ZR
Memang tidak pernah dan terlintas untuk meragui sebarang kasih yang dihulurkan, namun berdosakah jiwa suara hati ini hadir untuk meminta agar rindu yang ada terus mekar.
Hati terlalu berharap agar musim yang indah dulu tetap kekal walau ku tahu seakan makin samar rasa itu, salahkah aku meminta yang sememangnya menjadi milik ini, berdosakah aku untuk memohon doa agar perasan ini terus kekal kerana makin tawar rasanya ruang itu.
Cinta ini masih ada namun sudah terkurang manis, sudah tidak cukup creamer, adakah kerana aku yang terlebih meminta atau memang harus ku pinta.
Detik ini jiwa ini kian parah, kian layu kian sayu bila kata yang hadir cuma mencipta senyum hanya seketika, bila selebihnya hanya tikaman dalam diam, dalam kedu ku layan jiwa sendiri, mungkin tidak difahami.
Aku sendiri kurang mengerti mengapa rasa ini tiba, makin lama makin hebat, apa yang aku cari sebenarnya, jawapannya adakah pada ku atau memang jawapannya didepan mata cuma aku yang kabur.
Pelbagai ragam telah ditempuhi, hingga kini dan mungkin akan datang, mengapa begini penat untuk melalui, letih untuk melukis kata bila tiap kata dimatikan tanpa sebarang pembelaan.
Kekosangan ini tidak pernah surut makin tinggi, mengapa tidak fahami aku, mengapa mesti meniddakkan apa yang ku rasa.
Sunyi teramat sunyi walau ada namun ku rasa dalam tiada,. maka bagaimana?
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel