Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, May 28, 2012

Ulangtahun Ke......






Di setiap hening pagi tika kelopak mata ini terbuka, wajahmu yang akan sentiasa terlihat disisi ini.
dari saat aku diserahkan pada cintamu, dari tika aku dilepaskan untuk mendiami mahligai cinta kita.

Bermula sejarah itu, aku lemparkan penuh rasa percaya, setingga hormat padamu kerana kau yang kini memayungiku.

Sungguh benar ada tika hati ini terluka, ada saat titis airmata ini hadir namun itu tidak pernha menghakis kasih ini pada mu, kerana kau memang tertakdir buat ku.

Dalam siang yang bertukar ke malam, terasa deras detik berlari meninggalkan aku yang masih berjalan dalam kasih dan sayangmu.

Betapa aku menghargai tiap ucapan sayangmu, betapa jemari ku selalu kau genggam walau tanpa hadir bicara, dan aku tahu hanya aku dihatimu.

Sungguh aku bahagia menjadi miliku dan aku jua mendoakan agar aku bisa membahagiakan mu hingga akhie hela nafas ini dan doaku jua agar aku akan menjadi bidadarimu di syurga nanti.

Kini pupuk kasih kita telah tercorak kuntuman bunga yang sentiasa mewangi menghiasi teratak indah kita walau tidak semegah namun cukup sempurna.

Cinta ini, kasih ini dan segala rasa yang diwujud dihati ini milikmu dan dan detik ini hadir lagi, tarikh yag keramat tarikh yang tidak akan ku lupakan, tarikh yang menajdai satu tanda buat kau dan aku tarikh yang menghalal aku buat mu..tarikh itu hadir kembali..

Selamat ulangtahun yang ke....

Ya Allah, sungguh dia yg teramat aku cintai, dia yang menerima kekeurangan serta kelemahan diri ini, tidak pernah terlintas dibibirnya akan apa yang terkurang tentang diri ini, cuma senyuman  yang selalu hadir walau tika aku terkadang melangkai batasanku.
Dia yang menjadi jalan ke arah syurga ku, betapa redup matanya penuh ikhlas membelai diri ini, dialah yang menjadi tiang untuk ku berdiri, bahunya sentiasa ku huni tika jiwa ini runtuh, airmata ini selalu tidak dibiarkan" Saya akan sentiasa berada disisi awak, bila dan setiap saat awak memerlukan, jgan selindungkan apa sekali pun kerana saya milik awak dan saya berhak ke atas perasaan awak" ikrar yang terlafaz sehingga kini ditunaikan oleh dia...

Selamat Ulangtahun .....  moga cinta ini akan bersatu dan terus bertemu dissyurga nanti kerana aku tetap ingin dia menjadi pemilikku di sana nanti......



No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel