ZR Gambar Ihsan Googles
Andai dapat ku kembali ke waktu dulu,
Andai dapat ku perbetulkan apa yang silap,
Andai dapat ku ubah apa yang patut,
Andai dapat kukotakan janjiku,
Andai dapat ku capai bintang,
Andai dapat ku tunaikan segala,
Kalau masa itu kembali,
Kalau aku dapat mengubahnya,
Kalau aku tidak terburu-buru,
Kalau aku tidak begini,
Kalau aku tidak buta dahulu,
Kalau aku begitu kalau aku begini.
Andai dan kalau selalu menjadi igauan, kalau itu mampu melaksanakan apa yang diimpikan maka tak akan ada insan yang kecewa tak akan ada insan yang terluka tak akan ada titisan air mata dan tak akan ada penyesalan. Andai segalanya mungkin pasti yang indah sahaja menjadi milikmu. Pasti duniamu ibarat pelangi berwarni warni dengan nyanyian hati.
Tapi hakikatnya andai dan kalau itu teramat mustahil….dan realitinya kita akan menangis dan terkecewa dengan keadaan, masa dan diri sendiri banyak yang berlaku dan banyak yng terkadang tidak patut berlaku…apapun keadaan dan situasi walau berbeza senyumlah selalu,sesungguhnya senyumanmu itu manis dan penawar dihati insan yang terluka. Biar dihatimu perit namun ketawalah untuk mengubati jiwa yang lain. Tidak mustahil seri cahaya akan terpancar diwajahmu dan akan menutupi tiap kedukaanmu jua……Maka teruslah S.E.N.Y.U.M.
masa yg lalu tak kan berulang lagi...pasal tu kita kena menghargai masa2 yg ada...;d
ReplyDeletesalam kenal :)
ReplyDeleteandai dan kalau menjadi mainan lidah, tetapi hakikat dan realiti tidak dapat digubah... begitulah adanya kita ini :)
berilah senyuman jika itu boleh membahagiakan orang lain, kerana kita juga akan dapat merasa bahagia itu.. InsyaAllah.. :)
ReplyDeleteandainya 'andai dan kalau' ini jadi kenyataan..
ReplyDeleteRieyana,
ReplyDeleteYa itu memang pasti kerana itu kena hargai
Maksu,
Salam terima kasih sudi ke teratak saya
Kella,
betul tu lagipun senyumkan awet muda
Lelah itu jadikan sempadan,
ReplyDeleteYang berlalu jadikan pedoman,
Hari baru itu harapan,
Masa depan itu pilihan,
antara tangisan atau senyuman...