Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, March 19, 2012

HATI YG HILANG

ZR

Perjalanan yg aku susuri penuh dengan bait indah dan duka, kadang terzahir airmata di balik tawa yg masam.

Hatiku terkadang pedih dan sedih namun tiada terlihat diwajah mereka apatah lagi di wajah kesayangan hamba.

Bukan aku tamak dan bukan aku haloba sekadar ingin memiliki rasa diri disayangi dan dikasihi, benar cinta ini ada namun mengapa seperti jauh. Rindu ini ibarat pelangi timbul cuma seketika walau penuh keindahan.

Hati ini sering berlagu mengapa ruang sepi yg tercipta, tegarkah andai daku melangkah keluar, bisakah andai aku yang menarik diri kejamkah jika aku ingin mencari kasih yg sebenar.

Aku tidak gatal untuk berlaku curang, tidak juga playgirl untuk bermain sorok menyorok namun perasaan kian mengetuk akal warasku agar merelakan diri untuk melayari bahtera.

Terkadang aku jatuh cinta kembali , terkadang aku menbenci perasan yg hadir harus bagaimana..dimana aku harus berpijak bila setiap perlakuan adalah seimbang..bila tiap perbuatan seperti sama..

Resah bila aku melihat wajah yg penuh sayang dan penuh benci. Parah dan tenat untuk aku berfikir kerana masa ini terus berlari.

Sesungguhnya dia memang berada dihatiku, namun tidak semua cintaku padanya, perasan dulu kian tenggelam, rindu yg ada kian larut harus bagaimana???

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel