ZR Alhamdulillah...berkat usaha dan doa serta sumbangan dari yg bermurah hati. Akhirnya saya telah berjaya mengumpulkan sumbangan dan telah membeli kain- kain pasang untuk warga bukan kerana sayaemas untuk 120 orang. Memang bukan mudah. Ada yg beranggapan saya membuang masa. Tapi tidak mengapa, sekarang kita muda. Dihari tua kita tidak tahu dimana kita nanti. Mungkin kita jua akan menumpang kasih dari yg sudi. Usah berharap pada yg hampir. Kelak kita akan meratap sayu. Semoga pada yg menghulurkan sumbangan..walau bagi mereka sedikit cuma, namun moga ada doa mereka buat kita saat hadir dimajlis majlis ilmu. Saya
bukan ingin menabik dada menyatakan saya ini baik. Tapi ini.cuma yg mampusaya lakukan..Mungkin ada yg sedar. saya lama menyepi..bukan melupakan rumah ini..Tapi kerana saya tdrlupa password...jadi saya biarkan dahulu. Terima kasih pada yg setia menanti coretan dari insan yg kerdil ini. Moga ada kebaikan dari rumah ini buat teman- teman. Berbalik pada warga emas. Sungguh mereka menyatakan rasa syukur bila yg muda mengingati mereka. Walau saya ini bukan terlalu muda. Tapi dari mata dan senyuman mereka . Ada rasa rindu. Rasa ingin disayangi. Walau mereka bukan sesiapa bagi kita. Namun kita adalah manusia. Kasih Sayang itu percuma usah berkira. Kerana tiada mustahil. Kita akan mengemis kasih sayang jua nanti disaat senja..
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel