Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, February 3, 2012

JADILAH DIRI YANG SEBENAR

ZR

Ramai betul origin plastik sekarang, kiri-kanan, depan-belakang. Rata-rata beralaskan baju kilat-kilat walau badan kat dalam tak mandi setahun. Kalau faham-fahamlah maksud nih kalau tak faham buat-buat faham tapi yang paling elok cari makna baru angguk kepala tanda faham. Tak usah nak menarik perhatian dengan lagak pandai kita yang akan menampakkan kebodohan diri. Susah nak mencari manusia jujur adakah sudah pupus bak zaman dinosaur ? atau sudah lenyap terus dek terkena tembakan kemajuan yang mencanak-canak.

Tak perlu nak mencari plastik dalam diri orang lain, dalam diri sendiri pun banyak yang bersifat plastik. depan cakap lain belakang cakap lain. Tak perlu rujuk sifat orang lain rujuk dulu diri sendiri. Kita pun kekadang begitu, bila depan memuji bila belakang cakap seperti nak dicarik-carik kain....Astagfirllahullazim..betapa teruknya sifat kita.

Susahkah untuk menjadi diri yang sebenar kerana hidup atas pentas lakonan yang banyak penonton, terlebih lakonan akan dikeji, terlebih kaku akan dikutuk. Terkadang terfikir perlu kita menjual sifat sebenar diri untuk memuaskan pemerhati kita semasa. Bukan senang untuk menyenangkan semua dengan sifat yang sebati dalam diri kita, Dari sekecil tapak tangan ibu yang melahirkan kita beralih ke kanak-kanak bererar ke remaja terus ke zaman dara dan teruna sifat dan perilaku memang berbeza.

Alangkah indahnya jika kita benar berdiri atas sifat yang sebenar cuma yang terlebih kita kurangkan dan terkurang kita sederhanakan sedikit, tidak perlu beralas-alas untuk nampak terlebih cantik.Kerana yang asli itu memang lebih indah orang akan lebih tertarik pada yang tulen dari yang tiruan.

Pendek kata tiap yang ada pada diri memang telah indah Allah ciptakan,cuma terletak pada kita untuk mengacunya....jika teliti mahallah nilainya, jika alah kadar maka hilanglah nilainya....

Jadilah diri yang sebenar yakinlah akan diri, doakanlah agar kita tidak hilang diri dalam mencari diri.

1 comment:

TQ..TQ Atas kata-kata comel