Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Monday, January 13, 2014
Duhai.Nyawa
ZRDuhai nyawa, tiada ku meminta lebih, cukuplah andai kau bahagiakan aku dalam doamu, tiada lebih yang aku minta, cukuplah sekadar kau mampu menyejukkan rahimku dengan akhlakmu. Tiada apa yang aku ingini dikehidupan inisebagai pembalasan buat ku, pintaku cukup andai kau menoleh padaku sekali sekala saat kau kedepan nanti。 Aku cuma melihat langkahmu yang makin pandai, saat kau sudah mampu mengikat sendiri tali dikasutmu, detik itu sayu hatiku, cepat benar masamu denganku, kau akan makin jauh nanti meninggalkan aku yg masih bersisa saat pertama kali haruman badanmu ku cium tanpa jemu .Duhai nyawa andai nanti kau tidak terlalu bijaksana, janganlah kau hampa, aku sentiasa syukur andai bijaksana itu terselit rasa cinta pada Allah,yakinilah nyawaku, benar dunia ini indah namun syurganya akhirat kelak, maka nyawaku doaku agar kau menjadi psrmata yang soleh yang sentiasa mendahului tiang yang wajibmu, malah jika perlu melebihi nyawa mu, tiada aku meminta yang tidak kau mampu, cukuplah kau melebihkan yang akan membantu untuk aku jua nanti. Tika kau makin metentas waktu. Ingatilah kataku walau cuma kata, namun aku tetap mendoakan yang baik baik buatmu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel