Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Thursday, March 1, 2012

TENTANG DIA

ZR
Hari pertama untuk bulan ini menggamit kembali rindu aku kepada dia, walau dia sudah lama hilang dimataku, walau suaranya sudah lama tidak didengari namun bebayang dia selalu ada menemani.

Betapa rindu ini tetap ada pada dia, kenangan tercipta bukan mudah untuk kulupakan, mungkin daku bukan istilah cinta pandang pertama, namun cintaku pada dia hingga hujung nafas ini.

Sesungguhnya jiwa ini masih kosong, masih ada ruang tersimpan untuk dia walau hakikat dia memang tak akan kembali, perginya kepada DIA yang berhak, namun amat sukar untuk ku lepaskan kasih ini dari dia.

Segalanya terindah tentang dia, segalanya dulu dia, tiada pernah tertimbus sedikit pun ingatan walau berbalang kasih yg hadir tapi tdak mampu menewaskan dia.

Memang jangan terlalu menurut kata hati mati, tapi jika kata hati bagaimana?.

Saat bersama dia saat terindah dalam hidupku, walau pun dia hadir seketika cuma namun dialah pelangi ku. YA ALLAh terima kasih kerana kau hadirkan dia walau cuma sekejap dapat aku mengenali erti kasih dan sayang dan erti sebuah pengorbanan.

Tahun ini genaplah 8tahun dia bersemadi, bagai baru semalam ku usup pipinya, bagai baru semalam ku lihat senyumnya..Damailah dikau disana...

Jemarimu sekuat cintamu,
Kudratmu terisi cuma untukku,
Dalam kepayahan ada senyum dibibirmu,
Penuh kasih dimata mu yang redup.

Tika masa pantas berlari kau dan aku penuh cerita,
walau tidak seperti Cindrella cukup untuk menjadi lagenda,
Ada dirimu ada jua aku,
Tika tercalar kau sambutku dalam pelukkan mu.

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel