Terfikir dan termangu seketika, kata dan cerita yang didengar dan diperdengarkan masih tergiang ditelinga ini.
"Aku terasa dengan sikap ibuku, betapa hingga kini aku tak mampu untuk meaafkan nya kerana tidak pernah menjagaku apatah lagi mendodoikan daku, susunya setitik pun tidak kuhirup mengapa ibuku teramat kejam membiarkan daku begini. Tidak pernah ku merasa kasih sayangnya hinakah anda dia mengakui daku anaknya."
Keluh kesah yang meninggalkan soalan dalam jiwaku. Patutkah aku ucapkan padanya
"Seburuk dan sejahat mana pun dia... dia tetap IBUMU, yang mengandungkan mu dirahimnya, nadinya yang kau kongsikan, laman yang pertama kau rasai alam yang pertama tempat kau bermain. Degup jantungnya menjadi irama merdu dahulu. Keluh kesah penatnya membawa mu selama 38minggu ke 40minggu tidak pernah terungkit.
Sakitnya saat melahirkanmua tidak terucap dengan kata. Titisan peluh dan tenaga yang hadir tidak pernah dihitung demi membiarkan dikau merasai udara ini.
Mungkin benar dia membiarkanmu, mungkin benar dia mengalihkan pandangannya padamu tapi tidak sekali-kali hatinya , perasaannya keibuan tetap wujud....
"Ingatlah yang pasti sebenci dan sehina mana pandangan mu pada dia , syurga tetap dikakinya, redhanya adalah doa untuk mu. Yang lepas biarkan lah pasti ada sejarah tersendiri. sayangilah ia hargailah ia kerana dikau bertuah tahu siapa ibumu. dikau bertuah dibenarkan menikmati hidup ini.
Itu kata-kata yang tak terluah oleh aku kerana tidak tahu situasi sebenar hanya mampu mendengar. Tapi berdosakah seorang ibu andai benar sikapnya membuatkan sianak tersayat pilu....
ZR
Maaf, ini pendapat saya saja.
ReplyDeleteIbu tidak semestinya betul atau benar dalam semua perkara. Ibu juga manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan. Sebagai anak, memaafkan adalah sangat mulia tetapi sebagai anak juga, tanggungjawab membetulkan adalah dituntut. Namun gunalah metode yang tepat dan berkesan tanpa perlu menderhaka dan melukai.
Allah saja yang Maha Mengetahui
salam..
ReplyDeletePandangan sephia itu betul
emmmm...ada cara nyer utk menegur...jgn sampai kecik kan hati dia owg..owg tua2 ni sensitif sikit kan...
ReplyDeleteyg di nama kan menusia..tak semua pekara yg di buat betul...kekadang jd serba salah utk menegurkan..terutama mak kita...tapi tegurlah..dgn baik supaya mereka tidak berkecil hati..
ReplyDeleteBetul tu cakap rieyana orang tua ni sensitif sikit
ReplyDelete