Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, June 2, 2014

Cerita tentang Jodoh

ZR Bila bercerita tentang jodoh, pasti kita sedar jodoh itu termasuk dalam salah satu rahsia Allah,kita cuma mampu merancang, berdoa dan berharap tapi kita harus berbalik pada PenciptaNYA yakni Allah. Jodoh itu bukan bererti saat kita diijab qabulkan itulah jodoh kita hingga ke akhir nafas kita. Maaf mungkin ada yg tidak bersetuju dgn kata- kata saya. Kita tidak tahu apa yg menanti kita, setiap kita sentiasa mengharapkan pengharapan yg baik- baik. Namun Allah penentu segala, jika apa sahaja tanpa kita pinta hadir menerjah, ditinggalkan kan didepan mata atau hilang dari mata, atau terputus apa yg ada, terapkan redha dalam diri dan sebagaimana Rasullullah S.A.W damaikan ummu salamah saat kematian suaminya. Menyatakan Allah akan menggantikkan dengan lebih baik. Bercerita tentang jodoh.Banyak yg berlaku didepan mata saya. Contoh seorang rakan jodohnya tertakdir dengan suami orang dan isteri pertama dilepaskan. Saya tidak berani untuk menuduh perampas atau apa jua, kerana@yg tahu kebaikan dari,  itu cuma Allah, kasihan saya melihat dia diperkatakan oleh teman teman.di tempat kerja, tapi siapalah kita untuk menghukum? itu mungkin cara jodohnya, sedangkan nasib jodoh kita? tiada sesiapa dalam dunia ini meminta untuk terjadi yg tidak membahagiakan, tapi jangan kita lupa, semua ini milik Allah jadi teserah pada Allah bentuk bagaimana jodoh kita berjalan. Ada juga kisah seorang wanita yakni isteri orang,diceraikan dan berkahwin dengan suami org dan menjadi isteri kedua. Apakah kita ingin mengatakan dia gatal? saya tahu mesti saya dikecam dan mungkin ada yg akan menyatakan mungkin ini.kisah saya. Tidak cerita ini adalah apa yg saya lihat dan apa yg saya pelajari, jika kita letakkan Allah dihati kita mengatasi kasihpada manusia,nescaya kehilangan manusia tidak akan menyakitkan kuta, kerana kita tahu Allah yang menciptakan manusia, setiap sesuatu perjalanan jodoh kita tersimpan di luth mahfuz . Berbaliklah.pada hakiki, lihat dengan mata hati bukan lihat yg buruk itu cuma,  setiap jodoh itu walau kita yg dilafazkan, namun bukan pasti.milik kita hingga akhirnya. Usaha kita adalah berdoa dan meminta selainnya terserah pada DIA. Setiap ujian itu Allah simpankan ganjaran yg besar.

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel