ZR
Daku bukan terkadang malah selalu juga lalai dalam soal memperkata dan mengata pasal somebody. Memang ingin dijauhi namun agak mustahil untuk menjauhi.
Berkali-kali akal menasihati minda yang pantas berlari marathon agar menjadi cerdik, namun cerdik ku telah terlebih kerana itu sifat menjaga tepi kain orang itu tetap ada walau tidak aku sedar.
Senangnya untuk mencari buruk dan tidak kena orang..yg indah ada tapi sukar untuk diterima realiti ..
Bait yg buruk memang senang dan lancar ibarat peluru yg tak pernah habis tapi untuk menyatakan MAAF walau pendek dan mudah berat bagai tertelan tulang ikan dikerongkong..nampak seperti kelakar tapi itu hakikat..bukan daku seorang ramai yg begini..kerana itu berani bukan bererti benar, diam bukan bererti takut..
Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog ini.
Wednesday, March 28, 2012
Monday, March 19, 2012
HATI YG HILANG
ZR
Perjalanan yg aku susuri penuh dengan bait indah dan duka, kadang terzahir airmata di balik tawa yg masam.
Hatiku terkadang pedih dan sedih namun tiada terlihat diwajah mereka apatah lagi di wajah kesayangan hamba.
Bukan aku tamak dan bukan aku haloba sekadar ingin memiliki rasa diri disayangi dan dikasihi, benar cinta ini ada namun mengapa seperti jauh. Rindu ini ibarat pelangi timbul cuma seketika walau penuh keindahan.
Hati ini sering berlagu mengapa ruang sepi yg tercipta, tegarkah andai daku melangkah keluar, bisakah andai aku yang menarik diri kejamkah jika aku ingin mencari kasih yg sebenar.
Aku tidak gatal untuk berlaku curang, tidak juga playgirl untuk bermain sorok menyorok namun perasaan kian mengetuk akal warasku agar merelakan diri untuk melayari bahtera.
Terkadang aku jatuh cinta kembali , terkadang aku menbenci perasan yg hadir harus bagaimana..dimana aku harus berpijak bila setiap perlakuan adalah seimbang..bila tiap perbuatan seperti sama..
Resah bila aku melihat wajah yg penuh sayang dan penuh benci. Parah dan tenat untuk aku berfikir kerana masa ini terus berlari.
Sesungguhnya dia memang berada dihatiku, namun tidak semua cintaku padanya, perasan dulu kian tenggelam, rindu yg ada kian larut harus bagaimana???

Friday, March 9, 2012
MULUT CERITA LELAKI
Dipagi jumaat yg indah ini, tiada perasaan yang merajai jiwa ini sekarang yang tebit dan tercipta hanya amarah dan geram serta bosan yang telah menyerap hingga susup jantung ini, tiap debar yang hadir ibarat raungan kemarahan yg terus menghasut untuk berperang dengan mulu-mulut yang tiada insurance itu.
Aku sudah terlalu memberi ruang, terlalu membuka peluang untuk lelaki itu terus menembak aku tanpa sasaran, tembakan yang bertubi-tubi tanpa arah juga tujuan.
Haruskah aku memaafi dia atas tiap apa yang telah diperbuatkan pada diri ini, sehingga maruah ini dipijak terasa agak hina diri ini, bila andaian demi andaian yg direka seperti meletakkan harga diri ini untuk dipijak dan ditumbuk lumai...agak keras terjahan ini.
Aku berdiam aku terkelu walau ada kadang-kala bait sindiran kuzahirkan pada lelaki itu namun, jika hati telah mati pelabagai peribahasa atau ayat tidak memberikan side effect...malas aku sebenarnya untuk berperang tapi sampai bila..sampai bila aku ingin membiarkan dia terus menjaja itu ini ibarat si penjual carpet yang mengetuk setiap pintu rumah untuk menjual carpet denga kata-kata manis...
Jujur aku ada silap, benar aku juga pernah tersilap namun bukan sikapku untuk menilai atau menajtuhkan hukum pada sesiapa jua kerana aku bukan bijak pandai, bukan juga sang ariff yang mampu membaca undang-undang etika apa kanun berapa, tapi aku punya perasaan yang makin lama, makin kembang.
Sifat lelaki seharusnya agak berbeza dan jauh bersimpang dari golongan wanita, namun lelaki ini terlebih istimewa, spesis albino barangkali....pelbagai cerita sensasi, basi yang tak tercapai dek akal dan terfikir segala terbenteng di mejanya ibarat wartawan melodi, belum pasti benar sudah diberikan hukuman..hingga mampu untuk mewujudkan sifat benci sesama sendiri..
Pelik sungguh selalu kait-mengaitkan perihal diri ini, nak kata aku cantik ah memang terlalu jauh sekali..wajah ini tiada yg istimewa jika jejaka memandang itu kira bagus namun rasanya tiada.
kelebihan diri ini entah rasanya segalanya sederhana tidak ada apa pun yang terlebih kurang itu pasti.
Ya Allah..tika ada sabar di taman ini kau tenang kan aku, agar cerdik menajdi penghulu di akalku. Pujuklah iman ku untuk terus berdiri teguh kerana aku bimbang aku tertewas dan dia pasti tidak aku lepaskan..
DOA ORG YG DIZALIMI
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا
وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim
Ketika Rasulullah SAW mengutus seorang sahabatnya yang bernama Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman untuk berdakwah di sana, Beliau memberikan beberapa pesan penting dalam mengajak manusia kepada kebenaran yang telah ajar olehnya SAW. Dalam hadits ini beliau berpesan kepada Mu’adz bin Jabal agar waspada dan takut akan doa orang yang terzalimi, kerana doa orang yang terzalimi tidak akan tertolak. Demikian pesan Rasulullah SAW : “ … doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) diatara dia dengan Allah”. Oleh kerananya bersikap adil sentiasa harus ada pada diri setiap individu muslim.
Hancurnya Umat Tedahulu Kerana Kezaliman
Banyak kita dapati dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW hancurnya umat terdahulu disebabkan perilaku zalim yang mereka lakukan.
Fira'un Raja Kezaliman
Apa yang dilakukan oleh Fir’aun, sang raja kezaliman dan bala tenteranya kepada umat Nabi Musa AS jelas adalah penyebab musnahnya mereka dengan cara ditenggelamkan di laut merah. Di antara kezalimanan yang dilakukan Fir’aun dan bala tentaranya tersebut adalah mereka telah membunuhi anak-anak lelaki bani israil dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup. Dengan perlakuan zalim ini, Nabi Musa AS pun mengajak kaumnya untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT dan bersabar atas kezaliman ini.
Kemudian Nabi Musa AS berdoa kepada Allah SWT atas kehancuran dan kebinasaan Fir’aun dan para pengukutnya :
“ ... Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Fir’aun dan para pegawai kaumnya berupa perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami ini semua mengakibatkan mereka menyesatkan manusia (hamba-hamba-Mu), dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mereka tidak akan beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat siksaan-Mu yang pedih.” (Q.S. Yunus/10 : 88)
Orang Orang Yang Makbul Doanya
Ada ramai orang yang doanya tidak akan tertolak yakni maqbul, diantaranya :
Orang Yang Berpuasa
Di antara doa yang akan dikabulkan oleh Allah SWT adalah doa orang yang berpuasa, doanya akan Allah kabulkan hingga dia berbuaka puasa, namun tentunya puasa yang dia lakukan adalah puasa yang dilandasi oleh keikhlasan karena Allah SWT.
Pemimpin Yang Adil
Kepemimpinan adalah sebuah amanah besar yang dibebankan Allah SWT kepada orang-orang tertentu, bahkan kita semua adalah pemimpin untuk diri kita masing-masing, dan pada hari kiamat kelak Allah SWT akan memimta pertanggungjawapan atas kepemimpinan yang telah kita pikul selama kita menerima amanah tersebut di dunia ini.
Seorang pemimpin mulai dari PM sampai kepada jawatan yang paling rendah dan tentunya siapa pun kita ketika mendapati suatu amanah sebagai seorang pemimipin maka dituntut untuk berlaku adil dalam memimpin para pengikutnya. Oleh kerananya beruntung bagi mereka yang mampu berlaku adil dalam kepemimpinannya, Sehingga Allah SWT akan mengabulkan doa mereka.
Orang Yang Dizalimi
Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zalim, kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut. Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya, sehingga Rasulullah SAW pun memberikan satu warning kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul seperti makanan orang tersebut didapat dari jalan yang haram alias tidak halal. Memang ada satu hadits Rasulullah SAW yang mengisyaratkan bahawa doa orang yang pakaian dan makanannya tidak halal, doanya tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia dizalami oleh seseorang, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan kepada pelaku kezaliman tersebut akan terkabul.
Demikian semua itu adalah isyarat akan terkabulnya doa mereka sebagaimana sabda Rasulullah SAW berikut :
“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad
COPY DARI :http://al-iltizam.blogspot.com

"رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلأَهُ زِيْنَةً وَأَمْوَالاً فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُواْ حَتَّى يَرَوُاْ الْعَذَابَ الأَلِيمَ
“ ... Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Fir’aun dan para pegawai kaumnya berupa perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami ini semua mengakibatkan mereka menyesatkan manusia (hamba-hamba-Mu), dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mereka tidak akan beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat siksaan-Mu yang pedih.” (Q.S. Yunus/10 : 88)
Orang Orang Yang Makbul Doanya
Ada ramai orang yang doanya tidak akan tertolak yakni maqbul, diantaranya :
Orang Yang Berpuasa
Di antara doa yang akan dikabulkan oleh Allah SWT adalah doa orang yang berpuasa, doanya akan Allah kabulkan hingga dia berbuaka puasa, namun tentunya puasa yang dia lakukan adalah puasa yang dilandasi oleh keikhlasan karena Allah SWT.
Pemimpin Yang Adil
Kepemimpinan adalah sebuah amanah besar yang dibebankan Allah SWT kepada orang-orang tertentu, bahkan kita semua adalah pemimpin untuk diri kita masing-masing, dan pada hari kiamat kelak Allah SWT akan memimta pertanggungjawapan atas kepemimpinan yang telah kita pikul selama kita menerima amanah tersebut di dunia ini.
Seorang pemimpin mulai dari PM sampai kepada jawatan yang paling rendah dan tentunya siapa pun kita ketika mendapati suatu amanah sebagai seorang pemimipin maka dituntut untuk berlaku adil dalam memimpin para pengikutnya. Oleh kerananya beruntung bagi mereka yang mampu berlaku adil dalam kepemimpinannya, Sehingga Allah SWT akan mengabulkan doa mereka.
Orang Yang Dizalimi
Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zalim, kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut. Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya, sehingga Rasulullah SAW pun memberikan satu warning kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul seperti makanan orang tersebut didapat dari jalan yang haram alias tidak halal. Memang ada satu hadits Rasulullah SAW yang mengisyaratkan bahawa doa orang yang pakaian dan makanannya tidak halal, doanya tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia dizalami oleh seseorang, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan kepada pelaku kezaliman tersebut akan terkabul.
Demikian semua itu adalah isyarat akan terkabulnya doa mereka sebagaimana sabda Rasulullah SAW berikut :
"ثَلاَثَةٌ لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُوْلُ لَهَا الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ".
“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad
Wednesday, March 7, 2012
CERITA TENTANG JODOH
Di pagi hari nan indah, sedang berbicara dengan seorang teman.
"Sekarang mungkin trend lelaki kahwin dengan perempuan berumur,
"Bukan trend jodoh" daku memberikan jawapan
"Memanglah kahwin dengan wanita berusia itu ikut sunnah nabi, tapi tak tahulah ikut sunnah nabi ke tak, ke sebab benda lain." Teman memberikan pendapat sambil daku hanya senyum-senyum kerana hari ini daku seakan malas nak berbahas, kalau berbahas pun bukan ilmu daku tinggi bebenar tak lulusan
"Tapi susah kahwin lelaki muda, tengok kes retis-restis cam...,...., ah itulah laki tak puas enjoy last -last tinggal anak bini." Teman tambah lagi rencah, daku angguk lagi sambil senyum entah apa penyakit daku arini senyum jer.
"Itu jodoh namanya." Ayat sama daku ulang.
"Memanglah jodoh tapi kita boleh usaha, macam apa yang kita minat kita kejar sampai dapat, jangan cakap jodoh kita memang telah ditetapkan..kita kena usaha boleh ubah Qada dan Qadar kalau kita doa sungguh-sungguh". Wah ustazah pulak teman daku nih pepagi
"Jangan pulak nak guna pepatah melayu, ulat dalam batu pun boleh hidup itu ulat". Bersastera pulak teman daku nih..
" Kalau ader orang cakap cam tuh suruh jer duk dalam gua kata hutan tengok boleh hidup tak?" cadangan aku yg memang nampak tak cerdik sebab memang daku tak der idea.
Itu adalah percakap seorang teman kepada teman..soal jodoh bagi daku terlalu dalam dan hanya ALLAH yg mengetahuai rahsia yag tersimpan bila satu pasangan diijab qabulkan.
Dari pembacaan yang pernah daku baca..bila roh atau nyawa ditiupkan ke dalam rahim ibu iaitu diawal janin berusia 4bulan, telah ditetapkan oleh NYA akan soal jodoh dan ajal. Maaf jika daku tersilap
Tentang rezeki memang ALLAh akan sentiasa memberi akan segala zat-zat buat kita, cuba untuk membentuknya ditangan kita, bukan sekadar hanya berdoa dan bertawal perlu juga berusaha begitu juga jodoh.
Tapi jodoh itu rumit dan indah, siapa yang memilik dan menjadi tulang rusuk, memang kita merancanakan tapi jika bukan HAK kita tetap akan tidak menjadi jodoh kita dan jika benar memang dia pemilik kita, Qabul akan berjabat ditangan dia.
Daku tak berani nak mempersoalkan tentang jodoh kerana ilmu ku belum mampu untuk membentangkan soal QADA dan QADAR, banyak yang harus aku fahami dan selami bukan sekadar membaca dan mendengar.
Tentang jodoh lain orang lain pendapat, apa pun jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya?, Insyaallah sekurang-kurangnya teman ini berjaya membuat daku untuk lebih memahami dan mencari pengertian tentang jodoh dan ketetapanNYA.
Tuesday, March 6, 2012
KEBAIKAN MENANGIS
Tak perlu malu jika ingin menangis, luluhkan sahaja air mata mu, usah dipikul beban dihati kerana lara akan terus berlagu.
Menangis bkn kerana manja semata, tapi juga bagus untuk kesihatan minda...ya bila menangis kita seperti meluahkan segala semak lalang yang wujud..biar sampai teresak-esak yang penting kepuasan yang ada.
Airmata yang hadir juga bukan untuk dibuang begitu sahaja, tapi air mata itu ubat pembunuh bakteria yang bagus, sekali-sekala perlu juga mencuci mata, tak perlu guna eye mo atau segala bagai gunakan yang origil tanpa bahan pengawet percuma lagi.
Airmata juga mengeluarkan hormon strees kalau ikut bahasa sains "Endorphin Enkaphalin serta prolactin, banyak manfaat disitu bukan sekadar menangis untuk manja-manja.
Airmata juga mengandungi hormon tekanan yg mana ia ada 24% proten albumin untuk menutralkan hormon ketidakstabilan dalam badan..wah banyak sungguh kelebihan menangis.
Selain itu menangis juga mampu merapatkan hubungan sesama insani, yalah kadang-kala menangis sambil meluah perasaan depan pasangan atau sebagainya..make sure yang HALAL yer..nanti ader tempat lending kat bahu ker...ada orang sapu-sapu air mata ker??,,, terlebih skrip drama lah pulak.
Apa pun yang paling utama yang paling Afdal menangislah atau luahkan segala hanya pada DIA. Usah malu usah ragu DIA lebih mengetahuai tanpa kita memberitahu..
MEMAKAI INAI
Gambar Ehsan Googles
Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana2 bahagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Iamam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid.
Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan "bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."
Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).
Dari Blog :http://www.ustaznoramin.com
DOA-DOA YANG DIMAKBULKAN
Berkongsi sedikit ilmu dipagi hari:-
DOA-DOA dari golongan yang dimakbulkan oleh ALLAH
1. Doa ibu bapa kepada anak-anak. Nabi SAW bersabda yang bermaksud,
“Tiga doa yang pasti dimakbulkan ALLAh, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majah)2. Doa anak yang soleh yang mentaati kedua ibu bapa. Rasulullah SAW bersabda tentang Uwais bin ‘Amir,
“Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa, pasti ALLAh SWT akan memakbulkan.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)3. Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan. ALLAh berfirman yang bermaksud,
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama ALLAh? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat ALLAh itu).” (Surah al-Naml : 62)
Berkenaan mustajab doa orang yang dizalimi pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan ALLAh SWT.” (Riwayat Bukhari)4. Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan. Ummu Darda’ r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat pun berkata kepadanya, ‘Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu!’” (Riwayat Muslim)5. Doa orang yang sedang musafir
6. Doa orang yang berpuasa hingga berbuka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa sehingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)7. Doa pemimpin yang adil untuk orang di bawahnya.
Sesungguhnya sebagaimana kita mendoakan seseorang doa itu akan berbalik kepada kita apatah lagi kita mendoakan keburukan.
Monday, March 5, 2012
BULU MATA PALSU
Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.
Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.
Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.
KENAPA MENULIS BLOG
Menurut kajian menulis blog adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan, blog adalah sesuatu tempat yang agak bagus jika digunakan untuk melegakan tekanan, kerana melalui blog penulis dapat bercerita tanpa segan-silu kerana penulis tidak dikenali.
Benarkah fakta ini, atau sekadar fakta? entah tapi nak juga kau bertanya pada diri kenapa aku tulis blog, kenapa bahasa aku guna kadang-kadang aku sendiri tak faham, kenapa tiba-tiba boleh secara automatik keluar ayat cintan-cintun..pelikkan..
Mungkin benar juga fakta ini, blog tempat meluah rasa> kenapa tak ader kawan atau teman atau insan tercinta untuk meluah segala bangai cerita ker?. entah masing-masing punya pendapat dan ideologi, mungkin lebih sennag meluahkan begini kerana tak semua faham apa yang kita ingin luahkan dan apa yang kita ingin sampaikan..namun tidak salah untuk mencuba.
Meneroka blog kat dunia maya berjuta-juta fesyen cara dan penceritaan, ada yang lucu ada yang sampai kena hempuk kepala kat dinding nak faham apa maksud sampai kekadang mata terkebil-kebil, otak bengkak tak boleh fikir, ada yang sampai tulang perut semua tertulis, yang penuh bait dan yang penuh kata zimat juga ader, yang penuh mandat, Ya Allah begitu sekali kau ciptakan fungsi otak....ALLAH HU AKHBAR.....
Buat cendiakawan dan para ilmuan yang banyak menulis penuh syafaat betapa dihitung akan kemanisan yang ader kerana menyebarkan walau sepatah ayat..InsyAllah akan memperolehi kebaikan walau bukan semua yang mengerti namun ilmu Allah itu luas..seperti juga A'sma Allah...Astagfirllahulazim..
Menulis dan meluah diblog memang tanpa sempadan, apa yang terbuku dan terbeku jalanjer tak payah nak bimbang traffic light merah, tapi yakinkah kita orang tidak dapat meneka keperibadian kita, kadang-kala bila mebaca sesuatu blog kita akan fahami bagaimana situasi seseorang atau mungkin jua penulis mempunyai banyak topeng untuk mengaburi pandangan sisi sendiri.
Tapi tidak mampu disangkal dan dipangkal blog tempat terbaik untuk meluahkan karya yang lahir dan betul juga kekadang tempat untuk menzahirkan amarah atau tidak kecelaruan fikiran, tapi jangan terlalu obses menjadikan blog untuk teman kerna blog ini bisu dan pekak tanpa suara hanya illusi, luahan yang tepat dan benar hanya pada DIA...
Menulislah jika itu bakatmu, luahkan jika itu mententeram, baitkan jika itu melegakan namun jangan mengiabkan dan diaibkan oleh apa yang telah kita tuliskan..

APA YANG KURANG
ZR
Hingga kini kepala masih pusing, masih banyak tanda tanya yang timbul entah apa yang dicari dalam keriuhan burung -burung yg bernyanyi antara alunan- alunan kalimah yang memuji ILLAHI, ternyata tenang diri ini namun masih tidak tahu apa yang kucari.
Dibalik relong cahaya ibarat menanti bulan yg tak gugur, bagai ingin melihat hantu yang entah bila kan mucul..jika muncul beranikah aku menatapi, atau aku sekadar berbicara tika jika mencari arah atau tika jiwa ini buntu.
Pandang kanan, pandang kiri semau sama semua ada tapi nampak tidak sempurna, nampak tiada yang putih cuma ada kelabu.
Yang terlipat dalam makrifat yang terbentang dalam syafaat, bukan calang-calang yang ingin dicari, bukan senang-senang yang ingin ditemuai.
Banyak yang perlu digali, banyak yang perlu ditimbus kembali maka haruskah aku kerahkan segala kudrat sebelum benar-benar mencari, sebelum benar-benar menanti..atau aku perlu bertapa untuk penuhkan kebal didiri, bukankah ayat-ayat ALLAH itu terlebih indah mengapa aku tidak menggunakan ia sahaja..
Itulah aku yang jauh itu tetap dicari yang terbentang tidak pernah diambil peduli...ubat itu dekat tapi jauh.

Friday, March 2, 2012
PERASAAN PADA DIRI
Kadang-kadang marah, ada ketika rajuk, ada saat murung ada detik senyum itulah yang ada dalam diri ini, mungkin rasa dan diri antara kita berbeza namun setiap kita tetap sama ada perasaan, usah dicari apa yang tidak sama kerana ketidaksamaan itu memang wujud, memang ada cuma kita yang menidakkan.
Tak akan sama aku dan dia tak akan ada persamaan walau seinci pun, mustahil sama. Aku tahu memang semua kita adalah terbaik ciptaan DIA semua terindah tidak akan ada cacat atau cela, biar hina dimata insani yang pasti DIA yang berhak.
Perasaan pada diri sukar untuk diceritakan sukar untuk ditafirkan apatahlagi untuk dicoretkan, untuk melukis pun tidak mampu terlalu rumit utuk dijadikan cerita mahupun lagu.
Biar terkadang diri tersesat dialam sendiri, terpaku dalam situasi berbeza namun jalannya pasti pada diri..sesat dalam diri amat menakutkan lebih bahaya dari sesat tika dilebuhraya.
Thursday, March 1, 2012
TENTANG DIA
ZR
Hari pertama untuk bulan ini menggamit kembali rindu aku kepada dia, walau dia sudah lama hilang dimataku, walau suaranya sudah lama tidak didengari namun bebayang dia selalu ada menemani.
Betapa rindu ini tetap ada pada dia, kenangan tercipta bukan mudah untuk kulupakan, mungkin daku bukan istilah cinta pandang pertama, namun cintaku pada dia hingga hujung nafas ini.
Sesungguhnya jiwa ini masih kosong, masih ada ruang tersimpan untuk dia walau hakikat dia memang tak akan kembali, perginya kepada DIA yang berhak, namun amat sukar untuk ku lepaskan kasih ini dari dia.
Segalanya terindah tentang dia, segalanya dulu dia, tiada pernah tertimbus sedikit pun ingatan walau berbalang kasih yg hadir tapi tdak mampu menewaskan dia.
Memang jangan terlalu menurut kata hati mati, tapi jika kata hati bagaimana?.
Saat bersama dia saat terindah dalam hidupku, walau pun dia hadir seketika cuma namun dialah pelangi ku. YA ALLAh terima kasih kerana kau hadirkan dia walau cuma sekejap dapat aku mengenali erti kasih dan sayang dan erti sebuah pengorbanan.
Tahun ini genaplah 8tahun dia bersemadi, bagai baru semalam ku usup pipinya, bagai baru semalam ku lihat senyumnya..Damailah dikau disana...
Jemarimu sekuat cintamu,
Kudratmu terisi cuma untukku,
Dalam kepayahan ada senyum dibibirmu,
Penuh kasih dimata mu yang redup.
Tika masa pantas berlari kau dan aku penuh cerita,
walau tidak seperti Cindrella cukup untuk menjadi lagenda,
Ada dirimu ada jua aku,
Tika tercalar kau sambutku dalam pelukkan mu.

Subscribe to:
Posts (Atom)