Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Thursday, December 18, 2014
PANDANGLAH DARI HATI
Akhirnya terbuka pintu hati ini untuk memaksa jemari ini menaip butiran- butiran di teratak usang ini, benar agak lama menyepi, bukan tiada hati tapi kadang sukar untuk meluah dengan kata- kata. Manusia suka melihat dan memberi tafsiran, tanpa sebarang persoalan terusan kata - kata himpunan cerita dibuka, mengeluh kadang, tapi tiada guna, saat yg terlihat pada kita cuma kekhilafan dan kekurangan,yg dibalik senyuman itu tiada terlihat. Payah bila mata itu menjadi mulut, ruang penafsiran itu cuma yg ada pada zahir hakikat ? mata itu buta..kenapa kita gemar membuka cerita dengan cuma melihat? apakah kita ini bergantung pada mata tiada akal?, akal itu ada tersimpan. Kebenaran yg hakiki kita mudah terlihat yg buruk..cepat benar meneka, walhal saat orang ditimpa musibah tidak pula kita sedari, kita tahu namun kita diam membisu, dan kita tidak mengambil tahu, kita cuma memandang untuk mencari titik satu yg kurang dimata kita, tapi kita lupa, yg terlihat itu bukan yg benar, bukan yg pasti, ibarat sebuah cerita dongeng dan kita mula menulis skrip. Kita senyum dengan bangga, dengan megah saat kisah dijual, kita leka seronok dengan perencah ajinomoto selepas itu, sayangada hati yg menangis kerana kita, ada hati yang terluka kerana kita, tanpa pembelaan hati yg disakiti berdiam diri, kita hanya memandang, mereka yg melalui tidak akan sama, jadi saat melihat biarlah mata terbuka, melihat dari hati berpundi diakal, berpandu...Biarlah apa jua yg dilihat usahmelempar tafsiran sepantas kilat, kita ini selagi ada nafas yg buruk tidak mustahil milik kita kembali, apa jua yg tidak memyenangkan..lemparkan ketepi, biarlah ........carilah disaat mereka dalam kesusahan, saat mereka perlu tangan untuk memberi kekuatan, tapi tutupilah mata dari rasa.....kita ini manusia, mereka jua manusia , jika kita tidak rela diperkata tanpa belas, begitu jua mereka,
Wednesday, August 13, 2014
Terkadang
ZRSaat merenung bulan, hati pasti sepi. Sebuah kehidupan itu sentiasa berputar, kadang bersumbu kadang gelap yang ada. jika mencari yang indah cuma, maka layakkah diri, kerana banyak yang kurang apatah lagi yg khilaf, termenung dalam sebuah kehidupan, mencari sebutir bintang walau malap tetap berharap, kekosongan itu bukan sendiri tapi terbiar dan terbias oleh bayangan yang kerap kunjung tiba. Jauh berharap dibalik yg tertimbul baik atau terbaik, mengeluh tiada akan bertemu jalan. Ada cuma pengharapan untuk sebuah kepasrahan. Ada sayu namun ada jua rindu namun andai bukan jalan itu, berserah pada Pencipta yang membuatkan jalan cerita, keliru itu adalah permainan, tetap menadah yang mengetahuai apa sebaliknya cuma DIA, jika mendekatkan, menyenangkan, melapangkan untuk RedhaNYA, maka cahaya itu hadirkan, tapi andai menjauhkan dari Redha, dari syukur dari menerima Qada Dan QadarNYA maka, terima kerana rahsia itu milik DIA. Tekadkan tabahkan untuk memahami skrip yang ada.
Monday, June 30, 2014
Ramadhan..Adakah ini yang terakhir.
ZR Tajuk hari ini, lain macam pula, tapi maksudnya tak lain.Ramadhan tiba lagi, agak ramai yg merindui ramadhan. Mustahil untuk tidak merindui ramadhan.Bulan yang penuh Rahmat dan kasih sayangNYA. Tapi sayang dibalik kenikmatan itu, ramai yg ternampak Aidilfitri cuma, ramadhan tiba setahun sekali begitu juga dihari raya. Kita mengejar untuk yg sebulan yakni dipenghujung ramadhan. Kita buta untuk mengejar di setiap hari ramadhan. Sedangkan itu setiap hari kemeriahan nikmatnya. Hari raya nikmatnya kadang sehari cuma meriahnya. Aku juga begitu alpa untuk mencukupkan apa yg kurang dihari raya. Alpa untuk cukupkan,selalu mendengar kata ilmuan.Beribadatlah dibulan Ramadhan bagaikan ini ramadhan terakhir. Tapi hati aku tidak sebegitu baik untuk menyahut kata ilmuan.Mungkin hatiku belum benar terisidengan rasa cinta yang benar benar utuh pada Allah . Alangkah indahnya jika kita mampu menjadikan kata itu sebagai dinding kita. Merasakan kesayuan andai ini Ramadhan terakhir kita, apakah kita tidak akan berhenti bersujud, atau tiap malam air mata akan hadir memohon Allah temukan.kita dengan ramadhan? sungguh kita ini selalu lemas, lemas oleh kenikmatan yg belum pasti milik kita.Andainya ini ramadhan terakhir kita,........
Thursday, June 5, 2014
Hati yang Resah
ZR Bukan mudah untuk kita damaikan hati yang resah, tidak mudah untuk kita membiarkan hati yang resah itu begitu sahaja, payah untuk kita tenangkan. Benar kita jangan melayan hati yang resah kerana hati itu bukan benar jua sifatnya. Apakah yang harus kita lakukan? susah bukan..Tarik nafas pejamkan mata dan senyum. Tenangkan hati dengan senyuman. Walau resah masih ada, tetap senyum, ingatkan hati, kita ini bertuah Allah berikan hati yang resah moga kita meminta dari dia. Saat kita resah saat Allah ingin kita mengingati DIA. Allah berikan resah kerana kita Alpa dengan keresahan pada sikap manusia sesama kita, hingga kita melupakan akan dihati kita perlu ada resah pada Allah, resah kerana kita ini tidak menyusukuri nikmat Allah. Ucaplah zikir zikir cinta saat resah..lapangkan hirup udara segar ini. Yakinkan yg resah ini dari Allah peringatan dari DIA.
Wednesday, June 4, 2014
Cukup...cukup sudah...
ZR Tajuk bagai bait lagu..itulah yg aku rasa kini. Cukup cukup sudah, banyak yg membuatkan aku berkata begitu, dalam hidup ini, banyak yg berlaku tipulah jika kita ini kuat, tak jua. Nampak saja tenang tapi hakikat cuma ada airmata. Itulah wanita mudah menangis, tapi kenapa wanita menangis? kerana manja atau apa?airmatakan teman wanita Allah ciptakan untuk mengubat luka diberikan airmata,agar luka wanita terubat. Aku ? cuba berdiri dibalik kesamaran perasaan yg berbekas dengan sakit yg berkali kali. Wanita apa jua yg diperbuat tetap akan dipersalahkan. Seindah rama rama tidak akan dipandang, cuma yg khilaf itu terlihat..bagaikan tiap yg dilalui itu tiada nilai. Itulah barangkali nilai wanita.cuba untuk bercerita akan disangka membuka aib. cuba untuk meminta tapi akan dikatakan meraih simpati. Sukar bergelar wanita. Mengeluh itu biasa, termenung itu bagai kawan. Tak mudah kerana yg tersimpan itu akan dinyatakan palsu. Cukup cukup sudah, bukan sekali tapi berkali kali, dalam diam itu lebih bisa dari berkata kata. Usah dicakap wanita ini remeh,suka memeningkan kepala walau perkara itu sekecil cuma. Tapi usah takut pintalah dari Allah . hajatlah seikhlasnya, mungkin bukan hari ini, mungkin esok tapi mungkin akan termakbul dengan penuh kebaikan..insyAllah
Monday, June 2, 2014
Cerita tentang Jodoh
ZR Bila bercerita tentang jodoh, pasti kita sedar jodoh itu termasuk dalam salah satu rahsia Allah,kita cuma mampu merancang, berdoa dan berharap tapi kita harus berbalik pada PenciptaNYA yakni Allah. Jodoh itu bukan bererti saat kita diijab qabulkan itulah jodoh kita hingga ke akhir nafas kita. Maaf mungkin ada yg tidak bersetuju dgn kata- kata saya. Kita tidak tahu apa yg menanti kita, setiap kita sentiasa mengharapkan pengharapan yg baik- baik. Namun Allah penentu segala, jika apa sahaja tanpa kita pinta hadir menerjah, ditinggalkan kan didepan mata atau hilang dari mata, atau terputus apa yg ada, terapkan redha dalam diri dan sebagaimana Rasullullah S.A.W damaikan ummu salamah saat kematian suaminya. Menyatakan Allah akan menggantikkan dengan lebih baik. Bercerita tentang jodoh.Banyak yg berlaku didepan mata saya. Contoh seorang rakan jodohnya tertakdir dengan suami orang dan isteri pertama dilepaskan. Saya tidak berani untuk menuduh perampas atau apa jua, kerana@yg tahu kebaikan dari, itu cuma Allah, kasihan saya melihat dia diperkatakan oleh teman teman.di tempat kerja, tapi siapalah kita untuk menghukum? itu mungkin cara jodohnya, sedangkan nasib jodoh kita? tiada sesiapa dalam dunia ini meminta untuk terjadi yg tidak membahagiakan, tapi jangan kita lupa, semua ini milik Allah jadi teserah pada Allah bentuk bagaimana jodoh kita berjalan. Ada juga kisah seorang wanita yakni isteri orang,diceraikan dan berkahwin dengan suami org dan menjadi isteri kedua. Apakah kita ingin mengatakan dia gatal? saya tahu mesti saya dikecam dan mungkin ada yg akan menyatakan mungkin ini.kisah saya. Tidak cerita ini adalah apa yg saya lihat dan apa yg saya pelajari, jika kita letakkan Allah dihati kita mengatasi kasihpada manusia,nescaya kehilangan manusia tidak akan menyakitkan kuta, kerana kita tahu Allah yang menciptakan manusia, setiap sesuatu perjalanan jodoh kita tersimpan di luth mahfuz . Berbaliklah.pada hakiki, lihat dengan mata hati bukan lihat yg buruk itu cuma, setiap jodoh itu walau kita yg dilafazkan, namun bukan pasti.milik kita hingga akhirnya. Usaha kita adalah berdoa dan meminta selainnya terserah pada DIA. Setiap ujian itu Allah simpankan ganjaran yg besar.
Friday, May 30, 2014
Mencari yang Hilang
ZR Saat kita sendirian, apa yg kadang terlintas atau terfikir dibenak hati kita? Tentu banyak yang kita fikirkan, duit, keluarga, hal hal dunia yg tidak pernah surut. Itulah yg kita tenungkan walhal banyak yg hakikat lebih dari nyata untuk kita cari. Saya bukan insan yg baik, malah jauh dari baik, namun saat sendiri saya rasakan sayu, rasa amat kosong, tiada penghujung perasaan itu, Kadang air mata laju mengalir merasakan betapa jiwa ini terlalu lama terbiar tanpa cuba untuk mengenal diri. Saya tahu banyak dugaan yg kita hadapi, tapi jangan kita mudah mengalah teruskan sujud, teruskan meminta kerana DIA menguji kita kerana kita mampu untuk ujian itu. Kerap hati ini berkata sakit ujian ini adalah penebus dosa- dosa yg silam. Sungguh aku tidak mampu untuk menatap gambar gambar ditanah suci, akan jatuh air mataku, bilakah akan tiba aku kesana. Rindu dan benar berharap. Moga kekasih Allah menyambut salam cinta kita semua dan memudahkan kita kesana. Sentimentel sedikit aku kerana penangan perkongsian cerita dari beberapa teman yg pernah kesana. Bertuah mereka. Aku??? moga ada rezekiku , jika bukan untukku moga rezeki ku itu diberi pada kedua ibubapaku untuk sana. Moga dapat mereka berdoa didepan Kiblat yang satu dan didepan Makam Kekasih kita semua. Penulisanku bukan untuk memberi gambaran akan aku ini insan yg solehah. Tidak sahabat, terlalu jauh perkataan itu buat aku yg sangat kerdil ini. Aku cuma ingin mencari cahaya, ingin mengenal KEESAANNYA yg aku terlalai. Aku dalam ruang untuk berdoa moga diriku, hatiku dibalikkan bagai Fitrah agar aku kenal Cinta yang SATU. Moga cinta dihatiku buat DIA melebihi cinta pada manusia, bukan aku angkuh tapi inilah hakikat cinta manusia akan pergi dari kita. Namun cintakan DIA itulah yg kekal.
Monday, May 19, 2014
Sumbangan Tudung
ZR Isnin kembali lagi..Alhamdulillah, usah kita mengeluh dihari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, senyumlah, jangan mengeluh. Warnakan hati dengan rasa rindu pada Rasul tercinta, moga kita beroleh Syafaat Baginda. InsyaAllah. Saya masih lagi dalam kempen Projek Tudung. Saya masih mengharapkan sumbangan pada yg sudi. Semoga ada yg ingin memberikan dengan niat sedekah atau apa jua. Ini adalah ihsan saya sendiri, untuk mengajak sesama insani kita beramal walau cuma sedikit. Kudrat saya tidak banyak, malah cabang saya jua terhad untuk meminta pada yg lebih. Cuma ini jihad saya dan saya mengalu alukan pada yg berkeinginan untuk memberikan tudung dgn niat apa sahaja, yg baik baik cuma. Semoga ada yg menyokong usaha saya ini. semoga ada senyuman diwajah.Ibu ibu tunggal mahupun balu saat saya sampaikan sumbangan tudung tersebut. Pada yg merasa was was dan merasakan saya menipu terpulanglah. Percaya kata hati anda, saya tetap mendoakan yg baik baik buat anda. Saya masih gigih ingin mendapatkan dalam 80 pcs tudung, untuk saya berikan pada 120 orang warga emas. Tudung bukan terpakai dan ingin saya@serahkan sebelum Aidilfitri . Andai ini berjaya sebagaimana program kain pasang sebelum ini, Alhamdulillah..Doa kan ada yg sudi untuk menyertai saya. Mungkin saya akan adakan program untuk anak yatim pula selepas ini. Moga Allah sampaikan niat saya ini. Pada yg ingin mengirim tudung melalui kiriman pos dialu alukan sebagaimana dilakukan olehbeberapa orang. Sila hantar di alamat berikut : Rosezana Bt Rahim ( imbina), No.15, Jalan Dagang SB 4/1, taman sungai besi indah. 43300 seri kembangan. Selangor. 013- 3462373....setiap kiriman akan saya catitkan nama. sebarang pertanyaan sila pm saya di rose7zana@gmail.com. Saya bukan berbuat untuk org memberikan saya pujisn. Tapi semoga@sesama@kita berbuat amal. Besar harapan saya..moga senyuman di wajah warga emas ada doa untuk kita dan saat kita memberi apa sahaja hajat kita sampai..Aminn..
Saturday, May 17, 2014
Projek Tudung 2
ZR Saya telah menerima beberapa kiriman pos tudung untuk disumbangkan pada warga emas. Terima kasih , saya masih ingin mengumpulkan dalam 80 pcs lagi. Tudung ini akan saya serahkan pada warga emas disebuah pondok pengajian. Besarlah harapan saya moga dapat mereka guna pakai di Aidilfitri. Jika ada yg ingin menyumbang walau sedikit cuma saya mengalu alukan..Sila pm sayaaa rose7ana@gmail.com..untuk pertanyaan.
Friday, May 16, 2014
Project Tudung
ZR Saya dalam usaha mengadakan projek tudung, usaha ini saya mengalu- alukan jika ada yg ingin menyumbangkantudung, bukan terpakai harus labuh melepasi dada. Tudung ini akan saya sampaikan pada warga emas yg bertempat di sebuah pondok didengkil. Tudung ini moga dapatdigunakan mereka di Aidilfitri nanti. Alhamdulillah saya telah menerima beberapa pasang tudung dari yg bermurah hati mengirimkan pada saya. Setiap yg menyumbang akan saya catitkan nama. Saya akan mengumpul tudung dan berharap dapat menghantar pada mereka sebelum Aidilfitri. Pada yg berkeinginan untuk menyertai projek tudung ini. Sangat saya alu alukan. Tidak perlu banyak..Seikhlas jua. Bukan banyak atau sedikit tapi..Niat kita..Jika berminat menyertai dan ingin menghantarkan tudung pada saya..saya cuba mengumpul dalam 120 pcs untuk diagihkan pada mereka. Yang ingin mengetahuai lanjut sila pm ke email sayar rose7ana@gmail.com. Saya tiada sebarang niat untuk menagih simpati sekadar ingin berkongsi sesama kita, jika ada yg berniat untuk sedekah atau sebagaimananya. Doa doakan moga saya berjaya dan ada yg akan menyokong , bukan memandang sinis. Saya melakukan ini atas dasar ingin warga emas rasa dihargai dan masih ada yg mengambil tahu hal mereka.
Alhamdulillah...Rezeki warga Emas
ZR Alhamdulillah...berkat usaha dan doa serta sumbangan dari yg bermurah hati. Akhirnya saya telah berjaya mengumpulkan sumbangan dan telah membeli kain- kain pasang untuk warga bukan kerana sayaemas untuk 120 orang. Memang bukan mudah. Ada yg beranggapan saya membuang masa. Tapi tidak mengapa, sekarang kita muda. Dihari tua kita tidak tahu dimana kita nanti. Mungkin kita jua akan menumpang kasih dari yg sudi. Usah berharap pada yg hampir. Kelak kita akan meratap sayu. Semoga pada yg menghulurkan sumbangan..walau bagi mereka sedikit cuma, namun moga ada doa mereka buat kita saat hadir dimajlis majlis ilmu. Saya
bukan ingin menabik dada menyatakan saya ini baik. Tapi ini.cuma yg mampusaya lakukan..Mungkin ada yg sedar. saya lama menyepi..bukan melupakan rumah ini..Tapi kerana saya tdrlupa password...jadi saya biarkan dahulu. Terima kasih pada yg setia menanti coretan dari insan yg kerdil ini. Moga ada kebaikan dari rumah ini buat teman- teman. Berbalik pada warga emas. Sungguh mereka menyatakan rasa syukur bila yg muda mengingati mereka. Walau saya ini bukan terlalu muda. Tapi dari mata dan senyuman mereka . Ada rasa rindu. Rasa ingin disayangi. Walau mereka bukan sesiapa bagi kita. Namun kita adalah manusia. Kasih Sayang itu percuma usah berkira. Kerana tiada mustahil. Kita akan mengemis kasih sayang jua nanti disaat senja..
bukan ingin menabik dada menyatakan saya ini baik. Tapi ini.cuma yg mampusaya lakukan..Mungkin ada yg sedar. saya lama menyepi..bukan melupakan rumah ini..Tapi kerana saya tdrlupa password...jadi saya biarkan dahulu. Terima kasih pada yg setia menanti coretan dari insan yg kerdil ini. Moga ada kebaikan dari rumah ini buat teman- teman. Berbalik pada warga emas. Sungguh mereka menyatakan rasa syukur bila yg muda mengingati mereka. Walau saya ini bukan terlalu muda. Tapi dari mata dan senyuman mereka . Ada rasa rindu. Rasa ingin disayangi. Walau mereka bukan sesiapa bagi kita. Namun kita adalah manusia. Kasih Sayang itu percuma usah berkira. Kerana tiada mustahil. Kita akan mengemis kasih sayang jua nanti disaat senja..
Wednesday, January 22, 2014
Dugaan Hidup Redhakah?
ZR Dugaan dalam hidup ini bagai kan bayang pada diri kita selagi ada nafas ada dan selagi bergelar insan. Aku juga sentiasa ada dugaan, selalu fikirkan beratnya dugaan aku. Tapi aku sedar ada lagi yang lebih hebat dugaannya selain aku. Saat kawan ku kiri dan kanan bercerita tentang dugaan masung masing, membuat aku juga menitiskan airmata, simpati mudah hadir, walau hakikat tidak pernah surut air mata untuk diri sendiri. Kisah teman yang rapat bukan untuk membuka aib sekadar perkingsian dalam ruang kehiduoan. Saat dugaan hadir redhakah kita? benarkah kita redha, susah untuk kita sendiri menilai redhanya kita. Aku masih emosi bila setiap kali aku ingati dugaan teman teman rapatku, berlainan orang, berlainan cerita, bagaimana perasaan kita saat dimaklumkan hidup kita cuma setahun yg dianggarkan, apa yang kita dapat rasakan ? benar aku walau cuma@mendengar tetap merasa, Ya Allah jika aku dimaklumkan begitu mampukah aku untuk terus berdiri. Hiba aku bila teman bercerita akan kebimbangannya, keluh kisahnya dan rasa takut yang bersarang, aku yang menjadi pendengar benar kelu jua, tapi aku harus@menjadi kekuatan untuk dia, aku harus memberi kata yang menguatkan hatinya. Puas aku mengucapkan agar sabar dan yakin yang meramal cuma insan dan segalanya ditangan Iilahi, puas juga aku pujuk nya sabar dan redha, tapi aku tidak pasti aku sendiri dalam dugaan selama ini redha atau sekadar redha pada mulut tapi hati kadang berat untuk menerina. Payah sebenarnya untuk jujur dalam redha, banyak yang berlaku , entah ikhlas atau tdak saat aku tuturkan ikhlas. Entah aku sendiri was was.Cuma aku memohon agar tiap perkara dugaan yang berlaku, moga Allah menetapkan untuk aku redha, untuk aku menerima sebagai penebus dosa dosaku, untuk aky lebih mengenal Allah, kerana dugaan itulah yang membuatkan kita hampir pda Allah.
Sunday, January 19, 2014
Ikhlas kah Kita
ZR Sebut sahaja ikhlas, semua orang tahu dan sering mengguna pakai perkataan ini. Bukan orang lain, aku sendiri pun sama. Sesedap mulut je kadang keluar . Apa yang aku buat ikhlas, tapi fikir akal kalau ikhlas perlu ke aku ucap “ saya ikhlas ni nak tolong“ rasa macam banyak topeng pula dalam diri, macam senyum. Pada bibir bolehlah senyum. Tapi hati masam kelat segala. Ikhlas bukan mudah dan tidak juga payah, tapi kadang ikhlas kita dengan rasa riak sekali pendek kata berkembar, banyak yang kita lakukan tanpa sedar kita , sebenarnya itu benar ikhlas, maksud saya yang baik baiklah, bukannya yang membuatkan irang menyampah dan menambah rasa benci orang pada kita, yalah kadang kita ni macam sangat baik, tak lekang cakap ikhlas, ikhlas . Tak kira buat apa semuanya ikhlas, kita mungkin rasa kita ni sedaya nak berbuat baik, tapi pandangan orang, bukan mudah nak yakin kan orang akan ikhlasnya kita, cara kita, kata kita, itu ysng akan dikaitkan untuk melihat benar atau tidak kita jujur bukan plastik.dalam ikhlas. Kita cepat terasa hati bila keikhlasan kita dipersoal, kata ikhlas jadi jangan mudah menyimpan kata orang, cukup kita yakin Allah tahu menilai dimana ikhlas kita dibibir atau benar lekat pada hati. Ikhlas itu bukan sekadar perbuatan tapi juga meredhai tiap apa, makna ikhlas sukar untuk ditejemahkan , untukkita mencopkan apa perbuatan kita sangat ikhlas juga sulit, kerana iklas itu kadang cuma wujud tapi dibalik bayang keterpaksaan atau bayang keperluan untuk sesuatu. Namun yang ganjil itu tetap ada, tetap tertanam pada diri, mungkin cuma sedtik namun itulah ikhlas yang benar. Tak perlu ucap, tak perlu senyuman , biar bagai tiada tapi penuh di taman hati, biar keindahan ikhlas itu terlukis pada wajah, bukan pada kata. Tidak semua faham apa yang ingin kita buktikan, tiada siapa yang akan memuja jika kita terlalu mudah. Peganglah tangkai jiwa yang ada, tutupi dengan sifat ikhlas yang cuma untuk diri ketahuai, tidak perlu ditebarkan walau sebesar kuman cuma, itu yang lebih cintai kadang oleh insan lain malah mungkin akan diselaputi kita dengan doa atas kerendahan kita tanpa riyak dalam ikhlas. Cukuplah perbuatan tidak perlu kata, kerana pada kata itu banyak bicara, kerana bicara itu dari lidah dan lidah tidak bertulang.
Monday, January 13, 2014
Duhai.Nyawa
ZRDuhai nyawa, tiada ku meminta lebih, cukuplah andai kau bahagiakan aku dalam doamu, tiada lebih yang aku minta, cukuplah sekadar kau mampu menyejukkan rahimku dengan akhlakmu. Tiada apa yang aku ingini dikehidupan inisebagai pembalasan buat ku, pintaku cukup andai kau menoleh padaku sekali sekala saat kau kedepan nanti。 Aku cuma melihat langkahmu yang makin pandai, saat kau sudah mampu mengikat sendiri tali dikasutmu, detik itu sayu hatiku, cepat benar masamu denganku, kau akan makin jauh nanti meninggalkan aku yg masih bersisa saat pertama kali haruman badanmu ku cium tanpa jemu .Duhai nyawa andai nanti kau tidak terlalu bijaksana, janganlah kau hampa, aku sentiasa syukur andai bijaksana itu terselit rasa cinta pada Allah,yakinilah nyawaku, benar dunia ini indah namun syurganya akhirat kelak, maka nyawaku doaku agar kau menjadi psrmata yang soleh yang sentiasa mendahului tiang yang wajibmu, malah jika perlu melebihi nyawa mu, tiada aku meminta yang tidak kau mampu, cukuplah kau melebihkan yang akan membantu untuk aku jua nanti. Tika kau makin metentas waktu. Ingatilah kataku walau cuma kata, namun aku tetap mendoakan yang baik baik buatmu..
Friday, January 10, 2014
Buat Ibu dan Ayah
ZR Ya Allah andai aku tidak cukup waktu untuk membahagiakan ibu bapaku. Maka Ya Allah bahagiakan mereka dengan cintaMU. Sesungguhnya tiada apa pun yang layak aku berikan walau setinggi mana nilainya, atas tiap kesulitan buat mereka kerana aku, hanya ku pinta redhaMU untuk kedua ibu bapaku serta buatku. Aku ingin melihat senyuman diwajah tua mereka, maka Ya Allah serikan wajah mereka dengan rahmatMU, jangan KAU biarkan titisan airmata hadir kerana silapku, jangan KAU benarkan luka hati mereka kerana sikapku. Aku tiada apa yang lebih untuk mereka sekadar rasa ingin KAU bahagiakan mereka dalam jalanMU, serta rindukan selalu jiwa mereka pada@kekasihMU Rasulullah S.A.W, Duhai ibu , aku ini masih jauhuntuk membayar tiap luka hatimu, atas kata mahupun sikapku, yang terkadang mengusik perasaanmu. Doakan aku menjadi anak yang menyenangkanmu, melapangkanmu walau tiada yang mahal mpu ku berikan. Duhai ayah, doakan jua anakmu ini mampu membuatkan kau senyum, aku bahagia melihat manisnya bibirmu walau berteman kedut yang menceritaka n umurmu. Izikanlah aku menjadi penyejuk serta pendamai dihati mu , sesungguhnya nilai airmataku tiada yang setaraf nilai kekesalanku, andai aku ada melukai hati kalian. Ya Allah Ya Allah mudahkan jalanku untuk aku terus menjadi anak yang membawa bahagia pada matamereka, saat mereka menatap wajahku. Hadirkanlah rasa indah saat aku disisi mereka. Jagakan mereka YaAllah . Biarkan aku terus@mendoakan yang baik baik untuk mereka. Sesungguhnya tiap kata mereka adalah doa buatku.Maka@senangkan aku selalu dihati@mereka . Aku ini tidak sempurna penuh fakir, cuma kuharapkan rasa sayangku pada@kalian tidak akan pernah hilang, biar aku tiada kekayaan yang kekal, bahagiaku adalah rasa kasih pada mereka jangan hilang harta ini yang ada pada hatiku
, biarkan aku fakir dimata dunia tapi kayakan dimata kedua ibu bapaku.Mewahkan aku dengan hanya meminta dariMU dan tidak sombong untuk berdoa padaMU. Sesungguhnya Enkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
, biarkan aku fakir dimata dunia tapi kayakan dimata kedua ibu bapaku.Mewahkan aku dengan hanya meminta dariMU dan tidak sombong untuk berdoa padaMU. Sesungguhnya Enkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Wednesday, January 8, 2014
Tahun Baru Yang Berganti
ZR Tahun Baru menjenguk kita kembali. Tahun yang tidak pernah akan berhenti apatah lagi akan sembunyi tanpa hadir. Walau apa jua tetap akan dibuka tabir yang baru. Keluhan umur yang mengejar. Rungutan impian yang tidak sudah. Segalanya seperti satu kemestian. Sempat atau tidak tetap masa mencari kita cuma kita yang sering di tinggal waktu, umur berjalan tapi diri tidak disitu. Apa yang aku harapkan di tahun ini. Mungkin sahabat yang lain penuh impian penuh rasa untuk mencipta sesuatu, atau menyambung yang tak sudah. Aku doakan segalanya menjadi nyata bukan hanya angan semata. Aku masih lagi tiada yang aku mimpikan, tiada yang aku hajati bukan aku bongkah mendongak langit, tapi kadang aku rasakan Allah telah menjadualkan segalanya. Segalanya sudah terlebih indah. Aku bukan terlalu memasang impian mahupun cita , tapi aku tetap akan mencari apa yang ingin aku cari. Walau mungkin tidak seperti diharapkan.Tahun cumalahwaktu yang tidak akan berhenti, selagi kita ini bernafas, selagi itu kita dikejar dan kita terus berlari agar tidak tertiggal oleh masa, aku cuma mendoakan agar kita semua terus beroleh hidayah. Beroleh rahmat dari yang ESA dan tidak diputuskan walau tahun berganti. Semoga aku juga tidak menghampakan yang masih sudi untuk mengikuti mahupun membaca tulisan ku yg serba kurang ini。 Moga ada bait kata dariku dan lebih berdisplin untuk kalian nilaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)