Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, December 28, 2010

DIA

ZR                                                               Gambar Ihsan Googles

Kau  kata kau cinta, kau kata kau sayang, tapi mengapa ?
Mata belum buta untuk melihat, mata belum rabun memang pasti itu dia.

Berkali ditanya jawabnya tidak pernah, berkali disoal jawabnya mana ada,
Tapi naluri serta rasa,  hati tahu ada sesuatu. Biar ikrarnya akan setia, biar ikrarnya akan keakhirnya, tapi akhirnya ikrar itu menikam kalbu.

Ketentuan dan Kekuasaan memang milikNYA, yang teraniaya hanya mampu berdoa moga akan terbentang petunjuk kerana hati selalu berbisik ada sesuatu yang terselindung.
Tingkah dia berbeza, ragam dia berlainan ada sahaja yang tak kena dan sentiasa serba tak kena. Riak wajah seakan berubah mata itu tidak berani memandang bila dipersoalkan cuma yang hadir kata suara yang dirasakan tiada kejujuran.

Akhirnya yang benar itu hadir, walau tanpa diduga walau tanpa perancangan.
Ditempat itu terbukti segala bisikan hati benar, dia datang padanya. Riak mukanya berubah ada kejutan ada debaran. Mata ini melihat dari jauh, kaki perlahan pergi melangkah.

Dia yang terlihat menghadiahkan reaksi terkejut, riaknya berbeza, matanya memandang seperti memohon pengertian. Dia seakan tidak mengerti hanya memandang dan bertanya padanya. Senyuman hadir dibibir ini tanpa sebarang ucap hanya mata yang memberi maksud.

Kaki ini melangkah tanpa kata, nama dilaung, nama dipanggil ibarat burung sedang berlagu. Dia datang menghampiri melihat wajah. Soalan emas diberikan siapa diri ini dimatanya. Tanpa ucap tanpa balasan senyuman sahaja moga dia mengerti. Pandangan ku padanya tidak terhenti. Dia seperti memarahiku aku senyum sinis padanya yang menitiskan airmata hadir padaku, mengejar aku tanpa mempedulikan dia. Dia menangis ditinggalkan aku tidak bersorak kemenangan, aku mengerti perasaan dia.

Tekaan dan tafsiran hati padanya telah terjawab. Terima kasih padanya kerana memberi rasa kecewa, memberi rasa terkilan. Wajahnya kutatap dalam kebisuan yang terdengar cuma keluh kesah darinya yang penuh penyesalan. Bicara ini tetap sepi melayari hati yang tercalar…

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel