ZR
Pening terkadang bila memikirkan sikap segelinter orang ( Melayu ) yg suka untuk menjadikan isu-isu kecil sebagai tempat untuk meluah amarah.
Nak membenci amat senang namun untuk memohon maaf bagaimana? ramai yg tidak sanggup dan berdiam diri bila sesutu kebenaran itu timbul, menjadi pengecut kenapa lempar batu sembunyi tangan wah berfalsafah daku kini.
Allah itu maha adil dan seadil-adilnya mengapa mesti kita meragui DIA, segalanya hak DIA. Siapa kita untuk terusan menjatuhkan hukum, siapa kita untuk mendoakan keburukan pada seseorang, layakkah kita?
Cukup tak faham dengan penulisan-penulisan yg terkadang ibarat menjadi pembakar kelambu dan ibarat batu api..memang bacul. Sikap ini mengapa wujud di jiwa melayu sahaja, memang aku melayu tapi aku juga malu dengan sikap begini. Maaf jika bahasaku kasar..maaf sekali lagi.
Terlalu ramai yg suka menilai dimata masing-masing, mudah membuat andaian dengan membaca dan mendengar sahaja, cukuplah menjadi terlebih cerdik dengan menanam sikap benci dan mengajak orang lain untuk memasang sepanduk benci juga.
Penyakit ini tidak akan hilang selagi suka menjaga tepi kain orang atau terlebih emo dengan sesuatu yg belum pasti hujung pangkal.
Buang;ah kebemcian itu sebelum terlewat sebelum ia menjadi parah, carilah ketenangan dibalik kebencian itu INSYAALLAH akan hadir sayang..walau memang amat susah untuk menyanyangi namun bukan susah juga utnuk membuang benci..PEace..
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel