Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Sunday, January 19, 2014
Ikhlas kah Kita
ZR Sebut sahaja ikhlas, semua orang tahu dan sering mengguna pakai perkataan ini. Bukan orang lain, aku sendiri pun sama. Sesedap mulut je kadang keluar . Apa yang aku buat ikhlas, tapi fikir akal kalau ikhlas perlu ke aku ucap “ saya ikhlas ni nak tolong“ rasa macam banyak topeng pula dalam diri, macam senyum. Pada bibir bolehlah senyum. Tapi hati masam kelat segala. Ikhlas bukan mudah dan tidak juga payah, tapi kadang ikhlas kita dengan rasa riak sekali pendek kata berkembar, banyak yang kita lakukan tanpa sedar kita , sebenarnya itu benar ikhlas, maksud saya yang baik baiklah, bukannya yang membuatkan irang menyampah dan menambah rasa benci orang pada kita, yalah kadang kita ni macam sangat baik, tak lekang cakap ikhlas, ikhlas . Tak kira buat apa semuanya ikhlas, kita mungkin rasa kita ni sedaya nak berbuat baik, tapi pandangan orang, bukan mudah nak yakin kan orang akan ikhlasnya kita, cara kita, kata kita, itu ysng akan dikaitkan untuk melihat benar atau tidak kita jujur bukan plastik.dalam ikhlas. Kita cepat terasa hati bila keikhlasan kita dipersoal, kata ikhlas jadi jangan mudah menyimpan kata orang, cukup kita yakin Allah tahu menilai dimana ikhlas kita dibibir atau benar lekat pada hati. Ikhlas itu bukan sekadar perbuatan tapi juga meredhai tiap apa, makna ikhlas sukar untuk ditejemahkan , untukkita mencopkan apa perbuatan kita sangat ikhlas juga sulit, kerana iklas itu kadang cuma wujud tapi dibalik bayang keterpaksaan atau bayang keperluan untuk sesuatu. Namun yang ganjil itu tetap ada, tetap tertanam pada diri, mungkin cuma sedtik namun itulah ikhlas yang benar. Tak perlu ucap, tak perlu senyuman , biar bagai tiada tapi penuh di taman hati, biar keindahan ikhlas itu terlukis pada wajah, bukan pada kata. Tidak semua faham apa yang ingin kita buktikan, tiada siapa yang akan memuja jika kita terlalu mudah. Peganglah tangkai jiwa yang ada, tutupi dengan sifat ikhlas yang cuma untuk diri ketahuai, tidak perlu ditebarkan walau sebesar kuman cuma, itu yang lebih cintai kadang oleh insan lain malah mungkin akan diselaputi kita dengan doa atas kerendahan kita tanpa riyak dalam ikhlas. Cukuplah perbuatan tidak perlu kata, kerana pada kata itu banyak bicara, kerana bicara itu dari lidah dan lidah tidak bertulang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel