Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, March 9, 2012

MULUT CERITA LELAKI



Dipagi jumaat yg indah ini, tiada perasaan yang merajai jiwa ini sekarang yang tebit dan tercipta hanya amarah dan geram serta bosan yang telah menyerap hingga susup jantung ini, tiap debar yang hadir ibarat raungan kemarahan yg terus menghasut untuk berperang dengan mulu-mulut yang tiada insurance itu.

Aku sudah terlalu memberi ruang, terlalu membuka peluang untuk lelaki itu terus menembak aku tanpa sasaran, tembakan yang bertubi-tubi tanpa arah juga tujuan.

Haruskah aku memaafi dia atas tiap apa yang telah diperbuatkan pada diri ini, sehingga maruah ini dipijak terasa agak hina diri ini, bila andaian demi andaian yg direka seperti meletakkan harga diri ini untuk dipijak dan ditumbuk lumai...agak keras terjahan ini.

Aku berdiam aku terkelu walau ada kadang-kala bait sindiran kuzahirkan pada lelaki itu namun, jika hati telah mati pelabagai peribahasa atau ayat tidak memberikan side effect...malas aku sebenarnya untuk berperang tapi sampai bila..sampai bila aku ingin membiarkan dia terus menjaja itu ini ibarat si penjual carpet yang mengetuk setiap pintu rumah untuk menjual carpet denga kata-kata manis...

Jujur aku ada silap, benar aku juga pernah tersilap namun bukan sikapku untuk menilai atau menajtuhkan hukum pada sesiapa jua kerana aku bukan bijak pandai, bukan juga sang ariff yang mampu membaca undang-undang etika apa kanun berapa, tapi aku punya perasaan yang makin lama, makin kembang.

Sifat lelaki seharusnya agak berbeza dan jauh bersimpang dari golongan wanita, namun lelaki ini terlebih istimewa, spesis albino barangkali....pelbagai cerita sensasi, basi yang tak tercapai dek akal dan terfikir segala terbenteng di mejanya ibarat wartawan melodi, belum pasti benar sudah diberikan hukuman..hingga mampu untuk mewujudkan sifat benci sesama sendiri..

Pelik sungguh selalu kait-mengaitkan perihal diri ini, nak kata aku cantik ah memang terlalu jauh sekali..wajah ini tiada yg istimewa jika jejaka memandang itu kira bagus namun rasanya tiada.
kelebihan diri ini entah rasanya segalanya sederhana tidak ada apa pun yang terlebih kurang itu pasti.

Ya Allah..tika ada sabar di taman ini kau tenang kan aku, agar cerdik menajdi penghulu di akalku. Pujuklah iman ku untuk terus berdiri teguh kerana aku bimbang aku tertewas dan dia pasti tidak aku lepaskan..

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel