Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Wednesday, May 30, 2012
Apa sebenarnya seorang lelaki/suami ingini?
Wah agak boom sedikit tajuk ini, bukan sengaja mencari publisiti atau sebarang propaganda, sekadar ingin berkongsi akan apa yang sebenarnya keinginan dari sudut mata seorang bernama lelaki.
Susah sebeanrnya nak faham sifat-sifat lelaki ni, walau hakikat mereka ni paling mudah difahami berbanding wanita.
Saya bertanyakan soalan pasa seorang rakan lelaki " Apa yang sebenarnya seorang lelaki/atau suami inginkan dari seorang isteri? mudah sahajakan. Saya sekadar ingin memahami dan mencari apa yg terselindung dlm minda lelaki.
Jawapan yang utama dari insan tersebut adalah perhatian dari sang isteri. Kadang-kala wanita terlalu sibuk dengan anak-anak hingga lupa untuk memanjakan suami, hingga hilang perhatian pada suami.
Mendengar itu saya terfikir, kenapa hanya perlu isteri yg memanjakan suami, tidak bolehkan suami memanjakan isteri dahulu. Memang diakui wanita terkadang alpa bila menjalankan tanggungjawab, kadang-kala suami sukar untuk melihat dari sudut akan kesibukan isteri yang turut menyumabng untuk ekonomi keluarga, pagi turun bersama bekerja dan pulang lewat.
Sesampai dirumah belum salin baju dah masuk dapur, atau dah sibuk nak mandikan anak dan menyuap anak makan, sedangkan suami dah siap mandi. Memang ada suami yg menolong tapi boleh dibilang dengan jari. Walhal pahala paling senang bagi seorang suami bila ia membantu isterinya.
Jawapan kedua saya perolehi semestinya layanan ditempat tidur..itu jua penting..
Sebagai seorang isteri sememangnya itu adalah amanah yg harus di pikul, nak tak nak kena laksanakan, tapi tidak bolehkah lelaki bertolak ansur dalam hal ini, terlalu payah ke, wanita memang mempunyai 99 nafsu namun bukan itu keutamaannya. Tapi lelaki suka menggunakan alasan ini untuk mencari salah atau titik dalam suatu kekurangan.
Seoramg suami jua ingin isteri mereka menerima akan kehadiran ibu bapa mereka tanpa ada perbandingan, kita wanita sehabis baik cuba untuk tidak membezakan taraf antara ibu dan mertua malah sehabis daya cuba untuk mengambil hati. Kadangkala banyak yang kita fikirkan, tapi menjadi lelaki senang tak perlu fikir banyak makan rumah mak ke mak mertua ke terhidang. Kalau lelaki benar-benar memahami wanita pasti mereka tahu betapa susah menajdai perempuan.
Lelaki jua menginginkan seorang wanita yg boleh bertolak ansur, memang hakikat kita dibolehkan mengambil duit suami tanpa meminta namun jgn sehingga menzalimi suami, hingga untuk makan pun tidak cukup, tapi bagi lelaki harus meminjam atau meminta dari isteri jika menginginkan harta isteri tidak perlu dipertikaikan lagi. Wanita memang mudah bertolak ansur namun jgn pulak ambil kesempatan, mentang-mentang gaji isteri 2kali ganda besar maka lelaki akan mudah lupa tanggungjawab.
Aish terlebih emo pulak saya....maklumlah kadang-kala lelaki ni bila bercakap agak ketara menampakkan kelemahan wanita..bukan saya menyatakan semua lelaki begitu ada jua lelaki yang menghormati wanita dan menghargai wanita, kalau tak tak akan ada watak -watak dlaam drama bersiri macam seth tan, firas ali, suffian azizkan.??? ha..ha melalut pulak saya terlebih menonton drama kot kebelakangan ini..
Tapi lelaki dan wanita seharusnya lengkap dan melengkapi.
Tapi hakikat lelaki tidak susah untuk menghargai wanita tak perlu gelang rantai emas cukup sekadar ucapan dan penghargaan terima kasih paling kuat pun sekuntum bunga dah senyum sampai malam malah terbawa-bawa dalam mimpi lagi.
Apa -apa pun ini baru sedikit sahaja penulisan saya hasil bersoal jawab dengan budak lelaki dipejabat ni, kadang-kala isu ni boleh mendatangkan gaduh tapi bagi saya sekurang-kurang dapat saya mengambil pembelajaran dari beberapa sudut positif untuk memperbaiki diri sendiri sebagai seorang wanita. InsyaALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya setuju. Sgt sgt setuju. Kadang2 bila berselisih faham, kadang2 bukan kita yg mulakan, marahnya macam dia yg betul. Asyik2 kita yg kena beralah. Bila sampai kadang2 mmg betul la wanita senang dapat pahala bila berkawin. Sebab kena bersabar dgn perangai setengah2 lelaki ug rasa diri sendiri sgt perfect! Itu la kan. Saya rasa Allah letakkan taraf wanita tinggi tapi kebykan lelaki selalu putar belitkan smpi nsmpak taraf wanita begiti rendah di mata lelaki. Allah adil tapi sayang kebanyalan lelaki ug selalu x berlaku adil. Kasihan
ReplyDelete