Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, December 21, 2010

PERTEMUAN


ZR

Pertemuan itu tanpa dirancang, pertemuan itu bukan diminta apatahlagi diduga. Pertemuan itu ibarat membuka kembali diari lama yang telah hangus terbakar oleh masa.

Dia hadir dengan senyuman, senyuman yang dulu menjadi igauan dihati. Lirikan matanya bagai membawa erti namun tidak berbekas dihati ini. agaknya untuk mencuit perasaan tapi tidak terkesan.

Tuturnya” Awak memang seperti yang saya gambarkan tetap menawan seperti dulu, raut wajah tidak berubah masih mampu membuahkan rasa cinta dihati.”

Aku diam tanpa sebarang bicara, keadaan yang amat berbeza ditempat yang jauh beza.

“Awak tidak merindui detik yang lalu, tidak pernahkah terlintas keadaan saya bagaimana ketika ini, adakah pernah awak teringat akan saya walau sekejap”. Bicaranya sambil memandang ku.

Aku masih sepi sambil bola mataku terus memerhati permata hati yang asyik bermain, suami ku jua sedang melayan karenah permata hati kami.

Pertemuan ini bagai suratan darinya, mungkin doa saya dimakbulkan untuk bertemu awak, perasaan rindu ini masih ada, mungkin awak pun sama ?”. soalnya bila dilihat aku tanpa sebarang reaksi.

Aku memalingkan wajah melihat seorang wanita yang cukup sempurna, indah sungguh ciptaanNya. Wajahnya kutatap pantas ku lemparkan senyum sambil ku tolehkan wajah untuk melihat kembali sesusuk tubuh yang masih berdiri. Aku amati wajah itu. Ternyata ada perubahan dari segi kematangan, Tubuhnya juga telah berubah cuma yang sama adalah alunan suara yang masih sama. Memang dia dulu menjadi pujaan hati ini, memang kerana dia aku menjadi perindu. Segalanya tentang dia.

Ku amati sedalamnya bolamata itu. “ Saya tak mahu dan tak ingin mengingati semua itu, andai benar ada lagi rindu dan cinta dihati awak berikanlah pada yang hak seperti mana saya menyerahkan segala rasa pada yang berhak, yang semalam itu tidak seharusnya menjadi mimpi lagi berpeganglah pada reality. Andai cinta yang sebenar awak zahirkan pada sidia yang diakadkan awak akan nampak nilai cinta sebenarnya.” Aku berlalu pergi tanpa menoleh kepadanya, bukan aku kejam untuk tidak memahami, bagi ku itu semua satu musibah andai dibiarkan mengakari pemikiran dan perasaan ku. Langkah ku laju kearah insan yang aku sayangi, yang berjaya menakluki dasar hati dan jiwa ini.

Bagiku dia yang hadir dulu cukup sekadar sebuah nostalgia yang cuma tinggal cebisan nilainya. Biarpun langkah ku selalu kedepan tapi sesekali akan kutoleh kebelakang untuk mencari sedikit petunjuk untuk kujadikan aras dalam membina Titian Kasihku.

4 comments:

  1. suka!

    kasih yang lalu tidak akan mampu lagi menjadikan aku berpaling arah pada yang dikasihi sekarang..
    jiwa raga telah diserahkan padanya,
    tangannya yang menghulur tika jatuh tersungkur
    dan hati ini diubati tanpa ada kesan luka lagi..

    syukur dengan apa yang ada sekarang.. dan hargainya sangat sangat!

    :) terima kasih untuk entri ini..

    ReplyDelete
  2. Salam Zana,

    Semacam ada nostalgia disebalik lakaran kehidupan yang berwarna-warni. Menagih kesabaran, menuntut kewibawaan. Hidup perlu diteruskan.....

    ReplyDelete
  3. pertemuan yg di nantikan memberi kesan yg amat mendlm...;d

    ReplyDelete
  4. Kella,
    Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya.

    Kakza,
    Ya setiap langkah kita mesti bermula dari yang berlaku dulu

    Rieyana,
    Yup tiap pertemuan ada sejarahnya

    ReplyDelete

TQ..TQ Atas kata-kata comel