Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Thursday, December 22, 2011

CEBISAN INGATAN BUAT HANNA SI MERAH JAMBU

ZR

Masa ini pasti, kau meninggalkan daku yang masih termenung disini,
Walau tanpa kata, tanpa peluk dan cium ada nada sedih di kotak jiwa ini,
Mungkin antara kita bukan akrab namun tetap ada rasa antara jambatan ini,
Detik perkenalan entah bila hingga menemukan daku dalam sisimu,
Hakikat nyata daku seakan dekat denganmu, walau pernah tebit curiga walau memang pernah ada sangsi,
Percaya dan mempercayai itu pegangan yang ada, walau ada tercuit namun belum meruntuhkan,

Mungkin benar kita bermesra seketika,
Kita berkongsi keindahan sementara namun detik itu sungguh indah,
Masa itu ibarat mimpi terlalu pantas dan yang pasti tidak akan berulang,

Guraun, ragu-ragu, pelbagai rasa yang pernah hadir,
Bukan penamat Ikatan kita,
Walau mungkin belum sempurna seperti yang lain,
Namun Nama Hanna telah melengkapi dalam ruang sahabat diri ini,
Tiada perumpamaan yang tepat cukup untuk daku gambarkan,
Tiada perbandingan yang tepat untuk daku berikan,
Kerana seorang sahabat melebihi nilai yang ada,
Seorang sahabat tidak mampu ku samakan dengan apa jua..

Buat Hanna Si Merah Jambu,
Walau jauh tidak semestinya kita menjauhi,
Walau tidak didepan mata bukan bererti gambaran wajahmu hilang dimata...

Miss everything about you:-