ZR
Meningkat lagi umur ini, Alhamdullilah, masih lagi diberikan udara untuk aku mengisi paru-paruku, masih lagi ada denyutan untuk jantung ini berfungsi, rasa syukur yang teramat buat DIA.
Sepanjang perjalanan umur ini, pelbagai sudut dan ruang yang telah aku temuai, walau ada yang sempit, ada yang kotor namun itu semua suatu pembelajaran dan suatu kenikmatan yang bukan percuma zatNYA.
Tak guna aku mengharap semata sinarNYA, kerana sinar itu telah lama ada cuma aku yang membutakan mata akal dan hati untuk mengenali sinar itu.
Rasa banyak benar kezaliman yang telah aku lakukan pada diri sendiri, banyak sungguh aku bersifat tidak adil dan besar sungguh tanggungjawabku yang aku cuaikan.
Betapa terkadang aku rasa diri lalai dengan amanah yang diberikan, cepat melatah tika ujian hadir tapi aku tetap cuba untuk berdiri dilandasannya, makin aku dewasa makin aku matang, makin aku cuba mengerti tentang apa yang kurang dalam perjanan aku ini.
Ya Allah, berikan aku hidayah serta Nur MU,tingkatkan rasa rindu ku yang utuh buat Mu. Sungguh aku sudah jauh meninggalkan MU namun aku yakin KAU akan selalu memayungi ku dengan rahmatMU.
Moga aku diberikan kekuatan untuk menempuhi tiap ujian MU, moga aku menjadi anak yang diredhai oleh kedua orang tuaku dan moga aku akan menjadi bidadari yang kekal buatnya disana nanti.
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel