Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Showing posts with label DIRI. Show all posts
Showing posts with label DIRI. Show all posts

Friday, March 2, 2012

PERASAAN PADA DIRI



Kadang-kadang marah, ada ketika rajuk, ada saat murung ada detik senyum itulah yang ada dalam diri ini, mungkin rasa dan diri antara kita berbeza namun setiap kita tetap sama ada perasaan, usah dicari apa yang tidak sama kerana ketidaksamaan itu memang wujud, memang ada cuma kita yang menidakkan.

Tak akan sama aku dan dia tak akan ada persamaan walau seinci pun, mustahil sama. Aku tahu memang semua kita adalah terbaik ciptaan DIA semua terindah tidak akan ada cacat atau cela, biar hina dimata insani yang pasti DIA yang berhak.

Perasaan pada diri sukar untuk diceritakan sukar untuk ditafirkan apatahlagi untuk dicoretkan, untuk melukis pun tidak mampu terlalu rumit utuk dijadikan cerita mahupun lagu.

Biar terkadang diri tersesat dialam sendiri, terpaku dalam situasi berbeza namun jalannya pasti pada diri..sesat dalam diri amat menakutkan lebih bahaya dari sesat tika dilebuhraya.

Friday, February 3, 2012

JADILAH DIRI YANG SEBENAR

ZR

Ramai betul origin plastik sekarang, kiri-kanan, depan-belakang. Rata-rata beralaskan baju kilat-kilat walau badan kat dalam tak mandi setahun. Kalau faham-fahamlah maksud nih kalau tak faham buat-buat faham tapi yang paling elok cari makna baru angguk kepala tanda faham. Tak usah nak menarik perhatian dengan lagak pandai kita yang akan menampakkan kebodohan diri. Susah nak mencari manusia jujur adakah sudah pupus bak zaman dinosaur ? atau sudah lenyap terus dek terkena tembakan kemajuan yang mencanak-canak.

Tak perlu nak mencari plastik dalam diri orang lain, dalam diri sendiri pun banyak yang bersifat plastik. depan cakap lain belakang cakap lain. Tak perlu rujuk sifat orang lain rujuk dulu diri sendiri. Kita pun kekadang begitu, bila depan memuji bila belakang cakap seperti nak dicarik-carik kain....Astagfirllahullazim..betapa teruknya sifat kita.

Susahkah untuk menjadi diri yang sebenar kerana hidup atas pentas lakonan yang banyak penonton, terlebih lakonan akan dikeji, terlebih kaku akan dikutuk. Terkadang terfikir perlu kita menjual sifat sebenar diri untuk memuaskan pemerhati kita semasa. Bukan senang untuk menyenangkan semua dengan sifat yang sebati dalam diri kita, Dari sekecil tapak tangan ibu yang melahirkan kita beralih ke kanak-kanak bererar ke remaja terus ke zaman dara dan teruna sifat dan perilaku memang berbeza.

Alangkah indahnya jika kita benar berdiri atas sifat yang sebenar cuma yang terlebih kita kurangkan dan terkurang kita sederhanakan sedikit, tidak perlu beralas-alas untuk nampak terlebih cantik.Kerana yang asli itu memang lebih indah orang akan lebih tertarik pada yang tulen dari yang tiruan.

Pendek kata tiap yang ada pada diri memang telah indah Allah ciptakan,cuma terletak pada kita untuk mengacunya....jika teliti mahallah nilainya, jika alah kadar maka hilanglah nilainya....

Jadilah diri yang sebenar yakinlah akan diri, doakanlah agar kita tidak hilang diri dalam mencari diri.