Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, February 21, 2012

MENGAPA MESTI MEMBENCI

ZR

Pening terkadang bila memikirkan sikap segelinter orang ( Melayu ) yg suka untuk menjadikan isu-isu kecil sebagai tempat untuk meluah amarah.

Nak membenci amat senang namun untuk memohon maaf bagaimana? ramai yg tidak sanggup dan berdiam diri bila sesutu kebenaran itu timbul, menjadi pengecut kenapa lempar batu sembunyi tangan wah berfalsafah daku kini.

Allah itu maha adil dan seadil-adilnya mengapa mesti kita meragui DIA, segalanya hak DIA. Siapa kita untuk terusan menjatuhkan hukum, siapa kita untuk mendoakan keburukan pada seseorang, layakkah kita?

Cukup tak faham dengan penulisan-penulisan yg terkadang ibarat menjadi pembakar kelambu dan ibarat batu api..memang bacul. Sikap ini mengapa wujud di jiwa melayu sahaja, memang aku melayu tapi aku juga malu dengan sikap begini. Maaf jika bahasaku kasar..maaf sekali lagi.

Terlalu ramai yg suka menilai dimata masing-masing, mudah membuat andaian dengan membaca dan mendengar sahaja, cukuplah menjadi terlebih cerdik dengan menanam sikap benci dan mengajak orang lain untuk memasang sepanduk benci juga.

Penyakit ini tidak akan hilang selagi suka menjaga tepi kain orang atau terlebih emo dengan sesuatu yg belum pasti hujung pangkal.

Buang;ah kebemcian itu sebelum terlewat sebelum ia menjadi parah, carilah ketenangan dibalik kebencian itu INSYAALLAH akan hadir sayang..walau memang amat susah untuk menyanyangi namun bukan susah juga utnuk membuang benci..PEace..

Friday, February 17, 2012

HARI LAHIRKU

ZR

Alhamdullilah..sehingga kini aku diberikan Nafas untuk menghirup udara yang indah ini tika umurku menginjak lagi. Bertambah lagi Umurku untuk mengharungi hari-hari indah yang.

Doakanlah agar aku bijak berpaksi atas matangku bukan sekadar bijak menutur kata, doakanlah aku agar bijak menjaga hati disekelilingku agar tidak aku melukakan hati mereka, jadikanlah daku bersifat pengampun untuk menghalalkan tiap kata yang tidak menyukaiku.

Sesungguhnya hingga kini aku masih mencari sesuatu untuk melengkapi hidupku. masih ada ruang yang kosong masih ada ruang yang sepi untuk kuisi.

Ya Allah kau bentuk lah ku menjadi sebaik umatMU walau mungkin tidak sehebat dizaman nabi, KAU kebalkan aku seperti SITI Khadijah, Kau sabarkan aku seperti UMMU Salamah KAU tabahkan aku ibarat Aisyah.

YA Allah berikan daku kebaikan di arash MU, bimbinglah daku terus dalam relong cahaya Indah MU, letakkan hatiku sepenuhnya buat MU jangan kau palingkan daku sesaat pun dariMU...

Aminnn

Thursday, February 16, 2012

YANG KU CARI

ZR

Memang tidak pernah dan terlintas untuk meragui sebarang kasih yang dihulurkan, namun berdosakah jiwa suara hati ini hadir untuk meminta agar rindu yang ada terus mekar.
Hati terlalu berharap agar musim yang indah dulu tetap kekal walau ku tahu seakan makin samar rasa itu, salahkah aku meminta yang sememangnya menjadi milik ini, berdosakah aku untuk memohon doa agar perasan ini terus kekal kerana makin tawar rasanya ruang itu.
Cinta ini masih ada namun sudah terkurang manis, sudah tidak cukup creamer, adakah kerana aku yang terlebih meminta atau memang harus ku pinta.

Detik ini jiwa ini kian parah, kian layu kian sayu bila kata yang hadir cuma mencipta senyum hanya seketika, bila selebihnya hanya tikaman dalam diam, dalam kedu ku layan jiwa sendiri, mungkin tidak difahami.
Aku sendiri kurang mengerti mengapa rasa ini tiba, makin lama makin hebat, apa yang aku cari sebenarnya, jawapannya adakah pada ku atau memang jawapannya didepan mata cuma aku yang kabur.

Pelbagai ragam telah ditempuhi, hingga kini dan mungkin akan datang, mengapa begini penat untuk melalui, letih untuk melukis kata bila tiap kata dimatikan tanpa sebarang pembelaan.
Kekosangan ini tidak pernah surut makin tinggi, mengapa tidak fahami aku, mengapa mesti meniddakkan apa yang ku rasa.

Sunyi teramat sunyi walau ada namun ku rasa dalam tiada,. maka bagaimana?

Wednesday, February 15, 2012

LAGU DAN DIRI

ZR

Salam..

Semoga indah hari ini seindah mimpi semalam, sedang berfikir didepan sambil jemariku sedang menanti untuk menekan butang-butang yang akan diterjah oleh akal ku untuk diisi di rumah ku hari ini.

Sedang terleka sayup-sayup lagu terdengar, ada yang tersusuk ke diri ini, ada yang seakan ungkapan diri ini, sebenarnya jika tiada ayat yang boleh diguna pakai lagu pun boleh untuk menjadi wakil untuk bercerita, pemaham masing-masing walau sedikit memadai.

Lagu ini begitu ringkas namun ada kata erti untuk diselami :

TANPA DENDAM DIHATI ( benarkan kita akan melupakan begitu sahaja)

Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu

Chorus
Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tanpa Dendam Dihati

Tuesday, February 14, 2012

AKU YANG SEBENAR

ZR

Tiada siapa mengenali diri ini, hanya Aku yang tahu walau hitam walau putih sisi kelabu ku hanya aku yang layak mencorakkan langkahku.

Benar aku bukan seperti yang dilihat dimata kasar, aku ibarat berlindung dibalik topeng yang melindung wajah ku, jika yang tahu mentafsir maka akan tahu sifat sebenarku, namun jika tersalah tafsir jangan terus menghukum aku ibarat aku membohongi, jika tidak pasti tanyalah aku tidak perlu untuk malu-malu kerana bertanya itu lebih baik dari mengagak, bimbang salah mengagak salahnya diletakkan dibahuku juga..maka jujurlah dengan aku.

Sifatku memang begini, tingkah ku memang begitu memang benar akan berbeza, bila ketawa menghias wajahku nakalku akan bermain, bila jiwa ku larut aku menjadi diam tanpa suara yang ada cuma kata-kata walau tidak seindah dan sepekat mana cukup untuk meluahkan apa yang ada, mungkin terlalu ringkas dan mungkin terlalu bercelaru maka fahamilah setakat yang mampu difahami, yang tidak dimegertikan biarkan itu berlalu usah memberatkan untuk berfikir.

Aku tetap aku walau memang agak ketara beza antara ketawa dan airmata namun tidak mampu aku pisahkan. Aku sendiri kadang kala keliru dengan sifat ini, kekurangan jiwakah atau memang aku mengikut permainan jiwa..parah dan tenat akal ini..terkadang aku hidup dialam khayalan ku sendiri namun realiti tetap kucari.

Benar tidak kenal tidak akan cinta namun untuk mengenaliku bukan mudah, bukan juga senang kerana yang benar-benar faham akan tahu, aku terkadang dingin takut akan melukakan tanpa daku sedari, memang aku tidak sempurna aku tahu aku kekurangan tidak mampu menjaga hati-hati yang disekeliling maka maafilah  aku mungkin aku tidak sebijak kalian yang mampu menjaga hatiku.

Monday, February 13, 2012

BILA UJIAN HADIR

ZR

Makin lama makin hebat, nak luahkan dengan kata-kata bimbang andai hati terguris namun ingin nak melukis bimbang tidak cantik warnanya, jadi bagaimana harus kulakukan.

Benar akal ini ada namun sehingga bila ia kan waras jika terus diterjah, benar sabar ini ada namun sampai bila akan bertahan selama peluru hentaman bertalu-talu cuba menembusi.

Hati ini makin rajuk, makin sakit dengan sebatan-sebatan yang halus namun penuh bisa, sedarkan daku agar terus bangkit walau ada yang menolakku untuk jatuh, memang kuasaku tidak setanding untuk melawan rempuhan sebesar gelombang, namun tetapkan kaki ku untuk terus bertahan, walau ada luka mungkin ada  yang terhilang tetapkan redha dalam diriku, bukan redha hanya dibibir namun redha atas jalanNYA.

Hamparan kata dan lontaran irama kebencian ibarat lagu yang sentiasa menemani, walau sederas mana kulari makin ia hampiri, walau sejujur mana bicara ini tetap dipandang sepi. Kata sepi yang hadir penuh bisa penuh sayu membisikkan betapa aku makin layu makin larut dalam acuan mereka yang pelbagai, seperti aku harus menyerah, seperti aku harus saja menerima untuk memikul apa yang ditunjal-tunjal diubun-ubun ku. haruskah aku membiarkan ruang itu hadir, pengecutkah aku kerana hanya mampu berdiam bila setiap butiran kata ku hanya memberikan gambaran ketidaksenangan.

Puas ku pujuk minda agar berjalan diaras rasional, usah dilawan emosional namun aku punya rasa, aku punya perasaan. Aku juga punya amarah maka wajarkah amarahku ini hanya sebagai perhiasan semata, atau memang harus ku lemparkan terus amarah yang ada kerana DIA lebih tahu.

Tidak perlu daku cuba untuk menjadi yang terbaik, tidak perlu daku  menerbitkan airmata kerana simpati tidak akan hadir buat diri ini, walau berjuta warna pelangi yang cuba kuberikan akan tetap nampak kelabu dimata mereka. Aku dipandangan ibarat kaca yang tidak berkilau, walau yang nyata permata itu belum pasti tulen dan dalam permata belum pasti tiada kaca.

Berikan aku kekuatan untuk berperang diatas jalan yang benar, walau tiang keberanan itu masih jauh. namun  ku pasti benar itu akan hadir walau dipenamat sebuah cerita. Selama menuju benar aku ku cuba telan segala hinaan, makian, kata cerca walau akan tersekat dikerongkong akan kucari air untuk menelan hingga ke perutku. Ku tadahkan tangan mengaminkan setiap doa buatku.

Aku juga seperti kalian tidak akan meminta simpati apatah lagi memohon simpati sekadar pengertian, walau tiada belas dihati namun usah aku terus dijadikan bola yang boleh ditendang sesuka hati. Tidak perlu memahami hati ini, tidak perlu memuji diri ini dan tidak juga terusan menghukum diri ini tanpa bersifat adil pada ku. Berilah ruang untuk aku menyusun kata, berilah aku masa untuk menujukkan yang tersembunyi. Usah mudah menjatuhkan hukuman kerana masa tidak boleh diundur jangan mudah memberikan simpati kerana masa tidak akan kembali.

YA Allah, ku terima tiap ujianMU kerana DIKAU berhak keatas ku, walau ada kesal walau ada rintihan namun KAU kuatkan aku untuk terus kekal pada arasMU.
Airmata yang terkadang jatuh halalkanlah ia untuk menangis kernaMU, panjatkan terus rasa syukur kerana ku yakin ujianMu hadir buat insan yang KAU sayangi, maka gembirakanlah aku dalam menerima kepahitan yang bertalu.

Friday, February 10, 2012

YA ALLAH

ZR

Ya Allah tika detik ini, dalam hela nafas yang KAU berikan, aku masih belum membayar dengan sempurna tiap apa yang diberikan, Sesungguhnya aku masih berhutang denganMU. Betapa aku selalu lalai untuk mengucapkan terima kasih terlalu susah untuk mentafsirkan MencintaiMU, Walau bibir ini ringan mengucap kata puji sesama insani.

Kerdilnya daku dalam segala nikmat sewaanMU, memang amat indah dan teramat bernilai hingga daku terkadang tidak mengingatiMU. Sungguh hina diri ini Ya ALLah, namum keinsafan ini hadir sementara tika kesulitan melalui dan bila sinar menjengah daku membiarkan KAU ibarat mimpi.

YA ALLAH
Amat kejam dan jahil diri ini kerana membiarkan diri dipesong walau pun kata syahat kuucapkan disetiap solatku, tidak sempurnakah solatku, tidak sempurnakah doaku YA ALLAH.

Betapa aku amat menginginkan RedhaMU untuk aku terus berjalan diaras kesenanganMU. Namun nafsuku lebih utuh untuk menarik diri agar terlalai dariMU. Lemahnya daku atau terlalu mudah menyerah kalah tanpa berjuang. Kesunyian yang hadir dihati, walaupun dimata penuh cinta tidak mampu melawan akan bisik hati yang mencari akan cahayaMU. YA ALLAH nekadkan aku untuk terus padaMU, ikatkan akal dan fikiranku agar terus MencintauMU melebihi cinta kaum Hawa pada Adam...

Friday, February 3, 2012

JADILAH DIRI YANG SEBENAR

ZR

Ramai betul origin plastik sekarang, kiri-kanan, depan-belakang. Rata-rata beralaskan baju kilat-kilat walau badan kat dalam tak mandi setahun. Kalau faham-fahamlah maksud nih kalau tak faham buat-buat faham tapi yang paling elok cari makna baru angguk kepala tanda faham. Tak usah nak menarik perhatian dengan lagak pandai kita yang akan menampakkan kebodohan diri. Susah nak mencari manusia jujur adakah sudah pupus bak zaman dinosaur ? atau sudah lenyap terus dek terkena tembakan kemajuan yang mencanak-canak.

