Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, December 22, 2010

OZI RUPANYA

ZR
Hafiz merenung siling rumah dengan baki senyuman yang ada, kipas yang berputar seakan sesuatu yang lucu sehingga senyuman yang ada dibibir hafiz bertambah lebar.
Surat yang ada ditangan direnungnya sekali lagi. Memang surat itu agak ringkas tapi tetap kembang hidungnya kerana tak sangka dalam diam ada juga peminat misteri.

Saya suka awak dan ikhlas ingin berkawan dengan awak

Yang Benar,

Nur.

Digaru kepala yang tak gatal ibarat mempunyai kutu dikepala, mencari sang gadis yang bernama nur. Jenuh difikir melambak le gadis yang bernama nur kat pejabat. Fikiran teralih kepada seorang gadis yang menarik minatnya, gadisnya manis dan amat lembut, memang mereka tidak pernah bertegur sapa tapi tingkah laku gadis itu amat mencuri pandangannya. Mungkinkah dia andai benar beruntungnya dia. Dipasang angan selama ini  timba yang mencari perigi sekarang biar timba jual mahal. Kot kot tektiknya berjaya. Tapi gadis tu ada nama nur ke setahunya gadis tu dipanggil Azza oleh teman-teman. Mungkin nama asalnya nur azza ke? Hafiz membuat kesimpulan sendiri.

Sampai di pejabat hafiz mencari wajah itu, hatinya memang berkata dia yang menjadi peminat misterinya, perasaan juga hafiz maklumlah wajahnya nak kata hendsome tak lah kot tapi kawan baiknya Ozi selalu cakap manis tu ada.

“We….jauh nampak?” jerkahan ozi mengejutkan hafiz.

“Apa le kau ni tak reti bagi salam ke? atau kau memang tak tahu nak bagi salam.” Hafiz memandang ozi dengan rasa geram. Apa pun janganlah minah ni perasaan tingkah lakunya tadi kalau tak haru jadinya.

Cam na kau arini ok ke?” Ozi bertanya sambil melemparkan senyuman yang paling manis lagaknya.

Hafiz memerhati tingkah ozi, seakan ada pelik sedikit tingkahnya dengan senyuman yang ala-ala menggoda. Bila diamati cantik juga raut wajah minah ni dengan bibir mulus, bulu mata yang menarik pipi gebu ditambah pakej lengkap berkulit cerah pendek kata kalau dipakai baju kurung mungkin hati lelaki hafiz boleh cair kot.

“Apsal kau ni, semacam je ada masalah ke?” hafiz mengajukan soalan tanpa memandang wajah ozi

Ala aku sama je hari-hari kau yang mungkin tak perasaan kot, maklum le mata tu asyik mencari sesuatu je dari tadi aku tengok kau.” Ozi seakan merajuk

La minah ni apahal sensitive pulak biasa gurau tahap gaban pun tak heran, hari ni tetiba shahdu pulak. Hafiz pelik dengan sikap ozi. Apapun malas nak dilayan dah memang sikap ozi gitu memang dia perempuan tapi kerasnya mengalahkan aku.

“Ozi nak tanya sikit budak baru azza tu nama sebenarnya tahu tak.” Aku bertanya dengan nama yang lembut bukan apa dibuatnya minah ni terlompat tak ke haru biru jadinya dia nanti.

“Apasal, kau minat kat dia ke?” ada nada seakan cemburu dari ozi. “Kalau nak tahu tanya dia sendirilah malas aku nak layan kau….aku blah dulu lah.” Ozi berlalu pergi tanpa menjawab persoalan aku

Sudah seminggu kerlibat ozi tidak kelihatan, hafiz seakan kehilangan arah. Visinya untuk mendekati azza juga seakan dilupakan.

“Mana le minah ni biasanya sehari tak salah kalau tak bertenggek kat tempat aku.” Hafiz membebel sendirian sambil mempamirkan muka yang kelat. Rindu pulak dia dengan gelagat minah ni.  Sepanjang 4 tahun bekerja disini ozi yang banyak menjadi pendengarnya , tak kira walau macammana pun ozi seakan tahu aje situasi yang dia hadapi.

Mata hafiz terpandang fail yang diletakkan diatas meja, baru tadi adnan dan menghulurkan fail itu. Baru hafiz tahu ozi cuti dua minggu. Sampai hati ozi sedikit pun tak bagitau kata kawan, hafiz pula menjadi sensitif. Malas memikirkan itu yang pasti hafiz dah berkira ozi datang kerja balik siap dia habis-habisan hafiz akan kenakan, baru dia tahu nilai sahabat yang sebenar.

Masa berlalu pantas kerja tak sempat hafiz siapkan lantas dia mengambil keputusan untuk membawa lebihan kerja pulang kerumah, entah mengapa sekarang jiwanya rasa kosong seperti hilang sesuatu ozi nama itu seakan selalu hadir. Dicapainya handphone ingin sahaja dia mendail nombor ozi tapi keegoaanya tinggi, biar ozi yang mulakan dulu. Kelibat azza yang melintasi depannya langsung tidak menarik perhatiannya.

Bertemankan radio yang berlagu romantis  hafiz meneliti kertas kerja, tiba-tiba matanya kaku terpandang tulisan yang masih berbaki dicebisan draff. Tulisan itu seakan pernah dilihat, pantas hafiz bangun mencapai sesuatu. Bila dibuka dan diteliti sah memang sama dan pemilik tulisan itu bernama NUR NADIRA. Hafiz mencari-cari siapa pemilik nama itu dipejabat. Bagai lama menunggu siang hafiz tak sabar untuk memulakan siasatan.

Dipejabat hafiz ibarat lipas kudung satu demi satu department disiasat untuk mencari nama itu tak juga jumpa. Pelik pula rasanya, hafiz seakan putus harapan tiba –tiba fikirannya tertanya ozi, apa nama sebenarnya, sepanjang tempoh perkenalana hanya nama ozi yang dia tahu, dan tak pernah pula dia nak ambil tahu nama sebenarnya gadis itu, pernah ditanya tapi ozi marah-marah, bila ditanya budak pejabat majoriti tak tahu, nak tanya department ozi nak menempah maut kalau ozi tahu lebam bijimatanya. Ozi lagi yang hafiz ingat apasal ni. Rungut hafiz sendirian.

Tanpa menuggu cuti yang diminta diluluskan hafiz meluncur laju memandu kedestinasi yang ingin dituju, rupanya selama ini itu yang dia cari, rupanya selama ini dia tidak sedar yang sememangnya sayang dan rindu memang telah lama hadir dalam dirinya. Walaupun perasAan itu tak pernah ditunjukkan tapi hafiz masih buta dengan perhatian yang diberikan. Tak sabar rasanya hafiz ingin sampai dirasakan dari cheras ke kajang itu agak jauh , walaupun jalan tidak sesak tapi sesak rasa jiwanya.

Tiba didestinasi hafiz mematikan enjin kereta. Rumah yang tersergam didepannya dipandang, ditelan air liur yang seakan tersekat dikerongkong. Laman rumah itu agak luas dan bertambah seri dengan bunga yang mekar menghiasi. Pandagannya teralih pada kelibat seorang gadis yang berbaju kurung sedang asyik menyapu dilaman. Cantik sungguh wajah itu gelak tawa yang hadir dari bibir itu juga ibarat mengubat rindu ini.

“Salam……” Hafiz memberikan kata pembukaan. Gadis itu seakan kaku dan terus menjadi patung bila mendengar suara itu.

“Nur nadira, awak rupanya.” Hafiz memandang dengan mata yang penuh erti dan senyuman yang mempunyai maksud mendalam…dan ozi hanya mampu untuk membalas senyuman. Nampaknya selepas ini nama ozi akan terluput dari bibir lelaki itu.

~ Maaf andai penulisan ku ini tidak seberapa kerana aku bukan professional...terimalah seadanya.

4 comments:

TQ..TQ Atas kata-kata comel