Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Thursday, May 3, 2012
BILA DAH TAK SUKA
Masa kita suka semua benda nampak indah, orang kata kentut pun bau macam perfume, apatah lagi bau ketiak busuk pun bau cam ambi piur begitulah perumpamaan yag diberikan..segalanya nampak comel jer walau hakikat dari dulu lagi hidung kembang semangkuk tapi macung jua katanya..segala yang kita dan dia miliki memang cukup-cukup sempurna tiada yang cacat dan celanya..bombastic, fantastic apalagi..
Dengar jer lagu cintan-cintun ingat dia, nak makan ingat dia pendek kata segalanya nampak muka dia..sambil sengih sorang2 ingat gelagat dia bila dengan kita, sampai lupa dimana kita berdiri lupa yang lebih utama adalah ibu dan bapa itulah saat angau, saat cintan cintun,,saat hati duk berbunga2...warna warni je yang nampak..hitam ke kelabu ke semua tak nampak...
Itu bila suka...cuba masa tak suka apa yang tak terkeluar, semua isi perut terkeluar..semua benda sebesar kuman pun tak menarik apatah lagi cantik..
Kerana itu kita menggunakkan istilah habis madu sepah dibuang. habis air tebu hampas dibuang boleh?
Kenapa bila kita tak suka mesti kita cari buruk..mesti kita cerita buruk..sebenarnya kenapa?? adakah untuk melepaskan dendam selama ini, adakah untuk meluahkan ketidak puasan hati selama ini. atau sekadar untuk memanaskan keadaan..
Lain orang lain pengalaman..tapi perlu ke sampai buka aib dan menceritakan semua kisah silam yang dulu dikunci rapi bila tak suka senang-2 jer bukak semua..bukan kah itu dah jatuh hukum menganiaya..orang cakap biar kita dianiaya jangan kita membuka aib orang kerana kita kan diaibkan semasa hidup..takutnya..
Tapi kita manusia sabar sampai mana sahaja...boleh bertahan selama mana...mestikah kita terus membiarkan diri diperlekehkah..diketuk2 kepala berkali 2...maka kita harus berdiri untuk menegakkan kebenaran..maka harus kita buka segala cerita basi...elokkah kita bersifat begitu..benarkah apa yang kita tegakkan..andai aib kita dibuka maka kita boleh mendoakan keburukan pada yang menyebarkan namun Allah telah berfirman memaafkan itu lebih bagus...
Jadi bila kita tak suka...baik kita diam kerana diam itu berlian yang termata bernilai..benar akan hadir walau dalam apa cara pun..biar dimata insani buruk kita tersebar kerana buruk kita akan ditutup dengan kemuliaan oleh Allah..
Maka jika tak suka usah bermuka-muka elok kita bersemuka akan hilang apa yang terbuku ..jika dia lari biarkan dia terus berlari kerana di sana nanti tiada ruang lagi untuk berlari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel