ZR
Penulisan kali ini aku ingin bercerita tentang sebuah Yayasan yang terletak di Jenderam Hilir, sepang iaitu YAYASAN AL-JENDERAMI. Mulanya aku tidak pernah mengambil tahu apatah lagi mendengar akan nama Yayasan ini, mungkin aku kerana aku terlalu jauh dari orang-orang yang ingin menambah ilmu agama. Aku tahu diriku bukan seorang yang hebat untuk memperkatakan tentang agama, bukan pandai untuk membentangkan sebarang hadith atau dalil, aku cuma layak untuk menjadi pendengar sahaja, ilmu ku dalam agama belum mampu untuk aku lebatkan dalam diriku apatah lagi untuk memberi ilmu kepada insan lain, perjalanan ku masih jauh aku masih kerdil, banyak yang perlu aku cari vanyak yang perlu aku isi, aku mengaku aku masih serba kekurangan, serba cetek.
Berbalik kepada Yayasan Al-jenderami, aku seronok mendengar dari bibir teman-teman sepejabat yang kerap mengunjunji tempat tersebut, ya banyak yang boleh ditimba disana, penuh dengan aktiviti dan pengisian untuk santapan jiwa dan rohani, Yang penting untuk kita mengenal diri sendiri dan Pencipta kita serta Insan teragung Nabi Muhammad S.A.W.
Mungkin kerana keikhlasan teman-teman berbicara, aku tergerak untuk kesana, aku tahu aku bukan sekerap mana mengunjungi tempat yang penuh barakah itu, kerana aku wanita terikat dengan Fitrah dan tanggugjawab, maka aku merasakan betapa ruginya jika kaum hawa tidak selalu mengunjungi tempat sebegini.
Kali pertama aku kesana, pada malam. Benar-benar memberikan aku satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan, terasa sejuk dan tenang diri mahu[un hati ini, Aku pandang langit yang dipenuhi seribu bintang amat cantik. Tika aku memijak akan lantainya, hatiku menjadi sayu, entah mengapa. Kerlipan lampu yang menghiasa serta nyamannya angin yang bertiup benar-benar memberikan aku satu perasaan yang tidak bernilai. Airmata ini turun saat aku selesai mengerjakan solat didalam Masjid. Aku terasa banyak kerugian dalam hidup selama ini, banyak yang aku tertinggal.
Itu serba sedikit pegalaman ku semasa pertama kali berkunjung kesana, buat rakan atau sesiapa sahaja jika ada kelapangan dan masa kunjungilah Yayasan ini walau cuma untuk menunpang Solat Fardhu, mana tahu ada yang boleh kita kongsi bersama. Apa pun layarilah laman yayasan tersebut :
http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel