Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Thursday, May 31, 2012

Penyebab Wanita cepat tua dari lelaki, Fakta atau Benar?





Betul tak betul huraian ini saya sendiri masih tertanya-tanya, jika ada pendapat kongsikan bersama:-

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai
kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya
pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak
ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih
dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting,
minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena
uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri
anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan
seperti dia..

Wednesday, May 30, 2012

Apa sebenarnya seorang lelaki/suami ingini?





Wah agak boom sedikit tajuk ini, bukan sengaja mencari publisiti atau sebarang propaganda, sekadar ingin berkongsi akan apa yang sebenarnya keinginan dari sudut mata seorang bernama lelaki.

Susah sebeanrnya nak faham sifat-sifat lelaki ni, walau hakikat mereka ni paling mudah difahami berbanding wanita.

Saya bertanyakan soalan pasa seorang rakan lelaki " Apa yang sebenarnya seorang lelaki/atau suami inginkan dari seorang isteri? mudah sahajakan. Saya sekadar ingin memahami dan mencari apa yg terselindung dlm minda lelaki.

Jawapan yang utama dari insan tersebut adalah perhatian dari sang isteri. Kadang-kala wanita terlalu sibuk dengan anak-anak hingga lupa untuk memanjakan suami, hingga hilang perhatian pada suami.

Mendengar itu saya terfikir, kenapa hanya perlu isteri yg memanjakan suami, tidak bolehkan suami memanjakan isteri dahulu. Memang diakui wanita terkadang alpa bila menjalankan tanggungjawab, kadang-kala suami sukar untuk melihat dari sudut akan kesibukan isteri yang turut menyumabng untuk ekonomi keluarga, pagi turun bersama bekerja dan pulang lewat.

Sesampai dirumah belum salin baju dah masuk dapur, atau dah sibuk nak mandikan anak dan menyuap anak makan, sedangkan suami dah siap mandi. Memang ada suami yg menolong tapi boleh dibilang dengan jari. Walhal pahala paling senang bagi seorang suami bila ia membantu isterinya.

Jawapan kedua saya perolehi semestinya layanan ditempat tidur..itu jua penting..
Sebagai seorang isteri sememangnya itu adalah amanah yg harus di pikul, nak tak nak kena laksanakan, tapi tidak bolehkah lelaki bertolak ansur dalam hal ini, terlalu payah ke, wanita memang mempunyai 99 nafsu namun bukan itu keutamaannya. Tapi lelaki suka menggunakan alasan ini untuk mencari salah atau titik dalam suatu kekurangan.

Seoramg suami jua ingin isteri mereka menerima akan kehadiran ibu bapa mereka tanpa ada perbandingan, kita wanita sehabis baik cuba untuk tidak membezakan taraf antara ibu dan mertua malah sehabis daya cuba untuk mengambil hati. Kadangkala banyak yang kita fikirkan, tapi menjadi lelaki senang tak perlu fikir banyak makan rumah mak ke mak mertua ke terhidang. Kalau lelaki benar-benar memahami wanita pasti mereka tahu betapa susah menajdai perempuan.

Lelaki jua menginginkan seorang wanita yg boleh bertolak ansur, memang hakikat kita dibolehkan mengambil duit suami tanpa meminta namun jgn sehingga menzalimi suami, hingga untuk makan pun tidak cukup, tapi bagi lelaki harus meminjam atau meminta dari isteri jika menginginkan harta isteri tidak perlu dipertikaikan lagi. Wanita memang mudah bertolak ansur namun jgn pulak ambil kesempatan, mentang-mentang gaji isteri 2kali ganda besar maka lelaki akan mudah lupa tanggungjawab.

Aish terlebih emo pulak saya....maklumlah kadang-kala lelaki ni bila bercakap agak ketara menampakkan kelemahan wanita..bukan saya menyatakan semua lelaki begitu ada jua lelaki yang menghormati wanita dan menghargai wanita, kalau tak tak akan ada watak -watak dlaam drama bersiri macam seth tan, firas ali, suffian azizkan.??? ha..ha melalut pulak saya terlebih menonton drama kot kebelakangan ini..
Tapi lelaki dan wanita seharusnya lengkap dan melengkapi.

Tapi hakikat lelaki tidak susah untuk menghargai wanita tak perlu gelang rantai emas cukup sekadar ucapan dan penghargaan terima kasih paling kuat pun sekuntum bunga dah senyum sampai malam malah terbawa-bawa dalam mimpi lagi.

Apa -apa pun ini baru sedikit sahaja penulisan saya hasil bersoal jawab dengan budak lelaki dipejabat ni, kadang-kala isu ni boleh mendatangkan gaduh tapi bagi saya sekurang-kurang dapat saya mengambil pembelajaran dari beberapa sudut positif untuk memperbaiki diri sendiri sebagai seorang wanita. InsyaALLAH.

Tuesday, May 29, 2012

Hati-hati ucapan kita






Alhamdullilah ..dah lepas waktu makan tengahari, kenyang makan dengan kawan-kawan, sambil borak gelak-gelak tanya soalan itu ini, walau kadang-kala soalan tak terduga dek akal tapi layan sahaja namapun kawan-kawankan?

Bercakapa memang banyak tak perlu pandang kiri dan kanan sampai kita lupa tentang cara penyampaian kita yang terkldang disalah tafsir dan disalah erti..pendek kata lain yang kita maksudkan lain yang difahami.

Daku tahu dalam bila kita dalam situasi bersama rakan, sampai kita lupa untuk mengambil berat hal ini, aku kadang-kala suka mengutarakan soalan-soalan untuk aku mencari sedikit panduan, tapi aku tak terfikir pun soalan-soalan aku boleh disalah ertikan.

Orang akan menilai kita melalui apa yang kita ucapakan walau hakikat bukan itu yang kita maksudkan, susah untuk menepis anggapan orang, apatah lagi jika ayat-ayat yang kita lantunkan membawa unsur-unsur yang memberi pengertian yang berbeza.

Jadi hati-hati dengan pengucapan kita, walau mungkin apa yang kita lafazkan berwarna putih tak semestinya sampai kepada orang disekeliling kita dalam warna putih juga. Kerana setiap kita akal nya berbeza-besa dan berlainan.

Maka aku juga perlu mengkaji balik cara dan perwatakan aku, kerana mungkin ada jua yang telah disalah tafsifkan walau tanpa niat, andai ada yang merasakan cara penyampai dan cara penulisan agak tidak disenangi maka maafi daku kerana tiada berniat pun diri ini menyindir atau dalam bentuk apa sahaja sekadar pendapat dan tanda tanya dari diri sendiri sahaja.


Monday, May 28, 2012

Ulangtahun Ke......






Di setiap hening pagi tika kelopak mata ini terbuka, wajahmu yang akan sentiasa terlihat disisi ini.
dari saat aku diserahkan pada cintamu, dari tika aku dilepaskan untuk mendiami mahligai cinta kita.

Bermula sejarah itu, aku lemparkan penuh rasa percaya, setingga hormat padamu kerana kau yang kini memayungiku.

Sungguh benar ada tika hati ini terluka, ada saat titis airmata ini hadir namun itu tidak pernha menghakis kasih ini pada mu, kerana kau memang tertakdir buat ku.

Dalam siang yang bertukar ke malam, terasa deras detik berlari meninggalkan aku yang masih berjalan dalam kasih dan sayangmu.

Betapa aku menghargai tiap ucapan sayangmu, betapa jemari ku selalu kau genggam walau tanpa hadir bicara, dan aku tahu hanya aku dihatimu.

Sungguh aku bahagia menjadi miliku dan aku jua mendoakan agar aku bisa membahagiakan mu hingga akhie hela nafas ini dan doaku jua agar aku akan menjadi bidadarimu di syurga nanti.

Kini pupuk kasih kita telah tercorak kuntuman bunga yang sentiasa mewangi menghiasi teratak indah kita walau tidak semegah namun cukup sempurna.

Cinta ini, kasih ini dan segala rasa yang diwujud dihati ini milikmu dan dan detik ini hadir lagi, tarikh yag keramat tarikh yang tidak akan ku lupakan, tarikh yang menajdai satu tanda buat kau dan aku tarikh yang menghalal aku buat mu..tarikh itu hadir kembali..

Selamat ulangtahun yang ke....

Ya Allah, sungguh dia yg teramat aku cintai, dia yang menerima kekeurangan serta kelemahan diri ini, tidak pernah terlintas dibibirnya akan apa yang terkurang tentang diri ini, cuma senyuman  yang selalu hadir walau tika aku terkadang melangkai batasanku.
Dia yang menjadi jalan ke arah syurga ku, betapa redup matanya penuh ikhlas membelai diri ini, dialah yang menjadi tiang untuk ku berdiri, bahunya sentiasa ku huni tika jiwa ini runtuh, airmata ini selalu tidak dibiarkan" Saya akan sentiasa berada disisi awak, bila dan setiap saat awak memerlukan, jgan selindungkan apa sekali pun kerana saya milik awak dan saya berhak ke atas perasaan awak" ikrar yang terlafaz sehingga kini ditunaikan oleh dia...

Selamat Ulangtahun .....  moga cinta ini akan bersatu dan terus bertemu dissyurga nanti kerana aku tetap ingin dia menjadi pemilikku di sana nanti......



Thursday, May 24, 2012

Happy Birthday Atau Hari Jadi




Buat teman-teman atau sesiapa sahaja follower atau follower dalam senya, jika ada yang menyambut hari lahir hari ini, saya dengan berbesar hati mengucapkan selamat hari lahir.

Selamat Hari Lahir Atau selamat selamat hari jadi sama saja ke? atau tak sama?..Kalau nyanyi dlama bahasa English Happy birthday semestinya bermaksud lahir.

Saya kadang-kala tertanya juga sama ke maksud jadi dan lahir..bila saya godek-godek maksud bahasa tak sama...

Senang saja bagi saya untuk ucapan hari jadi sesuai untuk tarikh kita dijadikan didalam rahim...betul ke ayat ni..kalau salah harap maafkan..iaitu sembilan bulan sebelum kita dilahirkan..

Bila ada kawan-kawan sambut birthday saya lebih suka cakap Hari lahir bersempena tarikh kita dilahirkan, tapi itu pun menjadi isu..salah.. kata beberapa rakan saya..bagi saya benda ini simple tak perlu fikir jauh-jauh, janji kita ikhlas. Ingat hadiah tu jatuh no.2 ,walau dalam hati kadang-kadang impi bunga setaman dari kekasih hati..he...he tamaknya saya..apa pun janji wish dari tak dapat sepatah ucapan..nanti kita pandang jam pun berkelip-kelip hati pun tak sakit kan? Memang kadangkala pengucapan yang lahir..Tak pelah aweak tak ucapkan saya tak kisah janji awak sayangkan saya sudah..Benar ke tak apa? berbohong pada diri dan perasaan ke? tapi mungkin benar lain orang lain reaksinya...

Yang terpenting kita tidak mengabaikan ucapan ini, walau cuma ucapan namun cukup buat hati berbunga-bunga,,jangan hanya ingat nak wish kat kekasih/teman sahaja ahli keluarga juga perlu dan paling penting.

Jadi tak kisahlah nak ucapkan hari jadi ke hari lahir ke janji kita ikhlas bukan sebab terpaksa atau kerana rasa perlu dan patut sahaja.


* Happy birthday to kesayangan hamba...Mendoakan yang terbaik milikmu didunia dan akhirat..aminnnn

Tuesday, May 22, 2012

HARI INI 1 REJAB




Hari ini 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433H.  Marilah sama-sama kita menghayati akan kelebihan dan keistimewaan Bulan Rejab.

KELEBIHAN BULAN REJAB
Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.
1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15.Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Monday, May 21, 2012

Senyumlah Selalu




Orang cakap senyum bawa banyak maksud, benarkah?
Kenapa bila kita senyum mesti ornag cakap mengada-gada, gatal dan sebagainya. Kadang-ladang bila teringat sesuatu yang indah kita juga mudah senyum. Tapi kenapa kita susah nak lempar senyum pada orang yang kita tak kenal dan orang tak suka.
Tak payah fikir logik tak kenal nak senyum buat apa? maksud saya seperti kepada individu yang terkadang kita temui seperti jurujual, cashier atau pak guard atau juru tol..tak salah sambil hulur duit kita senyum memang agak pelik tapi kadang-kala senyum kita tu dapat menyejukkan hati.

Memang orang akan cakap tak payah muka mereka pun kelat, tak apa biarkan mereka itu hak mereka maka kita pun berhak untuk senyum, bukan sekadar senyum untuk kekasih hati sahaja.

Tak salah kita melemparkan senyuman, tapi awas bukan senyuman yang bersifat menggoda atau bersifat menyindir itu dah jadi sebuah keburukan silap-silap dapat penampar free.

Senyum itu percuma jadi tak perlu kita simpan senyuman kita yang manis itu, semua manusia akan cantik bila senyum tak akan ada yang tak menawan, bohonglah jika anda bicara senyum anda tidak cantik. Tidak cantik jika senyum itu tidak ikhlas, akan terlebih cantik jika senyum itu penuh keikhlasan, bukan sekadar menjadi hipokrit..senyum palsu didepan orang yang kita benci, senyum nak ambil hati mak mertua, senyum nak menjadi kipas dan sebagainya.

Senyum itu sendiri adalah bersifat penawar, cuba jika kita bersedih pandang cermin dan cuba tarik nafas lepas tu senyum pada diri sendiri, InsyaAllah akan hilang duka itu walau pun sedikit.ajaibnya kuasa senyum walau pada diri sendiri, kita yang ingin marah pun akan memadamkan kemarahan itu bila kita dilemparkan senyuman bukan?

Percaya atau tidak senyum juga satu senaman awet muda..cuba pandang wajah bila kita sedang tersenyum, otot pipi dan berkenaan akan menonjol iaitu menaik keatas, ha itu senaman, jadi kalau kita amalkan senyum wajah kita akan ceria dan sentiasa awet muda. Tak perlu lagi nak cucuk vitamin ke apa ke senyum je.

Apa pun yang paling penting, pahala yang paling senang, mudah dan murah semestinya senyumkan. Satu sen pun tak perlu bayar..cuma senyum insyaAllah ganjaran Allah yang lebih tahu. Seperti yang terdapat dalam hadith:

Tersenyum ketika bertemu saudara kalian adalah ibadah.”

Maka senyumlah selalu tidak semestinya hanya ratu cantik, pelakon sahaja yang cantik kita juga cun jika senyum..percayalah.

Saya pun nak senyumlah arini..he..he

Thursday, May 17, 2012

Bolehkah Merenjis Beras Pada Pengantin?





Bila nak cuti sekolah maka ada lah beberapa surat saman yang saya dapat..ironi bahasa ini digunakan oleh ayah saya..Mula-mula saya tak faham bila saya fikir oh patutlah kad kahwin dah bertukar kepada kad saman..keh..keh..ada-ada jer.

Apa pun mungkin ada yang dah tahu dan saya yang masih tak tahu baru tetiba terfikir bila majlis sanding mesti ada renjis-renjiskan...orang cakap dah satu kemestian..tak ada upacara tu macam tak lengkap.

Tapi mari kita renung sejenak boleh ke upacara renjis-renjis ini keatas pasangan melayu lebih tepat orang islam.



Firman Allah s.w.t;
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum ia termasuk dalam golongan mereka

Budaya hindu mengamalkan tepung tawar dan upacara merenjis beras bertujuan untuk memohon keselamatan pada pasangan daripada nasib buruk serta anasir jahat.
Tapi di zaman ini budaya ini seperti adat bagi kalangan orang melayu.

Namun begitu harus kita saling mengingati andai kita melakukan upacara ini untuk memohon perlindungan adalah haram, melainkan hanya untuk menyerikan majlis sahaja tanpa sebarang niat.

Namun ada jua larangan dalam sesetengah pihak tentang budaya ini yang menyerupai hindu, namun islam itu adil kerana itu tidak menghalang sesuatu adat/budaya selagi tidak melanggar hukum yang telah ditetapkan.



Sama-sama lah kita renungkan..yang baik dari DIA yang buruk adalah saya..



Tuesday, May 15, 2012

DOA BUAT IBU DAN BAPA




Ya Allah Ya Tuhanku,
Di Hari ini, dikesempatan ini, penuh rendah diri pernuh kerdil,
Ku serahkan segala yang terbuku dihatiku untuk kau adili kerana sesungguhnya lafazku benar ikhlas.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah,
KAU berikanlah kesempatan buatku untuk membalas jasa ibu & bapa,
KAU berikanlah aku limpahan rezekiMU agar aku dapat meringankan beban ibu & bapa, agar aku dapat membela nasib mereka, sungguh bukan itu yang mereka ingini, namun sehingga kehari ini aku merasakan aku belum mampu memberikan kemewahan buat mereka

Ya Allah,
Sesungguhnya aku merasakan aku belum lagi menjadi anak yang baik, aku belum menjadi anak cukup sempurna dimata mereka, maka kau tebalkan rasa hormat dan rasa kasih ini pada ibu & bapa, benar aku terkadang bersuara lantang namun tidak terlintas dihati ini untuk melukai mereka, Ya Allah besarnya dosaku pada ibu & bapa.

Ya Allah,
Bantulah aku kurniakanlah kudrat ku untuk ku pelihara mereka dikala usia senja yang kian merangkak, Ya Allah kau berikan kesihatan pada ku dan ibu &bapa ku jua, kerana aku gemar melihat senyum dibibir mereka.

Ya Allah,
Kau jadikanlah aku anak yang menyenagkan dimata dan dihati mereka, kerana redhaMU terletak pada redha mereka, kesenangan hidupku pada doa mereka, dan kenikmatan akhiratku pada halal yang mereka berikan padaku.


Doa untuk kedua ibu dan bapa:-
Ertinya: Ya
Ertinya: Ya Allah! Ampunilah aku dan ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.

Friday, May 11, 2012

Nukilan Buat IBU





Buat seorang wanita yang bernama ASMAH BINTI YUSOFF

IBU...
Raut wajahmu kutatap, garis harus menhiasi wajahmu, ku cari matamu untuk keselami, betapa redupnya mata memandangku, penuh kasih penuh cinta kau kucup dahiku, sejuknya mengalir hingga ke hati ini.
Senyummu terukir terserlah cantikmu penuh suci, kau usup ubun-ubunku , jiwaku bergelora terasa perasaan yang ajaib, terasa syahdu disitu.

IBU..
Tika aku kau kandungkan..tika denyutanmu dan denyutan ku bersatu..betapa hebat kesusahan yang dikau tempuhi, tidak terucap oleh ku, betapa dikau dikurniakan kudrat untuk menampungku selama sembilan bulan dirahimmu. Aku dapat gambarkan betapa gembira dikau bila saat pertama aku mengerakkan kaki dan tangan ku di rahimmu, mesti ada air mata yang tertumpah bila kau merasai gerakan-gerakan ku, seharusnya dikau menjadi insan yang paling bahagia saat itu, dan aku yang masih menumpang dirahimmu kau limpahkan dengan belaian-belaian merdu suaramu..aku pasti walau aku tidak pernah mengingati itu semua. Bahagianya dikau meniti hari ditemani aku.

Bila aku sudah ingin merasai kasihnya ibu, bila telah tertulis untuk ku keluar dari rahimmu, YA ALLAH azabnya kesakitan yang kau tanggung..nyawamu dipertaruhkan buatku..YA ALLAH besarnya pengorbanan ibu..
Tangisanku yang hadir ibarat magis yang menyembuhkan sakitmu, luluhnya airmata mu tika memeluk dan menatap wajahku buat kali pertama, kau kucup kedua pipiku sambil dengan deraian airmata..betapa akulah nyawamu. Saat aku mengenali bau dunia susumu adalah azimat pertama yang memasuki salur kerongkongku..betapa hilangnya tiap lapar dan dahaga bila tiap titisan susumu mengalir di perutku.

Itu dulu saat yang paling terindah dan teristimewa dalam hidupmu. Saat yang tidak akan kembali..

Ibu ada ketika hatimu kuguris, ada saat perasaanmu ku lukai, memang pernah ku terkasar denganmu. Maka maafilah aku, sungguh kau ibu yang teramat aku sayangi, walau tanpa pengucapan tapi benar kau kusayangi.

YA ALLAH
Doaku selalu agar aku diberi kesempatan untuk menjagamu ibuku diusia senjanya, diizinkan untuk aku membelaimu sebagaimu dikau membelaiku penuh kasih dan sayang walau mungkin nanti tidak akan sama dengan kasihmu namun aku benar berharap agar aku mampu menajdi anak yang diredhaimu..
YA ALLAH,
Kau berikan kelapangan buat ku agar aku dapat selalu mencium dan memeluk ibuku sebelum aku hilang hak itu..tidak mampu aku gambarkan..
YA ALLAH..
Hiasi senyuman diwajah ibu untuk selamanya kerana itu mukjizat yang terbesar dalam hidupku, dan moga aku tidak menjadi anak yang menyakiti hatinya..tidak tertanggung dosaku jika setitik airmata ibu hadir kerana ku YA ALLAH..
YA ALLAH,
Tika ada kesempatan ini, berikanlah aku kudrat untuk melunaskan tanggungjawabku sebagai seorang anak, wlaau mungkin tidak sehebat mana, walau mungkin tidak sesempurna mana tapi aku tetap kan berusaha menjadi anak yang baik walau bukan yang terbaik.
YA ALLAH,
Dia ibu ku didunia ini, dan aku membawa namanya tika saat ku tiba, maka janganlah kau putuskan kasihku dari ibu ini..Ku pohon dariMU YA ALLAH temukan daku kembali dengan ibu ku disyurgaMU kelak, jadikan dia ibuku yang abadi di taman Firdaus MU..AMINNN


Thursday, May 10, 2012

Jangan Mudah Menilai Seseorang




Mengapa bila kita lihat seseorang mesti kita akan mengeluarkan kesimpulan pada orang itu? Kadang-kadang kita tak kenal pun orang tu tapi dengan mudah kita dapat X-ray segala tingkah laku.

Itu sifat kitakan? hakikat yang dah terang walau tak payah nak suluh. Saya sendiri pun begitu.

Tapi saya cukup tak suka dengan pandangan bila melihat pemakaian atau perlakuan seseorang kita terus memberikan cop didahi mereka begitu, mereka begini.

Mengapa bila kita melihat orang berpakaian agak menjolok mata, kita terus menuduh perangai mesti teruk, sedangkah kita tak tahu pun sifat orang itu.

Memang mata memainkan peranan tapi tak salah jika kita berprangsangka baik..mungkin yang menjolok mata lebih banyak amal ibadatnya dari kita, mungkin lebih banyak sedekah jariahnya dari kita.

Jangan salah tafsirkan saya, bukan saya menyokong orang yang mendedahkan aurat tapi saya memberikan pandangan tentang tanggapan segelitir orang-orang disekeliling saya yang mudah menjatuhkan hukum.

Usah dipertikaikan bertudung kerana Wanita Islam itu WAJIB menutup aurat tiada istilah belum bersedia atau segalanya..Tiada istilah pengucapan yang selalu kita dengar kadang-kadang orang bertudung lebih teruk perangai dari orang yang tidak bertudung..ayat ini tidak boleh diguna pakai..maaf jika penulisan saya kasar sedikit..tapi fahami maksud saya..Aurat Itu Adalah HAK ALLAH siapa kita untuk menidakkan HAK ALLAH?....tapi siapa saya untuk membentangkan hujah segala bagai kerana ilmu saya pun belum cukup kuat malah masih lagi cuba untuk mencari ilmu.

Pantas saya teringat kisah dizaman Nabi S.A.W bila seorang pelacur dimasukkan ke syurga kerana memberikan anjing Minuman
Hadith:
''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "
[Shahih al-Bukhari – no:3467]


 
Kadang-kadang kawan sekeliling saya juga pernah memberikan pandangan negatif bila melihat teman-teman dan bila saya cuba untuk membela saya pula dihentam, itulah mentaliti yang perlu dihadapi, jangan mudah menilai perilaku dengan sekadar melihat kerana pepatah " tak kenal maka tak cinta ". Jika kita merasakan seseorang itu tidak baik dimata kita, pernahkah kita muhasah diri kita sendiri adakah kita juga baik dimata mereka, cukupkah kita hanya baik dengan bertudung? seharusnya kita juga harus menjaga percakapan, perbuatan, tapi kita manusia tak akan sempurna begitu juga orang yang kita anggapkan.

Orang yang tidak menutup aurat itu antara dia dan ALLAH,berdosa itu memang berdosa tapi ALLAH lebih tahu, tapi kita? juga membuat dosa..dan bagaimana dengan dosa kita sedangkan orang lain beroleh pahala dari kita dan dosa kita sesama manusia tidak akan terhapus...bila dicongak banyak dosa saya jua sesama manusia.

Bila renung kembali banyak sebenarnya yang kurang dalam diri dan banyak yang perlu didalami, tapi kealpaan selalu hadir.

Alangkah indahnya jika kita jua menjaga hati dan perasaan kita kerana disitunya bermula segala sebelum sampai ke akal.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri..........

Wednesday, May 9, 2012

KITA PERLU BERSYUKUR



( Ihsan Googles )

Alhamdullilah sehingga hari ini, saya masih lagi dapat menikmati makanan, dapat lagi pergi kerja..segalanya masih cukup sempurna walau makan tak semewah orang lain, walau pakai tak branded, walau cuma menggunakan kereta kodok untuk kesana kesini, tapi semuanya cukup sempurna bagi saya.

Memang pernah bersungut kenapalah saya tak ada duit bertimbun, kenapalah saya tak cantik, kenapalah saya macam ni..kenapalah saya dapat kerja gaji ciput ni?? rasa tidak puas hati selalu timbul walau secubit pun ada. Banyak benda yang tidak kita syukuri.

Tapi sebenarnya kita lupa sesungguhnya ALLAH tidak akan memberikan apa yang kita kehendaki tapi, ALLAH akan memberikan apa yang sebenarnya kita perlukan, kerana itu DIA maha mengetahuai.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

Maksud dari Hadith diatas :-
i) Bersyukur adalah satu tindak balas yang baik melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.
Ii) Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T kerana terlalu besar nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Oleh itu sebagai tanda bersyukur kepada Allah kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.
Iii) Budaya bersyukur hendaklah disuburkan dalam masyarakat di mana rakyat hendaklah disedarkan supaya menghargai keamanan dan kemakmuran negara, tidak lupa daratan sehingga menyalahgunakan kemewahan untuk pembaziran, melakukan maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan berlakunya kerosakan dan bencana pada diri, keluarga dan masyarakat. Semua ini menunjukkan tanda kufur terhadap nikmat Allah S.W.T dan kesudahannya ia akan menjerumuskan masyarakat dan negara kepada kerosakan dan kehancuran.
iv) Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula adalah dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah, bukan semata-mata untuk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya ia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara. (Sumber rujukan Islam.Gov )


Jadi andai kita merasakan apa yang kita miliki belum memadai sebenarnya adalah lebih baik dari orang yang tiada apa...Maka bersyukurlah kerana lebih baik ada dari tiada..

Yang benar dari DIA, yang silap milik saya........

Tuesday, May 8, 2012

PENGALAMAN BERPISAH




Mesti semua orang ada pengalaman berpisah dengan insan tersayang, dengan binatang peliharaan tersayang, dengan kawan-kawan atau dgn kekasih ke, tunang ke macam -macam perihal berpisah ni...

Tapi yang membezakan berpisah yang mengundang kesedihan atau tidak..kerana ada juga perpisahan yang membawa kebahagiaan.

Saya juga mengalami perpisahan..aduh sekejap daku sekejap aku nampak sangat penulis ni ada krisis identitikan??? ha..ha tak pe itu diakui tapi bukan krisis jantina ( oppss maaf jika ini agak sensitif. tiada sebarang maksud disitu...

Perpisahan yang saya pernah alami adalah kenangan yang paling sendu dalam memori ini..sekadar perkongsian tiada niat nak mintak simpati..

Dari kecik saya dijaga oleh nenek saya yang membesarkan saya dari sebesar tapak kaki, bukan mak bapak tak nak jaga tuntutan kerja, maklumlah kena cari rezeki.jadi saya diserahkan kepada nenek saya. Nenek ni bila jaga cucu memang mengalahkan kasih sayang terhadap anak sendiri, betapa bertuah saya kasih sayang yang diberikan memang top..tak pernah saya rasa kurang walau pun hidup saya serba dalam kekurangan..ingat lagi rumah tak ada peti ais jadi bila makan coklat lepas makan coklat tu bungkus dalam plastik dan masukkan dalam baldi yg berisi air, airkan makin lama makin sejuk..keras coklat tuh. Tak percaya cuba buat.

Tuh belum bab saya pergi menoreh getah..buat getah keping wah dulu memang terror ah..tutup mata jer..jgn ingat saya menoreh saya tak pergi sekolah..hari cuti jelah pergi..hari sekolah pergi sekolah..pagi-pagi buta nak pergi sekolah nenek bawa lampu suluh hantar ke jalan raya besar sebab nak naik bas sekolah maklumler rumah kitaorng ni pendalam sikit..lupa saya hidup dengan nenek sahaja lepas kepergian datuk.

Tu belum bab saya bercucuk tanam disawah bendang..best ohh semai padi..lepas semai padi bila masa menuai siap pakai topi besar..panas pun best..pengalaman tu..

