Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Tuesday, May 29, 2012
Hati-hati ucapan kita
Alhamdullilah ..dah lepas waktu makan tengahari, kenyang makan dengan kawan-kawan, sambil borak gelak-gelak tanya soalan itu ini, walau kadang-kala soalan tak terduga dek akal tapi layan sahaja namapun kawan-kawankan?
Bercakapa memang banyak tak perlu pandang kiri dan kanan sampai kita lupa tentang cara penyampaian kita yang terkldang disalah tafsir dan disalah erti..pendek kata lain yang kita maksudkan lain yang difahami.
Daku tahu dalam bila kita dalam situasi bersama rakan, sampai kita lupa untuk mengambil berat hal ini, aku kadang-kala suka mengutarakan soalan-soalan untuk aku mencari sedikit panduan, tapi aku tak terfikir pun soalan-soalan aku boleh disalah ertikan.
Orang akan menilai kita melalui apa yang kita ucapakan walau hakikat bukan itu yang kita maksudkan, susah untuk menepis anggapan orang, apatah lagi jika ayat-ayat yang kita lantunkan membawa unsur-unsur yang memberi pengertian yang berbeza.
Jadi hati-hati dengan pengucapan kita, walau mungkin apa yang kita lafazkan berwarna putih tak semestinya sampai kepada orang disekeliling kita dalam warna putih juga. Kerana setiap kita akal nya berbeza-besa dan berlainan.
Maka aku juga perlu mengkaji balik cara dan perwatakan aku, kerana mungkin ada jua yang telah disalah tafsifkan walau tanpa niat, andai ada yang merasakan cara penyampai dan cara penulisan agak tidak disenangi maka maafi daku kerana tiada berniat pun diri ini menyindir atau dalam bentuk apa sahaja sekadar pendapat dan tanda tanya dari diri sendiri sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel