Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, March 7, 2012

CERITA TENTANG JODOH




Di pagi hari nan indah, sedang berbicara dengan seorang teman.
  "Sekarang mungkin trend lelaki kahwin dengan perempuan berumur, kan" soal teman kepada daku.
"Bukan trend jodoh" daku memberikan jawapan
  "Memanglah kahwin dengan wanita berusia itu ikut sunnah nabi, tapi tak tahulah ikut sunnah nabi ke tak, ke sebab benda lain." Teman memberikan pendapat sambil daku hanya senyum-senyum kerana hari ini daku seakan malas nak berbahas, kalau berbahas pun bukan ilmu daku tinggi bebenar tak lulusan OXford pun, lulusan pondok jer.
  "Tapi susah kahwin lelaki muda, tengok kes retis-restis cam...,...., ah itulah laki tak puas enjoy last -last tinggal anak bini." Teman tambah lagi rencah, daku angguk lagi sambil senyum entah apa penyakit daku arini senyum jer.
"Itu jodoh namanya." Ayat sama daku ulang.
  "Memanglah jodoh tapi kita boleh usaha, macam apa yang kita minat kita kejar sampai dapat, jangan cakap jodoh kita memang telah ditetapkan..kita kena usaha boleh ubah Qada dan Qadar kalau kita doa sungguh-sungguh". Wah ustazah pulak teman daku nih pepagi
  "Jangan pulak nak guna pepatah melayu, ulat dalam batu pun boleh hidup itu ulat". Bersastera pulak teman daku nih..
" Kalau ader orang cakap cam tuh suruh jer duk dalam gua kata hutan tengok boleh hidup tak?" cadangan aku yg memang nampak tak cerdik sebab memang daku tak der idea.
  Itu adalah percakap seorang teman kepada teman..soal jodoh bagi daku terlalu dalam dan hanya ALLAH yg mengetahuai rahsia yag tersimpan bila satu pasangan diijab qabulkan.
     Dari pembacaan yang pernah daku baca..bila roh atau nyawa ditiupkan ke dalam rahim ibu iaitu diawal janin berusia 4bulan, telah ditetapkan oleh NYA akan soal jodoh dan ajal.  Maaf jika daku tersilap
Tentang rezeki memang ALLAh akan sentiasa memberi akan segala zat-zat buat kita, cuba untuk membentuknya ditangan kita, bukan sekadar hanya berdoa dan bertawal perlu juga berusaha begitu juga jodoh.
    Tapi jodoh itu rumit dan indah,  siapa yang memilik dan menjadi tulang rusuk, memang kita merancanakan tapi jika bukan HAK kita tetap akan tidak menjadi jodoh kita dan jika benar memang dia pemilik kita, Qabul akan berjabat ditangan dia.
Daku tak berani nak mempersoalkan tentang jodoh kerana ilmu ku belum mampu untuk membentangkan soal QADA dan QADAR, banyak yang harus aku fahami dan selami bukan sekadar membaca dan mendengar.
     Tentang jodoh lain orang lain pendapat, apa pun jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya?, Insyaallah sekurang-kurangnya teman ini berjaya membuat daku untuk lebih memahami dan mencari pengertian tentang jodoh dan ketetapanNYA.

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel