Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, May 30, 2014

Mencari yang Hilang

ZR   Saat kita sendirian, apa yg kadang terlintas atau terfikir dibenak hati kita?  Tentu banyak yang kita fikirkan, duit, keluarga, hal hal dunia yg tidak pernah surut. Itulah yg kita tenungkan walhal banyak yg hakikat lebih dari nyata untuk kita cari. Saya bukan insan yg baik, malah jauh dari baik, namun saat sendiri saya rasakan sayu, rasa amat kosong, tiada penghujung perasaan itu, Kadang air mata laju mengalir merasakan betapa jiwa ini terlalu lama terbiar tanpa cuba untuk mengenal diri. Saya tahu banyak dugaan yg kita hadapi, tapi jangan kita mudah mengalah teruskan sujud, teruskan meminta kerana DIA menguji kita kerana kita mampu untuk ujian itu. Kerap hati ini berkata sakit ujian ini adalah penebus dosa- dosa yg silam. Sungguh aku tidak mampu untuk menatap gambar gambar ditanah suci, akan jatuh air mataku, bilakah akan tiba aku kesana. Rindu dan benar berharap. Moga kekasih Allah menyambut salam cinta kita semua dan memudahkan kita kesana. Sentimentel sedikit aku kerana penangan perkongsian cerita dari beberapa teman yg pernah kesana. Bertuah mereka. Aku??? moga ada rezekiku , jika bukan untukku moga rezeki ku itu diberi pada kedua ibubapaku untuk sana. Moga dapat mereka berdoa didepan Kiblat yang satu dan didepan Makam Kekasih kita semua. Penulisanku bukan untuk memberi gambaran akan aku ini insan yg solehah. Tidak sahabat, terlalu jauh perkataan itu buat aku yg sangat kerdil ini. Aku cuma ingin mencari cahaya, ingin mengenal KEESAANNYA yg aku terlalai. Aku dalam ruang untuk berdoa moga diriku, hatiku dibalikkan bagai Fitrah agar aku kenal Cinta yang SATU. Moga cinta dihatiku buat DIA melebihi cinta pada manusia, bukan aku angkuh tapi inilah hakikat cinta manusia akan pergi dari kita. Namun cintakan DIA itulah yg kekal.

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel