ZR
Nur masih setia bersama kelukaan hati yang bersarang sejak ikmal meluahkan rasa hatinya untuk membina mahligai sekali lagi. Tiada apa yang mampu nur ucapkan. Terasa semuanya tersekat dikerongkong. Nur akui dia bukannya terlalu tabah untuk menghadapai semua ini, namun nur juga tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih dari wajah suaminya itu. Tapi ibarat tiada yang bermakna dimata ikmal kesayuan di waut wajah nur langsung tidak membawa erti.
“Sayang..sayang perlu faham kenapa abang lakukan keputusan ini”. Ikmal bersuara untuk menyokong tindak-tanduknya.
“Maaf abang sayang bukan tak faham tapi sayang tak mengerti mengapa sekarang isu ini timbul sedangkan dari dulu lagi abang tahu nasib yang akan menimpa kita.” Nada kesal berlagu di suara nur.
“Sayang..abang tahu, itu silap abang mungkin dulu kerana terlalu mengejar nikmat cinta, abang terlupa akan semua itu tidak menjamin kebahagiaan kita.” Ikmal terhenti disitu
“Apa maksud abang? Maksudnya selama ini kita tak bahagia, atau abang terpaksa berpura untuk bahagiakan nur..sampai hati abang.” Butiran jernih mula turun membasahi pipi nur, betapa ada rasa kecewa yang bersarang dalam jiwanya.
“Bukan begitu maksud abang, sayang.... abang maksudkan kebahagiaan kita bila mendengar tangisan sikecil, abang tahu dan nur pun tahu keadaan nur tak mengizinkan untuk nur mengandungkan zuriat.” Ikmal meramas jemari nur .
“Abang dari awal perkenalan hingga saat nur disahkan menjadi isteri abang, hal itu abang cakap jangan diungkit, jangan difikirkan. Kata abang selagi nur ada lengkaplah hidup abang dan abang tidak sesekali membangkitkan hal ini, tapi sekarang..” Nur berhenti tanpa meneruskan kata, pantas bangun menuju ketingkap dan menghalakan pandangan ke luar tingkap.
“Sayang..bukan niat abang untuk melukai hati sayang..percayalah sayanglah segalanya bagi abang, tapi kebelakangan ini bila abang selalu mendengar cerita dari rakan-rakan betapa bahagianya mereka kerana mempunyai keluarga yang lengkap, abang mula merindui untuk merasai nikmat menjadi ayah sayang…abang bukan ingin memuaskan nafsu abang semata, tapi abang inginkan zuriat, inginkan anak buat sayang juga.” Ikmal membuka hujah
“Maksudnya abang juga menceritakan kepada rakan-rakan abang akan nur tak mampu menjadi wanita yang sejati, tak mampu membrikan zuriat buat abang.” Ada nada tegas di suara nur.
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel