZR

Dah lama tak memasuki rumah daku yang sepi nih, maklum lah diawal tahun banyak agenda yang tergendala dan agenda yang kena selesaikan..Insyaallah rumah ini akan daku coretkan selalu.

Tajuk arini cukup memberi makna yang besar dalam hidup daku.ceh agak berbunga sedikit ayat ku hari ini..dah lama tak asah skill menulis jiwang-jiwang nih.

Sempena cuti Gong Xi Fa Cai yang baru berlalu meninggalkan satu pengalaman yang cukup indah dalam hidupku..syukur alhamdullilah itu ucapan ku yang pertama keluar.

Sesungguhnya satu panggilan dari adik tercinta pada 22hb agak menggugurkan jantung ini, tanpa sedar ada airmata menitis sayu. Sebak tiba-tiba jer..

"Along..abah dan ma accident kat bentong....diaorang sebenarnya dalam perjalanan ke rumah along..ma tak call along sebab  nak bagi suprise kata nya" adik aku dah nangis. Aku masih terpinga-pinga

"Apa accident...habis mak abah cam ner..betul ker nak datang umah along, tak tahu pun..tipu nih" aku memberikan soalan.

"Betul orang baru tepon..abah..along tepon lah orang susah hati nih...." esakkan adikku makin kuat.

Pantas aku mendail no tepon abahku dalam debar..deringan kedengaran.. tapi tidak diangkat. debar aku makin kuat. Ku cuba menghubungi no abah ku kembali...tidak juga diangkat..Tiba-tiba telefon ku berbunyi adikku ku angah pula menelefon.

Angah juga buntu sperti aku, namun aku yakin tiada apa yang menimpa kedua orang tua ku.

Dengan bismillah ku dail sekali lagi...akhirnya terdengar suara ayahku, pantas airmata ku gugur.....alhamdullilah didalam hatiku...

"Along..abah tak apa-apa, ma masih rehat sebab terkejut..mak pun tak apa-apa, cuma kereta abah rosak teruk.." abah menenangkan aku...

Mendengar itu sudah cukup melegakan aku, bagiku biarlah kereta itu hancur berkecai sekali pun namun mak dan abahku lebih bernilai..aku mendapatkan butir-butir untuk menuju ke tempat abahku dibentong.

En.suami dan adik iparku telah ke bentong untuk mengambil kedua ibu bapaku, sepanjang perjalanan mereka ke sana aku beberapa kali menghubungi mereka dan kedua ibu-bapaku, bukan apa bimbang andai ibu bapa ku ada tercedera dan cuba menyedapkan hatiku sahaja.

Menganjak ke 11.00 malam kedua ibu bapaku selamat tiba di rumah...alhamdullilah sekali lagi keluar dari mulutku melihat mereka senyum padaku..amat bernilai sekali...

Melihat dari gambar yang diambil keadaan kereta ayahku agak teruk..betapa berkali perkatan syukur keluar dari mulut kami sekeluarga.

Betapa tika menghadapi detik itu aku membayangkan andai sesuatu berlaku pada mereka, aku masih belum menjadi anak yang cukup baik buat mereka, belum menjadi anak yang membanggakan pada mereka, belum menjadi anak yang menyenenangkan mereka..banyak lagi yang aku tidak lakukan pada mereka.....syukur pada mu ya ALLAH kerana senyuman mereka masih didepan mataku....walau rasa itu kekadang jauh namun mereka tetap dihatiku....





Friday, January 13, 2012

BILA TAK ADA MODAL DAN IDEA??

ZR

Lama saya sepi..entah lah mungkin kerana tekanan emosi dari tempat kerja yang makin tahap gaban, sampai ultraman pun kalah gamaknya.

Melawat-memang melawat blog kawan-kawan tapi entah lah memang tak ada mood langsung,  mungkin ini yang dinamakan tekanan mental yang dikenakan kepada pekerja, nanti berhenti dengan senang hati tak yah ler offer VSS kan???

Melampau sangat lah orang atasan yang baru nih, senang-senag jer nak tendang dan buang orang sesukati hati tak fikir akan susah senang orang.

Oh hati sabar lah ....

Tuesday, January 3, 2012

BILA REZEKI DI TABUR PASIR

ZR'

Mendengar ayat begini, bagai sudah biasa dengan persekitaran hidup kita, sifat saling menikam dan menutup periuk nasi orang bagai rutin.

Daku masih terkesima dengan nasib rakan sekerja yang umpama bol, ditendang kesan-kesini.
Entah mungkin sudah nasib atau rezeki dia hingga disini akhirnya dia ditukarkan entahlah.

Hari ini nasib dia nasin kita entah macam mana, kurang ajar itu alasan yang diberikan..logik ker?? entah kalau dah tak suka macam-macam alasan yang diberikan..

Apa pun daku tumpang simpati pada dia, moga doa orang teraniya akan dimakbulkan.

Semenjak-dua menjak nih dah tak der semangat nak kerja, cuba bertahan untuk setahun nih,, lepas tuh balik kg ler gamak nyer mengusaha kedai nasi kerabu ayam rempah ku...