ZR
Kadang-kadang kita sendiri tak faham apa sebenarnya yang kita inginkan dalam sebuah ijab yang diakadkan buat kita. Keliru dan tanda tanya terus bermain tanpa sebarang jawapan yang ada hanya sebuah persoalan yang tidak akan selesai hingga akhirnya.
Perkahwinan banyak ertinya, membawa seribu maksud saling memberi dan saling menerima serta lengkap dan melangkapi namun segalanya harus dilandasan yang benar ikhlas kerana Allah bukan kerana ingin menunjukkan siapa yang lebih dan siapa yang kurang.
Pengertian Perkahwinan :-
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah,
“ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”
Bila difikirkan sesungguhnya sebuah perkahwinan bukan sekadar untuk bergelar isteri dan suami bukan juga untuk sekadar membuktikan betapa daku mencintai kamu kerana demikain daku ingin memiliki kamu.
Istilah perkahwinan terlalu besar dan tanggungjawab yang telah diamanahkan amat hebat..suami untuk membimbing isteri dan isteri untuk mentaati suami dan menyempurnakan amanah Allah dengan memberikan didikan agama kepada zuriat-zuriat.
Perkahwinan seharusnya penuh sabar penuh cinta, penuh tanggungjawab penuh perkongsian bukan sekadar berkongsi ditempat tidur malah segala rempah dan rasa, ikrar sebuah perkahwinan akan susah dan senang bersama namun andai kesusahan itu terlalu membebankan sanggupkah kita menzalimi pasangan. Namun jika tiada kesusahan bukanlah ujian dalam sebuah ikatan, gelombang dan taufan akan hadir, besar atau tidak bukan kita yang menentukan segalanya milik DIA, memang DIA yang merancanakan segala namun penyudahnya ditangan kita PASRAH, REDHA, MENYERAH ATAU BERJUANG.
Perkahwinan bukan semata-mata untuk menghalalkan apa yang haram bukan kerana nafsu sahaja, jika berakalkan nafsu maka segalanya akan bermula dengan nafsu.
Hiasilah sebuah perkahwinan dengan penuh kecintaan yang Ikhlas seikhlas cinta kita kepada DIA, walau tanpa tutur kata yang manis namun cukup kata-kata yang menyenangkan telinga. Tidak perlu terlalu memanjakan cukup sekadar menjadi panduan untuk membina satu kekuatan, tidak perlu menyatakan perasaan terlalu kerap tapi lebih indah jika selalu mendoakan kebaikan buat pasangan.
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel