Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, December 20, 2010

CINCIN

ZR

Cincin dijari manis ini sungguh indah, berkilau menambat sesiapa sahaja yang memandang.

Cincin ini tetap utuh tapi begitukah nilai cinta ini adakah akan terus berkilau bak permata yang ada atau akan kabur begitu sahaja.

Kecantikkan kekemasan melambangkan keunikan cincin, ya cincin yang pertama kali disarung dijari manis, cincin yang pertama kali mengenal tuannya.

Tika cincin ingin dimiliki betapa tebal dugaan yang dihadapai, cabaran teman-temanmu yang pelbagai corak yang cuba menonjolkan diri. Tapi bagai ada tarikan bagai ada panggilan cincin ini yang dipilih walau bukan semahal sebutir berlian yang indah namun ini yang terpilih.

Murahkan nilai cinta seperti nilai cincin ini atau cincin ini sebagai sandaran untuk meluahkan cinta atau cincin ini sebagai pengikat atau sebagai lambang akan utuhnya cinta selagi kilauan cincin terus berkilau.

Namun yang pasti cincin ini penuh memori, cincin ini menyimpan segala perjalanan dan cincin ini teristimewa dan akan tetap kekal dijari manis ini.

2 comments:

TQ..TQ Atas kata-kata comel