Gambar Ihsan Googles
Memandang wajahnya yang penuh cerita, hati ini ingin sahaja bertanya, ingin daku mengucapkan padanya.
“Luahkanlah aku sedia menjadi pendengar, mungkin ada cerita suka, atau pun duka bisikkan padaku, aku setia mendengar.
Raut wajahnya penuh suram penuh mendung, suaranya hari ini seakan hilang. Dia seperti berlari dipentas rekaannya tanpa mempedulikan orang sekeliling. Ada sebaris keluhan yang terpancul cukup untuk membuktikan betapa jiwanya resah.
Aku hanya memerhati dalam sepi, bimbang andai langkah ku bisa mencalarkan perasaanya. Walau terselit rasa ingin mengetahui namun kubiarkan sahaja.
Renungan sepi terus menjadi temannya hari ini, aku disisi ibarat tiada. Tuturku laju untuk melahirkan tawa tapi tiada yang berbekas dijiwanya. Dia kembali menjadi sepi walau pun seloka berlagu oleh teman-teman yang lain. Mungkin sepinya baru seketika namun cukup membuatkan jiwa ini resah. Aku bersalahkah? Aku menyinggung hatinyakah? Segalanya kuputarkan untuk mengingati.
Andai ku luahkan pertanyaan, bersediakah dia membicarakan, atau aku akan dipinggirkan kerana mengambil tahu. Fikiranku celaru ingin dibiarkan bimbang andai tafsirannya menganggap aku tidak menghiraukannya. Tapi jika aku mulakan bicara mahu kah dia?
Keliru aku keliru kerana memori dulu masih berbaki aku tak ingin dijadikan tajuk cerita sekali lagi aku tak ingin dijadikan penambah perisa sekali lagi andai aku memulakan bicara. Tapi dia tetap temanku..bagaimana haruskah aku memulakan, haruskah aku mencuba ….Aku keliru...
Salam
ReplyDeleteTidak salah memulakan biar hajat mungkin tak kesampaian. Usah biarkan hati bermain dengan perasaan, menjawab tekaan tiada sempadan.
Salam..'
ReplyDeleteTerima kasih sudi ke teratak ku.