Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Thursday, February 21, 2019

BIsanya kata kata

ZR

As salam,

Kata-kata itu lebih tajam dari pedang, biar tersakit kerana luka pasti akan hilang pedihnya. Namun saat hati telah terluka kerana sebuah kata-kata, tiada yang boleh menyembuhkan.

Andai ada yang menyakitimu dengan hebatnya kata kata hinaan, senyumlah usah membalas,
ucapkan Alhamdulillah, kerana allah sedang memberi mu pahala.

andai ada yang memaki hamun mu, senyumlah jua. Tegurlah hatimu allah mendengar tiap apa yang diucapkan untuk mu.

andai ada yang mencela mu, jangan menangis didepan yang mencelamu, Tapi bangunlah pada malam harimu, ceritakan lah pada allah, adukan lah apa sahaja padaNYA.

Tiada yang lebuh dekat denganmu kecuali Allah.

Sehebat manapun mulut yang memaki mencaci mu, kelak mulut itu jua akan kaki. akan dimakan ulat, usah merasa sedih. La Tahzan.

Biarlah airmata mu cuma untuk mengadu kepada Allah.bukan kerana kata-kata yang dilemparkan untuk mu.

Halalkan maafkan tiap caci maki hamun sesiapa jua terhadapmu, biarkan kelak diakhirat dia akan menangis beroleh ehsan pengampunan dari MU, saat itu baru akan dirasakan.

Namun ingatlah pada yang dizalimi walau dengan kata -kata , ingatlah satu kisah pada zaman sahabat.

seorang wanita memohon doa kepada allah kerana ia sudah tidak tahan dengan sikap seseorang yang suka bercakap kasar, memaki hamun, hingga ia terlalu berkecil hati, dan atas asbab doa itu allah berikan ia bahagian untuk sipencerca tersebut dan ia meninggal dunia..

waspadalah ingatlah menzalimi itu bukan atas cuma perbuatan tapi kata kata itu lebih mudah membuat hati terpukul dan tersentuh.

walau sekuat mana pun suara, segarang mana pun ingatlah tidak selamanya nyawa di kandung badan.

Tuesday, October 23, 2018

Aku Ingin Mengalah


Dulu saat aku jauh dari jalan Allah, tiada yang menegur ku, malah saat aku leka dan lalai dalam arus dunia, ramai yang turut gembira selangkah. Aku hanyut dalam membelai dunia, masa jua keadaan diri.

Dunia dirasakan laju waktu tiada yang mencukupi, tapi tiada siapa yang merasakan aku salah,terus leka dan leka.

Kini saat aku mula merasa sepi, sunyi aku merasakan kekosongan dan aku mula mencari, dan dalam caraNYA pencarianku menemukan aku dengan sebuah cinta. Cinta yang tiada mampu aku tafsirkan,
cinta yang terlalu indah seumur hidupku hingga aku merasa sangat rindu,

Dalam ruang ku tiada lagi masa untuk mengisi apa yang pernah aku kejarkan, kakiku sudah tiada rasa untuk menjelajah, bukan lagi keperluan diri.

Dulu aku leka kini aku sentiasa menantikan saat Allah memanggilku, untuk aku sujud, dulu aku tidak mempedulikan DIA yang sentiasa ingin mendengar keluh kisahku, ingin aku bercerita..aku leka leka pada yang tetap setia menanti aku..

Kini aku merasa bahagia, bahagia dengan cinta ini tapi, kerana cinta ini aku semakin disakiti, disakiti kerana memilih jalan ini, disakiti kerana banyak yang harus aku tinggalkan dari jalanku yang dulu,

aku terus dilukai kerana cinta ini, apa yang aku perbuat kerana aku gembira namun tidak menggembirakan pada yang memandang.

Bila saat apa yang aku persembahankan kerana rasa rindu menjadi bebanan pada yang memandang, kata kata jua herdik adalah hiasan telinga.

kadang aku bagai ingin mengalah, ingin membuat yangmemandanku gembira dengan apa yang menggembirakan mereka, namun bagaimana sanggup aku korbankan cinta ini?

Friday, September 14, 2018

HIJRAHKAN AKU

ZR

Assalam..Bismilahirohmanirohim


Alhamdulillah Allah masih meminjamkan nafas ini untuk merasa nikmat udara ditahun baru ini,
tiada apa yang lebih bererti bila mana Allah masih memilih diri ini untuk sujud padaNYA, itulah nikmat yang terindah.

Aku insan yang memiliki banyak dosa jua khilaf, aku bukan seputih mutiara mahupun sejernih air, malah jauh dari memiliki kilauan yang bergermelapan.

Aku seorang Hamba yang banyak berbuat dosa dulu dan kini, tidak pernah terhitung malah sering alpa jua leka, barangkali aku ini hitam.

Namun jauh disudut hati aku jua memiliki sebuah kerinduan, rindu untuk dekat dengan MU yang menciptakan aku, rindu untuk bersama orang orang yang merindui kekasihMU, tapi aku tahu siapalah aku ini yang sentiasa larut dlam dosa.

Wahai yang menciptakan aku, aku meminta dipintu RahmatMU, meminta kurniaan Hidayah jua Taufiq MU buat ku, Hijrahkanlah aku dari yang tidak KAU suka pada yang KAU sukai, jauhkan aku dari sesiapa jua yang menjauhkan aku dari MU, lepaskan aku dari setiap perbuatan yang tiada REDHA MU, betapa aku terlalu lemah tanpa pertolongan dan pelukan MU.

Ya Allah, yang berlalu dalam hidupku walau pun penuh dengan dosa, namun usah aku dijauhkan dari pandanganMU, izin kan lah aku MendekatiMU mendampingi kekasihMU.

Hijrahkan aku ini yang kerdil, tanpa IzinMU tak akan aku boleh meghijrahkan diriku.

Kebelakangan ini hati aku kerap sunyi, kerap merasa sepi aku resah dan gelisah mencari MU,
derai airmata sering hadir merobek tangkai hati, rindunya aku padaMU.

adakah KAU sudi memandang aku, adakah ini tanda KAU jua rindukan aku, atau kerana bebanan dosa dosa ku cuma?

Hijrahkan aku dari mencintai dunia kepada cinta mutlak kepada MU, letakkan pada setiap nafas, nadi denyut jua hembusan ini untukMU, jadikanlah aku mendahului MU dalam apa jua perkara jua urusan, janganlah KAU biarkan aku merasa takut kepada makhluk, kecuali ketakutan kepadaMU, dan janganlah KAU biarkan aku berharap selain dariMU.

Sambutlah kerinduan ku, penuhilah kesepianku, hiasilah kegelisahan ku dengan jawapan dariMU, aku menunggu setiap waktu Wahai Pemilik KU.....

Monday, July 30, 2018

UHIBUKKA YA RASULULLAH

ZR

Asalamualaikaayuha nabiyu warohmatullahiwabarokatuh..

Assalamualaika Ya Rasulullah,
Assalamualaika Ya Habiballah
Assalamualaika Ya Rahmatan Lilalamin

Wahai Kekasihku Ya Rasulullah.
Wahai Yang aku cintai Ya Rasulullah,

Pandanglah aku ini, lihatlah aku ini seorang dari umatmu, yang mula merasa rindu kepadamu,

aku tidak memiliki apa apa wahai Rasulullah untuk aku tebus dan buktikan rasa rinduku, yang ada padaku adalah kefaqiran, kehinaan, penuh dosa dan noda.
Wahai Kekasihku,
Dulu aku terlalu jauh dari menyebut namamu, malah langsung tidak aku memikirkan mu,
kini hati aku diusik, ibarat aku sedang dilamun cinta, bagaimana untuk aku khabarkan rasanya,
terkadang terlalu perit terlalu sayu, sebuah kerinduan yang tidak mampu aku luahkan.
Ya Rasulullah,
Bagaimana aku mungkin melupakan mu, kerana dari cahaya mu alam ini dicpitakan,
cahayamu sebahagian dari diri ini, denyut nadi jua tiap darah yang mengalir memiliki cahayamu, bertapa angkuhnya aku dahulu..
Ya Rasulullah,
Aku membaca coretan coretan dari pencintamu,
tidak ada doa yang itdak termakbul atas namamu,
berapa banyak hajat yang tertunai kerana barkahmu,
berapa orang yang disembuhkan kerana mu,
wahai kekasihku,
maka aku tidak percaya jika kau tidak mendengar kerinduan ku, kerana setiap salam untuk mu pasti tersambut, aku tahu setiap aduanku, setiap cerita yang aku sampaikan, sampai padamu.
Wahai kekasihku,
aku tidak layak meminta untuk memandang wajahmu, kerana aku ini terlalu hina,
namun izinkanlah aku mencium haruman wangian mu didunia ini sebelum diakhirat.
wahai kekasihku,
Jangan tinggalkan aku walau sejauh mana aku pernah tinggalkan mu, jangan biar aku melupakan mu sekali lagi, ajarkanlah aku untuk terus merinduimu, letakkan aku sedekatnya denganmu didunia ini sebelum diakhirat.
Ya Rasulullah,
Andainya airmata ku boleh menjadi saksi saat aku merindukan mu, maka jemputlah aku untuk memberi salam pada mu dibumi madinah, namun aku tidak memiliki apa apa untuk aku sampai kesana.
Ya Rasulullah,
Pasti wajahmu cahayanya melangkaui bulan purnama, matamu pasti bagaikan pancaran bulan saat menyuluh di kolam.
Ya Rasulullah,
angkatlah segala kesulitanku, angkatlah segala kesepianku, angkatlah segala laraku, aku ingin bersama mereka mereka yang mencintamu, merinduimu....
Allahumasoliala Saidina Muhammad

Monday, June 4, 2018

RINDU LAILATUL QADAR

ZR


As Salam,,,Salam Lailatul Qadar. Ramadhan makin pergi, dlm belum sempat merasa manisnya. Diri yang alpa dan leka terbalut dengan dunia, dari manusia jua keadaan mahu pun kenikmatan.

Sebuah malam yang sangat dirindui, berbalaskah rindu ini, wahai Allah yang menciptakan malam da siangku, meletakkan taqdirku, memberi jalanku. Andai sudi KAU tuliskan namaku bersama kalangan yang terpilih bertemu malam istimewa MU Lailatul Qadar.

Melihat bulan dilangit pada hening malam, indah namun dibalik indah bulan yang menyinar di bulan Ramadhan pasti makin bersedih, perpisahan makin hampir, entahkan bertemu lagi di tahun yang lain.

Ya Allah bangunkan lah jiwaku dan orang yang aku kasih, agar dimalam hari kami bangkit kerana KAU menyeru nama kami untuk mendengar rintihan, doa jua keampunan yang kami inginkan. Sebanyak mana pun dosaku, kehinaanku, kealpaan aku, kelemahan jua keabaiban diriku, tetap dihatiku memiliki setitis rindu pada Lailatul Qadar, walau tidak sejernih dan sebersih seputih hati insan lain.

Rindunya pada satu pertemuan, barangkali mustahil namun tiada yang tidak akan berlaku tanpa izinMU.

Semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir......

Tuesday, March 6, 2018

Bilamana

ZR
As Salam,

Bismilahirohmanirohim,

Bilamana kita menyangka kita ini baik, lihatlah pada saat orang melukakan hati kita, adakah kita akan memaafkan dan melupakan.

Bilamana kita menyangka kita ini ikhlas, lihatlah saat mana ada orang yang berkata buruk terhadap kita, dan kita masih boleh tersenyum kepadanya.

Bilamana kita merasa kita ini jujur, lihatlah saat sesuatu aib itu disampaikan pada telinga kita, kita boleh menahan bibir dari membuka aib atau jemari dari menyebarkan aib.

Bilamana kita rasakan kita ini dipihak yang benar, lihatlah adakah kita ini benar, atau kerana kegegilan jua  keeogaan hingga menolak setiap teguran kerana merasakan kita ini lebih dari benar.

Bilamana kita rasakan kita ini sedang diuji, lihat samada kita redha atau tidak, bila kita redha kita akan mencari allah dan berserah, namun adakah kita akan merungut dan menangis dengan kata-kata kenapa aku diuji begini.

Kita adalah tidak sempurna, kita cuma melihat untuk diri kita, namun allah letakkan mata hati insan lain agar melihat kekurangan dan kedaifan kita. Usah cepat amarah saat ditegur, usah cepat melenting saat dinasihati, barangkali itu yang baik baik sebuah peringatan dari Allah, tanda kasihNYA.

Bersahabatlah dengan orang boleh melihat khifatmu, dan boleh mengingatkanmu, berbanding orang yang menyembunyikan khilafmu dan dalam diam berbicara atas khilaf itu, sahabat adalah ibarat cermin.....

Friday, February 9, 2018

Sabar

ZR

As salam,

Saat kita diuji baru kita faham, perkataan sabar itu umpama pisau yang menikam kalbu.

pasti akan terbit rasa, yang tidak melalui tidak akan memahami,pasti kita akan rasa marah.

Sabar itu indah namun tidak semua mampu bertahan untuk menikmati keindahan itu, jika cuma berkata benar akan mudah untuk dinikmati.

Kerana itulah Sebagaimana Rasulullah S.A.W berkata, bila mana seseorang ditimpa musibah jangan disuruh ia sabar, tetapi doakan ia, kerana perkataan sabar itu ibarat pedang.

ujian dalam hidup itulah kehidupan, yang tidak diuji pasti tidak kenal apa itu kehidupan, bertabahlah pada yang allah pilih untuk sentiasa diuji. Bukan bahu untuk menangis tapi sujudlah kerana Allah ada walau saat manusia meninggalkan mu.

Allah itu Maha Lemah Lembut, saat berombak jiwanya kerana resah panggillah Allah, saat sebak kerana hilang arah serulah Allah, saat terduduk dalam keliru panggilah allah. walau bagai dihiris ditikam hati perasaan genggam Allah seeratnya, manusia itu diciptakan lemah. Kita tidak kuat tapi Allah itu memiliki segala kekuatan, yakin lah yakinlah percayalah genggam janji Allah, setiap kesulitan ada kemudahan. faina maal yusri yusran.....

Allah tidak akan biarkan hambanya menangis.................