ZR
Masih terasa perit mata ini, aduh amat payah untuk ku buka kelompak mata ini.namun tetap kucuba walau perit. Usikan masih lagi bergema di telinga ku, “ tak malu – tak malu “seiring dengan percikan air lumpur yang menerjah di muka dan seluruh tubuhku. Tak semena mena airmata ku mengalir betapa rasa terhina dan murahnya perasaan gadis yang seusia aku diperlekehkan,terpandang aku seraut tubuh yang kuharapkan pengertian darinya namun apa yang ku lihat hanya sebuah senyuman yang sukar untuk ku mengertikan tafsirkan maknanya.
“Kak Ika, Kak Ika “terdengar namaku dipanggil berulang kali lantas mematikan lamunan. Aku tersenyum sendiri mengingati saat itu. “Akak penatlah ngan akak ni orang panggil dia buat tak tau aje, dah nak maghrib kak tak nak balik ke? atau akak nak duduk termenung kat sini lagi ?” adikku membebel bila dilihat aku tidak mengendahkan panggilannya, bukan apa aku sekadar nak menyakat adik bongsu ku ini.
”Yalah mak nenek jom kita berangkat” aku cuba memujuk adik kesayangan ku setelah ku lihat adikku seakan merajuk.
“Amboi akak panggil orang apa? mak nenek ya nantilah betul – betul orang bising macam ibu kat rumah baru keluar semua tahi telinga tu” ucap adik ku sambil tergelak menampakkan sebaris gigi yang cantik tersusun. Kekadang telatahnya mencuit hatiku.
“Yalah jom nanti kalau dengar mak nenek ni membebel sampai subuh pun tak sampai rumah” aku cuba menyakat lagi.Tanpa menghiraukan usikkan ku mardiah menyusun langkah, aku mengikutnya dari belakang, dengan berhati-hati kami melintasi jejantas yang diperbuat dari buluh untuk melintasi sungai,
“ Anak- anak dara ibu dah balik “ ucap mak eshah sambil menjenguk kepala di tingkap. “Anak dara elok sangatlah berjalan waktu – waktu senja begini” leter mak eshah sambil menggelengkan kepala lantas memandang kelibat zulaikha dan mardiah.
”Maaflah ibu tadi Ika terleka bukan apa rindu lah kat suasana kampung ni” aku cuba mencari alasan agar leter ibuku tak berpanjangan
“Rindu kat suasana kampung?” ibuku seperti mencari makna disebalik alasanku. “ Rindu ke apa ke tak payah nak termenung sampai senja takkan lari pokok-pokok kat kampung ni” sambung ibu lagi sambil berlalu pergi ke dapur.“Tercegat apa lagi lekas naik mandi kejap lagi nak maghrib”laung ibu bila dilihat aku dan mardiah senyum sesama sendiri Tanpa berlengah aku menuruti kata ibu begitu juga mardiah.
Selesai menunaikan solat maghrib kami berkumpul di meja makan, lauk kegemaranku terhidang di meja. Ibu tak pernah lupa menyediakan keladi masak asam.Begitu berselera aku menikmati hidangan makan malam, mardiah pun sama cuma ibu kulihat tidak begitu berselera mungkin penat agaknya, dapat aku bayangkan kesunyian yang mencengkam kehidupan ibu bila aku balik ke Kuala Lumpur nanti tinggal ibu dan mardiah sahaja, bapaku meninggal sejak aku berusia 2 tahun lagi hanya ibu yang menyediakan keperluan makan pakai kami dua beradik, tak dapat aku bayangkan keperitan dan kepayahan ibu di kala itu.
”Ika cuti sampai bila? “tutur ibu lembut sambil menatap wajahku.
“Ika cuti sampai esok je ibu, maklumlah Ika baru je mula kerja Insyallah lain kali Ika balik” ucapku perlahan.Kesepian kembali menerjah di meja makan, masing-masing seakan melayan perasaan.
ibu ada lah segala-gala nyer...;d
ReplyDeleteSalam.. Yup segalanya
ReplyDelete