Bila musim banjir lagilah siap buat rakit buloh..pukat ikan..hah terror tak>> mana nak jumpa benda cam gini tu belum tunjuk skills lompat dlaam sungai lagi..silap-2 masuk sukan sea dapat GOLD..berangan..

Bila raya baju raya wah design kemain penuh ropol-2 dulu cantik gila..sekarang kalau pakai bagaimana ekk.. dulu kat kg tak pernah jumpa KFC, MCdonals semua fastfood ler...menu harian kita orang ikan kukus dan sambal itu pun dah cukup meleleh air liur..nak sayur ambil belakang rumah jer ulam-2 macam-macam segar lagi..

Banyak yang manis dan indah antara saya dan nenek..ingat semua tu senyum jer..tapi detik indah itu pantas berlalu bila nenek saya ditimpa musibah angin ahmar..separuh badannya tidak berfungi..luluh hati ini..nenek yang dulu menjaga pakai saya terbaring dalam linangan air mata..hari pertama dihospital saya menemani nenek sambil picit kaki tangan sambil baca ayatul- qursi mintak dia pulih.

Bulan pertama saya menjaga nenek..bila saya pergi sekolah nenek saudara menjaga nenek..bila balik dari sekolah saya menguruskan nenek..selalu saya dirikan nenek bagi dia pegang tingkap dan suruh dia kuatkan kaki..alhamdullillah nenek kuat semangat walau belum pulih tapi ada perkembangan..nak pergi rumah jiran pun aku papah nenek paksa dia kuatkan kaki..jangan mimpi nak manja-manja bukan saya kejam tapi nak tolong nenek..

Masa berlalu laju. akhirnya anak-anak nenek buat keputusan untuk jaga nenek bergilir-gilir, aku termengu sendiri sambil genggam tangan nenek..sampai hati aku dari kecik hidup dengan nenek tetiba nak dipisahkan..saya boleh jaga nenek..saya tak kisah susah macam mana pun..tapi suara saya mana didengari..

Hari perpisahan tiba..tika saat nenek diangkat masuk ke kereta pak cik saya, ada linangan airmata dari nenek.. begitu juga saya..mak dan ayah hanya memandang saya..tak seorang pun faham perasaan saya tika itu..betapa hati ini bagai tersayat pilu..saya tidak merelakan perpisahan itu walau saya tahu itu untuk kebaikan saya dan nenek.

Saya memandang pondok buruk yang kami diami bersama..airmata ini laju mengalir..banyak kenangan disitu.kini akan terbiar sepi.....perlahan kereta yang dinaiki nenek meninggalkan saya yang kian teresak ingin saya kejar tapi pantas saya dipeluk..betapa saya merasai apa itu erti perpisahan..penuh kesakitan...

Itu kisah saya memang permulaan parah tapi tiap yang terjadi ada zat yang diberikan Allah..


Friday, May 4, 2012

Hukum Cincin Emas/Suasa/Perak bagi Lelaki


Di hari ini sama-sama kita kongsikan sedikit pengetahuan semoga mendapat syafaat:-
Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.
Emas adalah  unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’ dan nombor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tdk serasi dgn zat kimia tp ditakluki oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage.  Emas akan lebur pada suhu sekitar 1000c.Jika emas putih mempunyai logam yang sama dgn emas kuning maka hukumnya sama. 
Platinium Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nombor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga,
 Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Ibnu Majah menambah: “Halal buat orang-orang perempuan”.
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian Nabi mengambil cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:”Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.”(Riwayat Muslim)
Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas
seperti emas biasa yang berwarna kuning

Cincin Perak   
Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi pernah memakainya. Anas ra, berkata :-
لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Menurut Ibn Taimiyah ra. :-
أما خاتم الفضة فيباح باتفاق اللأئمة فإنه قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه اتخذ خاتما من فضة ، وأن أصحابه اتخذوا خواتيم ، بخلاف خاتم الذهب فإنها حرام باتفاق الأئمة الأربعة ؛
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat” [Majmu' Fataawa 25/63-65].

Emas Putih 
Platinum tahan karat dan terdapat dalam beberapa bijih nikel dan copper. Digunakan utk perhiasan, peralatan makmal, gigi, dan peralatan mengawal pembebasan asap kenderaan.”Jelas daripada penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Cincin Suasa
Cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih sekalipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:”Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya tidak kira sikit atau banyak emasnya.

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :”Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”