ZR
Tiada siapa mengenali diri ini, hanya Aku yang tahu walau hitam walau putih sisi kelabu ku hanya aku yang layak mencorakkan langkahku.
Benar aku bukan seperti yang dilihat dimata kasar, aku ibarat berlindung dibalik topeng yang melindung wajah ku, jika yang tahu mentafsir maka akan tahu sifat sebenarku, namun jika tersalah tafsir jangan terus menghukum aku ibarat aku membohongi, jika tidak pasti tanyalah aku tidak perlu untuk malu-malu kerana bertanya itu lebih baik dari mengagak, bimbang salah mengagak salahnya diletakkan dibahuku juga..maka jujurlah dengan aku.
Sifatku memang begini, tingkah ku memang begitu memang benar akan berbeza, bila ketawa menghias wajahku nakalku akan bermain, bila jiwa ku larut aku menjadi diam tanpa suara yang ada cuma kata-kata walau tidak seindah dan sepekat mana cukup untuk meluahkan apa yang ada, mungkin terlalu ringkas dan mungkin terlalu bercelaru maka fahamilah setakat yang mampu difahami, yang tidak dimegertikan biarkan itu berlalu usah memberatkan untuk berfikir.
Aku tetap aku walau memang agak ketara beza antara ketawa dan airmata namun tidak mampu aku pisahkan. Aku sendiri kadang kala keliru dengan sifat ini, kekurangan jiwakah atau memang aku mengikut permainan jiwa..parah dan tenat akal ini..terkadang aku hidup dialam khayalan ku sendiri namun realiti tetap kucari.
Benar tidak kenal tidak akan cinta namun untuk mengenaliku bukan mudah, bukan juga senang kerana yang benar-benar faham akan tahu, aku terkadang dingin takut akan melukakan tanpa daku sedari, memang aku tidak sempurna aku tahu aku kekurangan tidak mampu menjaga hati-hati yang disekeliling maka maafilah aku mungkin aku tidak sebijak kalian yang mampu menjaga hatiku.
No comments:
Post a Comment
TQ..TQ Atas kata-kata comel