Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, May 21, 2012

Senyumlah Selalu




Orang cakap senyum bawa banyak maksud, benarkah?
Kenapa bila kita senyum mesti ornag cakap mengada-gada, gatal dan sebagainya. Kadang-ladang bila teringat sesuatu yang indah kita juga mudah senyum. Tapi kenapa kita susah nak lempar senyum pada orang yang kita tak kenal dan orang tak suka.
Tak payah fikir logik tak kenal nak senyum buat apa? maksud saya seperti kepada individu yang terkadang kita temui seperti jurujual, cashier atau pak guard atau juru tol..tak salah sambil hulur duit kita senyum memang agak pelik tapi kadang-kala senyum kita tu dapat menyejukkan hati.

Memang orang akan cakap tak payah muka mereka pun kelat, tak apa biarkan mereka itu hak mereka maka kita pun berhak untuk senyum, bukan sekadar senyum untuk kekasih hati sahaja.

Tak salah kita melemparkan senyuman, tapi awas bukan senyuman yang bersifat menggoda atau bersifat menyindir itu dah jadi sebuah keburukan silap-silap dapat penampar free.

Senyum itu percuma jadi tak perlu kita simpan senyuman kita yang manis itu, semua manusia akan cantik bila senyum tak akan ada yang tak menawan, bohonglah jika anda bicara senyum anda tidak cantik. Tidak cantik jika senyum itu tidak ikhlas, akan terlebih cantik jika senyum itu penuh keikhlasan, bukan sekadar menjadi hipokrit..senyum palsu didepan orang yang kita benci, senyum nak ambil hati mak mertua, senyum nak menjadi kipas dan sebagainya.

Senyum itu sendiri adalah bersifat penawar, cuba jika kita bersedih pandang cermin dan cuba tarik nafas lepas tu senyum pada diri sendiri, InsyaAllah akan hilang duka itu walau pun sedikit.ajaibnya kuasa senyum walau pada diri sendiri, kita yang ingin marah pun akan memadamkan kemarahan itu bila kita dilemparkan senyuman bukan?

Percaya atau tidak senyum juga satu senaman awet muda..cuba pandang wajah bila kita sedang tersenyum, otot pipi dan berkenaan akan menonjol iaitu menaik keatas, ha itu senaman, jadi kalau kita amalkan senyum wajah kita akan ceria dan sentiasa awet muda. Tak perlu lagi nak cucuk vitamin ke apa ke senyum je.

Apa pun yang paling penting, pahala yang paling senang, mudah dan murah semestinya senyumkan. Satu sen pun tak perlu bayar..cuma senyum insyaAllah ganjaran Allah yang lebih tahu. Seperti yang terdapat dalam hadith:

Tersenyum ketika bertemu saudara kalian adalah ibadah.”

Maka senyumlah selalu tidak semestinya hanya ratu cantik, pelakon sahaja yang cantik kita juga cun jika senyum..percayalah.

Saya pun nak senyumlah arini..he..he

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel