ZR
Hasil ihsan Googles
Matanya kurenung menceritakan seribu kepayahan, aku setia memandang tanpa ingin memalihkan pandangan. Ada rasa simpati ada rasa kesal ada segalanya.
Ku lemparkan pandangan pada sikecil yang comel hanya melemparkan senyuman yang dihiasi sebaris gigi, walau dimukanya comot tapi tetap memikat hati ini. Selama ini aku hanya melihat dari jauh tapi kini aku menyaksikan dengan mata hati ini.
Dibirai matanya berkaca, tiap baris ucapnya ada getar. Menceritakan kepiluan hati seorang wanita yang bergelar ibu. “ Aku tidak mampu untuk menipu hatiku lagi bila anak-anak ku melemparkan senyuman tika mereka kelaparan, airmata ini tumpah betapa anak-anak ku cuba untuk mendamaikan hati ini”. Aku telah gagal menjalankan amanah yang Allah serahkan." Nada bercampur kecewa aku membiarkan sahaja sambil memeluknya.
Aku sanggup melakukan apa sahaja janji anak-anakku tidak terikat perutnya, aku ingin melihat anak-anak jua merasai apa itu KFC, apa itu pizza seperti kanak-kanak lain, tapi aku tak mampu". betapa luluh jati ini bila anak sendiri berkata." Mak jangan risau bila along sekolah nanti, along akan belajar pandai-pandai, along akan bawa mak dan adik-adik makan tempat best-best cam dalam tv tu”. Tuturnya bila pulang dari melihat tv dirumah jiran terdekat. Bagaimana along nak sekolah mak tak mampu jawabnya dalam hati yang telah banjir.
Aku memandang sikecil itu, matanya menceritakan betapa dia jua ingin merasai nikmat itu semua, betapa dia ingin untuk memakai pakaian baru. Ada senyuman dibibir pari-pari kecil itu. Anak itu pandai menyembunyikan perasaanya sendiri demi melihat si ibu tersenyum.
Ku perhatikan disebalik wajah yang tak terurus, tubuh yang dibaluti baju yang agak lusuh disarung dnegan selipar jepun. Bajunya agak besar mungkin baju penberian yang perihatin, badannya kurus tanda perutnya bukan selalu berisi tapi ku amati jiwanya cekal dan tidak secekal jiwaku yang melihat zahirnya.
Betapa sikecil itu tahu menjaga diri semenjak ditinggalkan bapa, ibunya ditimpa bencana Allah menguji mereka kerana mereka adalah yang disayangi. Berbekal mulut yang petah dia selalu hadir dilaman dan dirumahku dengan adik-adiknya yang masih setia berteman bantal busuk. Hadir dengan seribu harapan.
Aku terkadang menangis melihat situasi itu. Ya Allah cekalkanlah hatiku, jauhkan sebarang kedukaan buat mereka. Terkadang aku tidak sanggup untuk berfikir tak dapat ku bayangkan andai situasi itu yang anak-anak ku lalui. Ya Allah aku menjadi sayu dan sesayunya. Apa yang termampu ku berikan beserta doa moga akan tiba jua bahagia buat mereka.
Air mata ini menitis laju bila mereka mengucapkan padaku. “Terima kasih akak sebab bagi kita orang makan KFC, selama ni kita orang tengok kat TV je macam sedap rupa-rupanya betul-betul sedap." Luah sikecil itu sambil tersenyum aku memandang bola matanya yang bertakung dengan manik jernih, aku menariknya dan pantas ku peluk dengan erat, aku menjadi lemah aku tidak setabah dia……
Aku tidak mampu memberikan yang terbaik namun andai ada rezekiku akan kucuba memberikan yang ada agar senyuman itu akan terus kekal diwajah sicomel.
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel