ZR
Malam-malam ni tulis entri yang macam ni agak-agak seram tak, bagi aku tidak seram sangat pun cuma kalau tiba-tiba bunyi sesuatu yang agak pelik tu memang aku takut. aku memang penakut aku tak malu untuk mengaku, dah jenuh aku pergi jumpa ustaz, darul syifa nak pulihkan semangat aku yang dikatakan lemah. Memang aku penakut yang amat, orang offer sejuta suruh lalu aje tak perlu tunggu kat kubur pun aku tak nak wehh.. tak apalah memang aku penakut. Orang tak akan faham kenapa aku ajdi penakut.
Tapi kali ini aku nak cerita sedikit sebanyak tentang seorang hamba Allah yang telah diberikan Allah sedikit kelebihan yang mana dia mampu untuk melihat makhuk halus jin/ bunian. Dia juga beroleh kelebihan untuk menolong orang yang sakit mistik mahupun moden. Aku ni sebenarnya aku kuno sedikit, kalu sebut bomoh aje secara automatik aku ingat semua bomoh kaki temberang, kaki jin ada khadam, aku memang tak akan ke rumah bomoh melainkan ke pusat perubatan islam, tapi itu dulu sebelum aku tahu selok belok ilmu perubatan islam. Rupanya aku silap, ilmun Allah itu luas bagi aku yang kerdil yang tidak mengambil tahu memang segalanya nampak sempit. Sejak aku sakit tak hilang-hilang akhirnya aku minta bantuan kawan aku, Alhamdullilah aku dah sihat, aku tahu bukan dia yang menyembuhkan, dia cuma penyebab yang menyembuhkan adalah Allah, tiada yang lain melainkan Allah.
Mulanya aku sangsi dan was-was bila dikatakan dia mampu melihat benda dialam lain, alam alalh kan luaas dari langit pertama hingga ke7, cuma bagi aku yang cetek ilmu agamanya mungkin tidak pernah mengambil tahu. Pernah bebrapa kali aku melihat dia menolong orang yang sakit, tak perlu kemenyan, ke pengera ke segala bagai, cukup cuma bacaan ayat-ayat suci al-quran kerana mnurutnya kita sering lupa didalam al-quran pelbagai penawar untuk penyakit kita.
Kerana sifat aku yang suka bertanya, aku sering kali bertanya tentang hal pelik=pelik, macam mana nampak makhluk tak takut ke? dia cakap bukan nampak seperti kita zahirnya, tapi nampak seperti dalam kepala, tergambar begitu, aku memang tak faham. Dia cakap tak ada istilah takut bila terjadi begini, bila dapat melihat sesuatu yang tidak terjangkau lagi membuatkan diri ingin mendekatkan diri pada Allah, terasa begitu kerdil diri.
akan ku sambung kisah ini mata ini dah tak boleh nak bukak dah...
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel