Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, March 5, 2012

KENAPA MENULIS BLOG

Menurut kajian menulis blog adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan, blog adalah sesuatu tempat yang agak bagus jika digunakan untuk melegakan tekanan, kerana melalui blog penulis dapat bercerita tanpa segan-silu kerana penulis tidak dikenali.


Benarkah fakta ini, atau sekadar fakta? entah tapi nak juga kau bertanya pada diri kenapa aku tulis blog, kenapa bahasa aku guna kadang-kadang aku sendiri tak faham, kenapa tiba-tiba boleh secara automatik keluar ayat cintan-cintun..pelikkan..


Mungkin benar juga fakta ini, blog tempat meluah rasa> kenapa tak ader kawan atau teman atau insan tercinta untuk meluah segala bangai cerita ker?. entah masing-masing punya pendapat dan ideologi, mungkin lebih sennag meluahkan begini kerana tak semua faham apa yang kita ingin luahkan dan apa yang kita ingin sampaikan..namun tidak salah untuk mencuba.


Meneroka blog kat dunia maya berjuta-juta fesyen cara dan penceritaan,  ada yang lucu ada yang sampai kena hempuk kepala kat dinding nak faham apa maksud sampai kekadang mata terkebil-kebil, otak bengkak tak boleh fikir, ada yang sampai tulang perut semua tertulis, yang penuh bait dan yang penuh kata zimat juga ader, yang penuh mandat, Ya Allah begitu sekali kau ciptakan fungsi otak....ALLAH HU AKHBAR.....


Buat cendiakawan dan para ilmuan yang banyak menulis penuh syafaat betapa dihitung akan kemanisan yang ader kerana menyebarkan walau sepatah ayat..InsyAllah akan memperolehi kebaikan walau bukan semua yang mengerti namun ilmu Allah itu luas..seperti juga A'sma Allah...Astagfirllahulazim..


Menulis dan meluah diblog memang tanpa sempadan, apa yang terbuku dan terbeku jalanjer tak payah nak bimbang traffic light merah, tapi yakinkah kita orang tidak dapat meneka keperibadian kita, kadang-kala bila mebaca sesuatu blog kita akan fahami bagaimana situasi seseorang atau mungkin jua penulis mempunyai banyak topeng untuk mengaburi pandangan sisi sendiri.


Tapi tidak mampu disangkal dan dipangkal blog tempat terbaik untuk meluahkan karya yang lahir dan betul juga kekadang tempat untuk menzahirkan amarah atau tidak kecelaruan fikiran, tapi jangan terlalu obses menjadikan blog untuk teman kerna blog ini bisu dan pekak tanpa suara hanya illusi, luahan yang tepat dan benar hanya pada DIA...


Menulislah jika itu bakatmu, luahkan jika itu mententeram, baitkan jika itu melegakan namun jangan mengiabkan dan diaibkan oleh apa yang telah kita tuliskan..

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel