Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, May 9, 2012

KITA PERLU BERSYUKUR



( Ihsan Googles )

Alhamdullilah sehingga hari ini, saya masih lagi dapat menikmati makanan, dapat lagi pergi kerja..segalanya masih cukup sempurna walau makan tak semewah orang lain, walau pakai tak branded, walau cuma menggunakan kereta kodok untuk kesana kesini, tapi semuanya cukup sempurna bagi saya.

Memang pernah bersungut kenapalah saya tak ada duit bertimbun, kenapalah saya tak cantik, kenapalah saya macam ni..kenapalah saya dapat kerja gaji ciput ni?? rasa tidak puas hati selalu timbul walau secubit pun ada. Banyak benda yang tidak kita syukuri.

Tapi sebenarnya kita lupa sesungguhnya ALLAH tidak akan memberikan apa yang kita kehendaki tapi, ALLAH akan memberikan apa yang sebenarnya kita perlukan, kerana itu DIA maha mengetahuai.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

Maksud dari Hadith diatas :-
i) Bersyukur adalah satu tindak balas yang baik melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.
Ii) Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T kerana terlalu besar nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Oleh itu sebagai tanda bersyukur kepada Allah kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.
Iii) Budaya bersyukur hendaklah disuburkan dalam masyarakat di mana rakyat hendaklah disedarkan supaya menghargai keamanan dan kemakmuran negara, tidak lupa daratan sehingga menyalahgunakan kemewahan untuk pembaziran, melakukan maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan berlakunya kerosakan dan bencana pada diri, keluarga dan masyarakat. Semua ini menunjukkan tanda kufur terhadap nikmat Allah S.W.T dan kesudahannya ia akan menjerumuskan masyarakat dan negara kepada kerosakan dan kehancuran.
iv) Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula adalah dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah, bukan semata-mata untuk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya ia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara. (Sumber rujukan Islam.Gov )


Jadi andai kita merasakan apa yang kita miliki belum memadai sebenarnya adalah lebih baik dari orang yang tiada apa...Maka bersyukurlah kerana lebih baik ada dari tiada..

Yang benar dari DIA, yang silap milik saya........

2 comments:

TQ..TQ Atas kata-kata comel