Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Friday, April 27, 2012

DOA DIMURAHKAN REZEKI





As Salam,

Dihari Jumaat ini ingin saya kongsikan doa untuk dimurahkan rezeki kita, mudah-mudahan perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua (walau pun follower saya tak ramai, namun saya tetap bersyukur dan berterima kasih pada yang sudi, kerana blog saya ini hanya untuk ringan2.)

DOA QUNUT NAZILLAH

1~ Ya Allah, bantulah kami kerana Engkau sebaik-baik pembantu. Tenangkan hati kami, kerana Engkau
      sebaik-baik pembuka pintu ketenangan. Ampunkan kami, kerana Engkau sebaik-baik pengampun.
      Kasihan kami kerana Engkau sebaik-baik pemberi rezeki. Tunjukkan kami serta hindarkan kami
      daripada golongan yang zalim.


MEMOHON KEBAIKAN DALAM SEMUA URUSAN

2 ~ Ya Allah, elokkan segala amal perbuatan kami dan jangan Engkau kurangkan, muliakan kami dan janganlah Engkau hinakan kami, kurniakan rezeki kepada kami dan janganlah menegah atau menahannya,
redhakan kami dan segala yang kami lakukan, Wahai Tuhan sebaik-baik pemberi rahmat.

Semoga kita dapat mengamalkannya bersama -sama..

yang baik itu dari DIA, yang buruk itu dari saya..

2 comments:

TQ..TQ Atas kata-kata comel