Tak perlu nak mencari plastik dalam diri orang lain, dalam diri sendiri pun banyak yang bersifat plastik. depan cakap lain belakang cakap lain. Tak perlu rujuk sifat orang lain rujuk dulu diri sendiri. Kita pun kekadang begitu, bila depan memuji bila belakang cakap seperti nak dicarik-carik kain....Astagfirllahullazim..betapa teruknya sifat kita.

Susahkah untuk menjadi diri yang sebenar kerana hidup atas pentas lakonan yang banyak penonton, terlebih lakonan akan dikeji, terlebih kaku akan dikutuk. Terkadang terfikir perlu kita menjual sifat sebenar diri untuk memuaskan pemerhati kita semasa. Bukan senang untuk menyenangkan semua dengan sifat yang sebati dalam diri kita, Dari sekecil tapak tangan ibu yang melahirkan kita beralih ke kanak-kanak bererar ke remaja terus ke zaman dara dan teruna sifat dan perilaku memang berbeza.

Alangkah indahnya jika kita benar berdiri atas sifat yang sebenar cuma yang terlebih kita kurangkan dan terkurang kita sederhanakan sedikit, tidak perlu beralas-alas untuk nampak terlebih cantik.Kerana yang asli itu memang lebih indah orang akan lebih tertarik pada yang tulen dari yang tiruan.

Pendek kata tiap yang ada pada diri memang telah indah Allah ciptakan,cuma terletak pada kita untuk mengacunya....jika teliti mahallah nilainya, jika alah kadar maka hilanglah nilainya....

Jadilah diri yang sebenar yakinlah akan diri, doakanlah agar kita tidak hilang diri dalam mencari diri.

Thursday, February 2, 2012

ERTI PERKAHWINAN BAGI AKU

ZR

Kadang-kadang kita sendiri tak faham apa sebenarnya yang kita inginkan dalam sebuah ijab yang diakadkan buat kita. Keliru dan tanda tanya terus bermain tanpa sebarang jawapan yang ada hanya sebuah persoalan yang tidak akan selesai hingga akhirnya.


Perkahwinan banyak ertinya, membawa seribu maksud saling memberi dan saling menerima serta lengkap dan melangkapi namun segalanya harus dilandasan yang benar ikhlas kerana Allah bukan kerana ingin menunjukkan siapa yang lebih dan siapa yang kurang.


Pengertian Perkahwinan :-
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.


Firman Allah,
“ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”


Bila difikirkan sesungguhnya sebuah perkahwinan bukan sekadar untuk bergelar isteri dan suami bukan juga untuk sekadar membuktikan betapa daku mencintai kamu kerana demikain daku ingin memiliki kamu.


Istilah perkahwinan terlalu besar dan tanggungjawab yang telah diamanahkan amat hebat..suami untuk membimbing isteri dan isteri untuk mentaati suami dan menyempurnakan amanah Allah dengan memberikan didikan agama kepada zuriat-zuriat.


Perkahwinan seharusnya penuh sabar penuh cinta, penuh tanggungjawab penuh perkongsian bukan sekadar berkongsi ditempat tidur malah segala rempah dan rasa, ikrar sebuah perkahwinan akan susah dan senang bersama namun andai kesusahan itu terlalu membebankan sanggupkah kita menzalimi pasangan. Namun jika tiada kesusahan bukanlah ujian dalam sebuah ikatan, gelombang dan taufan akan hadir, besar atau tidak bukan kita yang menentukan segalanya milik DIA, memang DIA yang merancanakan segala namun penyudahnya ditangan kita PASRAH, REDHA, MENYERAH ATAU BERJUANG.


Perkahwinan bukan semata-mata untuk menghalalkan apa yang haram bukan kerana nafsu sahaja, jika berakalkan nafsu maka segalanya akan bermula dengan nafsu.


Hiasilah sebuah perkahwinan dengan penuh kecintaan yang Ikhlas seikhlas cinta kita kepada DIA, walau tanpa tutur kata yang manis namun cukup kata-kata yang menyenangkan telinga. Tidak perlu terlalu memanjakan cukup sekadar menjadi panduan untuk membina satu kekuatan, tidak perlu menyatakan perasaan terlalu kerap tapi lebih indah jika selalu mendoakan kebaikan buat pasangan.