Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, March 6, 2012

DOA-DOA YANG DIMAKBULKAN




Berkongsi sedikit ilmu dipagi hari:-


DOA-DOA dari golongan yang dimakbulkan oleh ALLAH


1. Doa ibu bapa kepada anak-anak. Nabi SAW bersabda yang bermaksud,
“Tiga doa yang pasti dimakbulkan ALLAh, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majah)
2. Doa anak yang soleh yang mentaati kedua ibu bapa. Rasulullah SAW bersabda tentang Uwais bin ‘Amir,
“Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa, pasti ALLAh SWT akan memakbulkan.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)
3. Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan. ALLAh berfirman yang bermaksud,
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama ALLAh? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat ALLAh itu).” (Surah al-Naml : 62)
Berkenaan mustajab doa orang yang dizalimi pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan ALLAh SWT.” (Riwayat Bukhari)
4. Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan. Ummu Darda’ r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat pun berkata kepadanya, ‘Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu!’” (Riwayat Muslim)
5. Doa orang yang sedang musafir
6. Doa orang yang berpuasa hingga berbuka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa sehingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
7. Doa pemimpin yang adil untuk orang di bawahnya.


Sesungguhnya sebagaimana kita mendoakan seseorang doa itu akan berbalik kepada kita apatah lagi kita mendoakan keburukan.

No comments:

Post a Comment

TQ..TQ Atas kata-kata comel