Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Showing posts with label ZR. Show all posts
Showing posts with label ZR. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

SAYANG AWAK

ZR                                           
SAYANG AWAK PART ~ 5

Aini terus merenung akan handphone yang masih ditangan. Entah mengapa sejak mendapat panggilan telefon dari ibunya aina menjadi kaku, handphone didepannya ibarat berlian yang amat bernilai hingga tak teralih pandangannya.

“Aina, mak nak bagitau aina ni, esok ada rombongan nak datang ke rumah kita”Mak memulaka bicara

“Rombongan apa mak? rombongan cik kiah ke?.” Aku membuat lawak yang ku rasa tidak begitu lawak.

“Aina mak fikir aina dah faham dengan maksud mak rombongan nak memetik bunga yang mekar mewangi kat laman kita le yang oiiiii”. kedengaran suara mak geram dengan gelagat ku.

“Alah mak apa  masalahnya biarlah diaorang nak datang mak dah bagitau Ain ke belum ni?” aku menanyakan soalan.

“Apasal pulak nak bagitau Ain, tak ada kena mengena dalam hal ni, yang kena dengan  kes ini , anak mak yang sedang bercakap.” Mak meluahkan.

Mendengar ucap mak bagai nak terluruh jantung aku, debar yang hadir ibarat nak keluar organ dalaman aku. Betul ke  yang aku dengar atau aku bermimpi. Reaksi ku mungkin agak pelik hingga beberapa kawan dipejabatku melihatku dengan penuh persoalan.

“Aina dengar tak mak cakap ni, kalau dengar apasal sunyi sepi ni?” mak mencari aku yang dalam kebisuan.

“Mak ni kot ya pun nak main-main tak payah le guna cara cam ni. Aina tak kisah le kalau Ain kahwin dulu tak ada sebarang masalah le.” Aku menenagkan jiwa yang sudah hilang arah.

“Ishhh budak ni mak bagitau yang betul, rombongan tu nak masuk meminang Aina, nak bagi cincin. Rasanya Aina tak ada halangan kan, lagipun Aina pun mesti setuju dengan ikatan yang bakal dibina ni.” Mak terus berbicara sedangkan aku seakan hilang dari diri aku.

“Mak rasa Aina memang tidak akan menghampakan mak dan ayahkan?, lagipun mak rasa dia memang layak untuk Aina dan memang dia pilihan tepat.” Ucap mak tanpa memberi ruang kepada aku untuk berbicara.
Aku terus membisu bagaimana harus aku nyatakan, siapa yang bakal menghulurkan cincin padaku, siapa dia yang akan mengakadkan nama ku nanti, sememangnya aku mengharapkan Hakimi tapi mungkinkah dia?  sedangkan dah dua minggu dia tidak mempedulikan diri ini, hilangkan rasa sayangnya pada diri ini, atau memang dia telah beralih arah seperti yang aku gambarkan. Andai benar beruntunglah wanita yang bakal menjadi permaisuri Hakimi. Terasa sebak dihati ini, betapa aku merindui dan anganku dia menjadi pelindungku.

Aina! Aina!” Suara mak mematikan lamunan ku, suara ku sekaan hilang untuk terus berbicara yang tinggal cuma rasa terkilan dan sepi yang mula hadir.

“Mak macam mana Aina nak bagi mak jawapan dalam masa singkat begini, sedangkan Aina belum bersedia. Secara tiba-tiba sebelum ini mak tak pernah pun membangkit hal ini, Aina rasa elok kita bincang dirumah.”

“Memanglah bincang dirumah, mak Cuma nak maklumkan rombongan nak datang esok, jadi Aina boleh minta cuti esok”. Mak seakan tak memahami gelodak yang melanda jiwa ini.

“Mak…kita bincang dulu.” Rayuan yang terkeluar dari bibirku

“Aina mak ni ibu Aina apa yang mak buat semuanya terbaik buat Aina sayang, Insyaallah memang dia sesuai untuk Aina. Oh lupa rasanya nama gerangan tu Tengku Ariff Durrah.” Tak pelah Aina sambung  kerjalah  mak buat persiapan apa yang patut.”Tanpa bicara panjang mak memutuskan talian.

“Tengku Ariff Durrah” Ligat otak dan minda berpusing mengingati nama yang mak sebutkan, langsung tak ada bunyi Ahmad Hakimi.  Hati dilanda gelombang yang lebih hebat dari Tsunami…….

Monday, January 3, 2011

LEPASKAN CINTAMU ~ 3

ZR                                       

Nur masih dengan mainan perasaan yang masih berbaki, entah mengapa perasaannya mudah tersentuh. Ada rasa kesal dan terkilan dnegan sikap ikmal. Kekurangan yang ada padanya yang dulu tidak akan dibiarkan menjadi isu oleh ikmal, tapi kini alasan itu yang menghiris luka nya.

“Tergamak abang, mana janji abang sebelum ini.” Keluh nur

“Memang nur tahu nur bukan wanita sempurna, nur tidak mampu membenihkan zuriat pada abang, tapi sudah ketentuan dariNYA” . rintih nur lagi sambil memandang gambar perkahwinan yang tergantung di kamar utama rumah teres itu.

“Mengapa awak seakan tidk dapat menerima saya’? apa salah saya pada awak?” Kata-kata ikmal masih tergiang ditelinga nur, menyingkap saat ikmal meluahkan rasa cinta dulu

 “Awak tiada salahnya, cuma hati dan perasaan saya bukan pada awak.” Nur membalas spontan

“Usah berdusta dengan kata, jika hati awak maksudkan yang sebaliknya” Ikmal terus berbicara

“Hati saya milik saya, dan hanya saya yang tahu apa yang hati saya mahu.” Nur masih mepertahankan egonya.

“Awak terlau angkuh, ego untuk mengakui perasaan sendiri’” Ikmal memandang ke wajah nur

“Ego?  saya tak rasa begitu, macam mana awak pula yang merasai bagi pihak saya.” Nur memandang ikmla dan buat seketika mata mereka bertemu. Mata itu sememangnya amat nur rindui, mata itu yang mencuri hati nur sejak mula. Ada rasa getar bila mata itu bersatu.

“Nur mengapa awak tidak ingin mmberi peluang pada hati awak, kita sama-sama merasai perasaan yang bersarang dalam jiwa kita.” Ikmal bersuara dengan nada perlahan

“Nur janganlah mengorbankan perasaan nur, lepaskan apa yang nur rasa. Usah menipu lagi nur saya tahu apa yang nur rasa. Saya ikhlas menyintai nur dan saya juga tahu nur juga begitu.” Ikmal memandang nur dengan penuh pengharapan. Entah mengapa gadis ini agak  sukar menerima cinta ikmal dan terlalu payah untuk mengakui perasaan sendiri.  Ikmal bukan tidak tahu dalam diam nur juga menyimpan perasaan padanya. Rina kawan baik nur sendiri yang menjadi spy bagi pihak ikmal.

“Sudahlah Ikmal, saya ada banyak lagi kerja nak buat..Ni ha berlambak lagi document nak kena buat presentation, awak usah fikirkan sangat tentang hal ni.” Nur selamba mengubah top[ik tanpa mempedulikan perasaan ikmal ketika itu

“Nur, keras sungguh hati awak…biar apa pun nur saya akan buktikan yang saya tak salah menilai perasaan yang ada dalam jiwa awak terhadap saya.” Ikmal meluahkan kata dengan nada kecewa. Entah berapa kali dia terkecewa dengan sikap nur, tapi tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk melepaskan nur. Nur tetap gadis yang bertakhta dihatinya biar nur sendiri tidak mengizinkan namanya diletakkan dihati ikmal.

Thursday, December 30, 2010

AKU DALAM KEGEMBIRAAN

ZR

Cerita semalam masih bersambung ke hari ini, kisah pertemuan daku dan dia . Walau cuma sementara cukup mengubat rindu yang tertanam sudah lama.

Bila pandangan kami saling bertemu tiada yang terucap cuma coretan dimata yang menceritakan segalanya.

Senyumannya penuh makna, senyuman ku penuh erti tiada yang tersimpan dihati segalanya kuluahkan biar dia mengerti betapa dia selalu disisi.

Tuesday, December 21, 2010

PERTEMUAN


ZR

Pertemuan itu tanpa dirancang, pertemuan itu bukan diminta apatahlagi diduga. Pertemuan itu ibarat membuka kembali diari lama yang telah hangus terbakar oleh masa.

Dia hadir dengan senyuman, senyuman yang dulu menjadi igauan dihati. Lirikan matanya bagai membawa erti namun tidak berbekas dihati ini. agaknya untuk mencuit perasaan tapi tidak terkesan.

Tuturnya” Awak memang seperti yang saya gambarkan tetap menawan seperti dulu, raut wajah tidak berubah masih mampu membuahkan rasa cinta dihati.”

Aku diam tanpa sebarang bicara, keadaan yang amat berbeza ditempat yang jauh beza.

“Awak tidak merindui detik yang lalu, tidak pernahkah terlintas keadaan saya bagaimana ketika ini, adakah pernah awak teringat akan saya walau sekejap”. Bicaranya sambil memandang ku.

Aku masih sepi sambil bola mataku terus memerhati permata hati yang asyik bermain, suami ku jua sedang melayan karenah permata hati kami.

Pertemuan ini bagai suratan darinya, mungkin doa saya dimakbulkan untuk bertemu awak, perasaan rindu ini masih ada, mungkin awak pun sama ?”. soalnya bila dilihat aku tanpa sebarang reaksi.

Aku memalingkan wajah melihat seorang wanita yang cukup sempurna, indah sungguh ciptaanNya. Wajahnya kutatap pantas ku lemparkan senyum sambil ku tolehkan wajah untuk melihat kembali sesusuk tubuh yang masih berdiri. Aku amati wajah itu. Ternyata ada perubahan dari segi kematangan, Tubuhnya juga telah berubah cuma yang sama adalah alunan suara yang masih sama. Memang dia dulu menjadi pujaan hati ini, memang kerana dia aku menjadi perindu. Segalanya tentang dia.

Ku amati sedalamnya bolamata itu. “ Saya tak mahu dan tak ingin mengingati semua itu, andai benar ada lagi rindu dan cinta dihati awak berikanlah pada yang hak seperti mana saya menyerahkan segala rasa pada yang berhak, yang semalam itu tidak seharusnya menjadi mimpi lagi berpeganglah pada reality. Andai cinta yang sebenar awak zahirkan pada sidia yang diakadkan awak akan nampak nilai cinta sebenarnya.” Aku berlalu pergi tanpa menoleh kepadanya, bukan aku kejam untuk tidak memahami, bagi ku itu semua satu musibah andai dibiarkan mengakari pemikiran dan perasaan ku. Langkah ku laju kearah insan yang aku sayangi, yang berjaya menakluki dasar hati dan jiwa ini.

Bagiku dia yang hadir dulu cukup sekadar sebuah nostalgia yang cuma tinggal cebisan nilainya. Biarpun langkah ku selalu kedepan tapi sesekali akan kutoleh kebelakang untuk mencari sedikit petunjuk untuk kujadikan aras dalam membina Titian Kasihku.

Friday, December 17, 2010

BERDOSAKAH


Terfikir dan termangu seketika, kata dan cerita yang didengar dan diperdengarkan masih tergiang ditelinga ini.

"Aku terasa dengan sikap ibuku, betapa hingga kini aku tak mampu untuk meaafkan nya kerana tidak pernah menjagaku apatah lagi mendodoikan daku, susunya setitik pun tidak kuhirup mengapa ibuku teramat kejam membiarkan daku  begini. Tidak pernah ku merasa kasih sayangnya hinakah anda dia mengakui daku anaknya."

Keluh kesah yang meninggalkan soalan dalam jiwaku. Patutkah aku ucapkan padanya

"Seburuk dan sejahat mana pun dia... dia tetap IBUMU, yang mengandungkan mu dirahimnya, nadinya yang kau kongsikan, laman yang pertama kau rasai alam yang pertama tempat kau bermain. Degup jantungnya menjadi irama merdu dahulu. Keluh kesah penatnya membawa mu selama 38minggu ke 40minggu tidak pernah terungkit.
Sakitnya saat melahirkanmua tidak terucap dengan kata. Titisan peluh dan tenaga yang hadir tidak pernah dihitung demi membiarkan dikau merasai udara ini.

Mungkin benar dia membiarkanmu, mungkin benar dia mengalihkan pandangannya padamu tapi tidak sekali-kali hatinya , perasaannya keibuan tetap wujud....

"Ingatlah yang pasti sebenci dan sehina mana pandangan mu pada dia , syurga tetap dikakinya, redhanya adalah doa untuk mu. Yang lepas biarkan lah pasti ada sejarah tersendiri. sayangilah ia hargailah ia kerana dikau bertuah tahu siapa ibumu. dikau bertuah dibenarkan menikmati hidup ini.

Itu kata-kata yang tak terluah oleh aku kerana tidak tahu situasi sebenar hanya mampu mendengar. Tapi berdosakah seorang ibu andai benar sikapnya membuatkan sianak tersayat pilu....

ZR

KECEWA


Hari ini aku terkecewa, bukan kerana cinta bukan kerana diri didusta tapi kerana blog yang ku ibratkan rakan karibku, walaupun baru untuk mengenal dunia blog tapi rasa sayang dan cinta telah wujud disitu namun daku akur terpaksa aku melangkah ke rumah baru.

Pelbagai daku lakukan untuk menyelamatkan LAFAZJIWAKU namun aku tak termampu, mungkin bukan bidang daku. dalam kehampaan aku terpaksa mengalah walau bukan itu yang daku impikan.

Dengan rasa yang teramat berat ku lepaskan LAFAZJIWAKU dan kulahirkan ZANNA ROHIM.blogspot.com. Butiran dan isian tetap sama walau pasti ada yang terkurang kerana semangatku lentur.

Akan ku simpan tiap yang pernah ku zahirkan dulu dan akan ku siarkan di teratak baruku ini dan moga apa yang menimpa dulu tidak akan berulang.

Kepada yang masih sudi dan masih merasakan rumah ini memberikan sesuatu maka teruslah hadir...tanpa kalian siapalah daku.

Terima kasih