Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, June 4, 2014

Cukup...cukup sudah...

ZR Tajuk bagai bait lagu..itulah yg aku rasa kini. Cukup cukup sudah, banyak yg membuatkan aku berkata begitu, dalam hidup ini, banyak yg berlaku tipulah jika kita ini kuat, tak jua. Nampak saja tenang tapi hakikat cuma ada airmata. Itulah wanita mudah menangis, tapi kenapa wanita menangis? kerana manja atau apa?airmatakan teman wanita Allah ciptakan untuk mengubat luka diberikan airmata,agar luka wanita terubat. Aku ? cuba berdiri dibalik kesamaran perasaan yg berbekas dengan sakit yg berkali kali. Wanita apa jua yg diperbuat tetap akan dipersalahkan. Seindah rama rama tidak akan dipandang, cuma yg khilaf itu terlihat..bagaikan tiap yg dilalui itu tiada nilai. Itulah barangkali nilai wanita.cuba untuk bercerita akan disangka membuka aib. cuba untuk meminta tapi akan dikatakan meraih simpati. Sukar bergelar wanita. Mengeluh itu biasa, termenung itu bagai kawan. Tak mudah kerana yg tersimpan itu akan dinyatakan palsu. Cukup cukup sudah, bukan sekali tapi berkali kali, dalam diam itu lebih bisa dari berkata kata. Usah dicakap wanita ini remeh,suka memeningkan kepala walau perkara itu sekecil cuma. Tapi usah takut pintalah dari Allah . hajatlah seikhlasnya, mungkin bukan hari ini, mungkin esok tapi mungkin akan termakbul dengan penuh kebaikan..insyAllah

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel